CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 44048|Reply: 1000

[Politik] Live Updates: Najib Bersalah!!!Najib dibawa ke penjara. Page 27 Post#532

 Close [Copy link]
Post time 23-8-2022 12:41 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by mojarean_X at 24-8-2022 10:09 PM


Kediaman rasmi perdana menteri menjadi tumpuan media sejak 5.30 petang hari ini.

PUTRAJAYA: Kalangan pemimpin utama Umno dikatakan selesai bermesyuarat dengan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob di Seri Perdana sebentar tadi.

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, bekas perdana menteri Najib Razak dan beberapa pemimpin bahagian Umno juga dilaporkan selesai mengadakan perjumpaan berasingan di ibu pejabat parti pada waktu sama.



Kereta rasmi Ismail bersama polis pengiring dilihat keluar menerusi pintu utama Kompleks Seri Perdana.

Pertemuan antara rombongan pimpinan Umno dan Ismail itu difahamkan bermula kira-kira pukul 8 malam dan berlangsung lebih satu jam. Butiran terperinci mesyuarat belum dipastikan.

Bagaimanapun, ia dikatakan berkait dengan mesyuarat antara presiden parti Ahmad Zahid Hamidi dan ketua-ketua bahagian Umno di ibu pejabat Umno hari ini yang dilapor mahu PRU15 disegerakan.

Menurut sumber, antara hadir dengan pertemuan dengan Ismail yang juga naib presiden Umno ialah timbalan presiden parti Mohamad Hasan, naib presiden Khaled Nordin, Menteri Besar Perak Saarani Mohamad, Setiausaha Barisan Nasional (BN) Zambry Zambry Abdul Kadir dan Ketua Umno Kelantan Ahmad Jazlan Yaakub serta Ketua Umno Melaka Ab Rauf Yusoh.

Bagaimanapun, Zahid dan bekas perdana menteri Najib Razak dikatakan tidak menghadiri pertemuan bersama Ismail itu. Mereka difahamkan berada di Menara Umno di Pusat Dagangan Dunia (WTC) bersama beberapa pemimpin Umno sebelum meninggalkan bangunan itu sebentar tadi.

Menurut sumber, pertemuan antara rombongan Umno dan Ismail itu dibuat selepas mesyuarat tergempar yang dihadiri ketua bahagian Umno di ibu pejabat parti, mendesak Ismail menyegerakan PRU15.

Ketua Umno Sungai Besar Jamal Yunos yang hadir pada mesyuarat itu berkata 158 ketua bahagian sebulat suara mahukan pilihan raya umum diadakan “dengan kadar paling segera”.

Difahamkan, mesyuarat tengah hari itu yang dipengerusikan oleh Zahid tidak dihadiri Ismail dan Naib Presiden Umno, Mahdzir Khalid.

Esok, rayuan kes SRC International Najib di Mahkamah Persekutuan bersambung.

Ia rayuan terakhir bekas perdana menteri itu untuk membatalkan pensabitan tujuh tuduhan penyelewengan dana RM42 juta dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-8-2022 01:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Lokman Adam ckp Mail Sabri g jumpa Tun Mahathir td. Betul ke? @rashiman @kemaruk
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2022 01:31 AM | Show all posts
Wow, rancak orang2 umno bermesyuarat sana-sini ye?
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2022 07:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah ada orang boleh spill the tea apa yang jadi? Paling mengherankan masih ramai yang support wak jahit nie walaupun banyak kes sedang berjalan
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2022 07:13 AM | Show all posts
Bermesyuarat tu demi sesuap nasi......................atau demi kelangsungan hidup
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2022 07:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Penyamun² pon gelabah haha
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-8-2022 07:48 AM | Show all posts
org dh kata undurkan pak jib n pak jahit tu...
insyaallah akan ada sinar hrpan ke umno...
tp jgn le naikkan org lain just jd boneka je...
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2022 08:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Nampak sgt nak PRU dgn 'kadar segera' sebab nak hentikan perbicaraan kes najib.

Pak mail kalau bubar skrg memang salah time  ler. Sana sini tgh promosi 100 hari pentadbiran pak mail.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2022 08:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak mati pun kalau masuk penjara tu jibby.. penjara kau tu penjara KAYANGAN...kecohhh betul la konco2 jibby ni ha
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2022 08:37 AM From the mobile phone | Show all posts
MissYouSayang replied at 23-8-2022 08:05 AM
Tak mati pun kalau masuk penjara tu jibby.. penjara kau tu penjara KAYANGAN...kecohhh betul la konco ...

