CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 628|Reply: 3

Ramai Alami Tekanan, Keith Foo Tolong Dengan Bagi Kata-Kata Motivasi Di IG

[Copy link]
Post time 23-8-2022 11:26 AM | Show all posts |Read mode
Subjek kesihatan mental cukup sinonim dengan dengan pelakon Keith Foo kerana sedar dengan situasi tidak menentu ketika ini ramai dalam kalangan masyarakat yang mengalami tekanan.


Atas sebab itu, Keith atau Foo Chuan Chin, 39, menggunakan platform media sosial berkongsi perkara positif dengan pengikutnya dan secara tidak langsung mungkin dalam membantu mereka yang mungkin sedang berdepan dengan masalah.


Foto: IG




"Saya tidak dapat berjumpa dengan peminat atau pengikut media sosial setiap hari, jadi dengan perkongsian kata-kata positif di Instagram diharap dapat membantu mereka serta mendekatkan diri saya dengan pengikut di laman sosial.


"Tambahan pula dengan situasi sekarang, ramai di antara kita yang sedang berdepan dengan tekanan.


"Dengan adanya perkongsian motivasi itu diharap dapat memberi sedikit harapan kepada yang membacanya," katanya kepada mStar.




  



Dalam pada itu, selepas lebih 10 tahun mencipta nama sebagai pelakon, Keith bersyukur apabila semakin ramai penerbit mula menawarkannya watak berbeza dan bukannya hanya karakter lelaki romantik.


Keith berkata, sebagai pelakon sudah menjadi harapannya untuk mempamerkan sisi berbeza serta serta menunjukkan kekuatan lakonannya kepada penonton.




  



"Mungkin sebelum ini penerbit mahupun pengarah berasa kurang yakin untuk memberikan watak berbeza kerana saya kerap muncul sebagai lelaki romantik dalam drama.


"Tetapi sekarang situasi itu sudah jauh berbeza apabila saya banyak mendapat watak lebih berat termasuk berkaitan kesedaran kesihatan mental.


"ada saya itu sesuatu yang baru dan peluang terbaik untuk membuktikan yang sebenarnya saya boleh membawakan pelbagai jenis karakter," katanya.




  



Dalam pada itu, Keith turut berterima kasih kepada pengarah drama Demi iaitu Rahila Ali yang memberi kepercayaan kepadanya membawakan watak sebagai Fairul.


Kata Keith, dalam Demi dia pertama kali membawa watak berat sebagai seorang lelaki pemarah, kaki pukul dan panas baran.




  



"Sewaktu penggambaran penulis skrip sendiri mengakui agak skeptikal sama ada saya boleh menjayakan watak berkenaan tetapi apabila saya tunjukkan kebolehan diri, mereka sendiri berasa terkejut.


"Memang saya rasa puas sebab dapat buktikan yang saya ini bukan pelakon karakter lelaki romantik semata-mata tetapi boleh membawa macam-macam watak.


"Terima kasih juga kepada Rahila sebab beri peluang kedua untuk saya buktikan sisi berbeza seorang Keith Foo," ujarnya.


  



Drama Demi yang diinspirasikan daripada kisah benar ditayangkan di saluran RTM OKEY setiap Isnin hingga Jumaat pukul 9 malam.


Selain Keith naskhah terbitan Elisa Vision Sdn Bhd itu turut dibintangi oleh Puteri Aishah, Ashraf Muslim, Puteri Rayyana Rayqa, Datuk Jalaluddin Hassan, Safura Ya'cob, Riz Amin, Hasnul Rahmat, Aznah Hamid dan Esma Daniel.


  



  



Sementara itu, Keith berkata, perubahan dalam kariernya itu turut membuatkan dia lebih bersemangat dan bukannya menjadikan kariernya sebagai sumber pendapatan semata-mata.


"Dulu saya berlakon untuk sara diri tetap setelah dapat peluang sebegini, saya jadi semakin semangat untuk berikan yang lebih baik," jelasnya. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2022 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau setakat tu je mampu pun ok jugak.. bila nak leak
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2022 11:49 AM | Show all posts
tapi rupa heshe memang ada rupa panas baran...
harap2 boleh bawak watak dengan baik walaupun dah kertu...
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2022 05:19 PM | Show all posts
nyahhh stakat kata2 ig tu xyah la nyah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-10-2024 11:20 AM GMT+8 , Processed in 0.417300 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list