Apa kaitan dengan penjara pulak....
Mood BN sekarang sedang baik , 2 PRN telah dimenangi oleh BN dgn kelebihan 2/3. Jadi masa yg sesuai utk BN  mendesak pembubaran parlimen dlm keadaan parti pembangkang tercari-cari kesepakatan.
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2022 09:05 AM | Show all posts
Umno kenalah menang next PRU utk sambung aktiviti menyonglap yg sekian lama tergendala..sbb tu wak jahit kemain bersungguh nak buat PRU cepat2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2022 09:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Update dari Mahkamah Persekutuan Putrajaya. Mohon @kemaruk dan @rashiman laporkan berita terkini jika sudah berada di sana

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2022 09:18 AM From the mobile phone | Show all posts
PUTRAJAYA – Para penyokong bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mula memenuhi kawasan sekitar Istana Kehakiman di sini walaupun Putrajaya dibasahi hujan sejak pagi tadi.

Mereka tiba seawal jam 7 pagi.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2022 09:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by mojarean_X at 23-8-2022 09:21 AM

Sebahagian penyokong Najib yang tiba di pekarangan Istana Kehakiman, Putrajaya pagi ini. - Foto Sinar Harian

PUTRAJAYA: Meskipun bumi Putrajaya ditimpa hujan, namun ia tidak mematahkan semangat penyokong tegar Datuk Seri Najib Razak apabila 10 bas dari Pekan, Pahang tiba di pekarangan Istana Kehakiman bagi mengikuti perkembangan prosiding rayuan akhir bekas Perdana Menteri itu.

Seorang penyokong yang mahu dikenali sebagai Kak Ida berkata, setiap bas membawa 44 penumpang dari empat sayap UMNO Pekan, bertolak jam 12 tengah malam tadi.

"Kami ke sini hadir untuk memberi sokongan kepada Najib," katanya.

Ujar Kak Ida, dia sangat mengharapkan agar Ahli Parlimen Pekan itu dibebaskan daripada hukuman penjara 12 tahun dengan denda RM210 juta selepas didapati meyeleweng dana RM42 juta milik syarikat SRC International Sdn Bhd.

"Kalau boleh minta Najib dibebaskan. Saya rasa dia seorang sangat baik kerana kita duduk di kawasan Pekan, dia sangat baik," katanya sebak.

Sementara itu, tinjauan Sinar Harian di pekarangan mahkamah mendapati kawalan keselamatan terus diperketatkan dengan penghadang besi diletakkan di hadapan kedua-dua pintu masuk.

Hanya individu yang mempunyai urusan dengan mahkamah sahaja dibenarkan masuk selain media perlu mendapatkan pas masuk.

Najib, 69, sebelum ini didapati bersalah atas tujuh pertuduhan membabitkan pecah amanah jenayah (CBT), pengubahan wang haram dan menyalahgunakan kedudukan, membabitkan RM42 juta dana SRC International oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Julai 2020.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun ke atas Najib bagi setiap tiga pertuduhan CBT dan tiga kes pengubahan wang haram serta penjara 12 tahun dan denda RM210 juta atau penjara lima tahun, bagi satu pertuduhan menyalahgunakan kedudukan. - Sinar Harian



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2022 09:21 AM From the mobile phone | Show all posts
lostnfaun replied at 23-8-2022 08:02 AM
Nampak sgt nak PRU dgn 'kadar segera' sebab nak hentikan perbicaraan kes najib.

Pak mail kalau bub ...

nak PRU kena sumbat DSN cepat2..mcm Tun M buat pada DSAI
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2022 09:22 AM From the mobile phone | Show all posts
rashiman replied at 23-8-2022 08:37 AM
Apa kaitan dengan penjara pulak....
Mood BN sekarang sedang baik , 2 PRN telah dimenangi oleh BN d ...

menang pun sbb byk DSN kempen
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-8-2022 09:31 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2022 09:42 AM | Show all posts
rashiman replied at 23-8-2022 08:37 AM
Apa kaitan dengan penjara pulak....
Mood BN sekarang sedang baik , 2 PRN telah dimenangi oleh BN d ...

Kau rileks je lah, jgan lupa gi sembah najis harini kat mahkamah sebelum dia masuk jel.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2022 09:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2022 09:48 AM From the mobile phone | Show all posts
mojarean_X replied at 23-8-2022 09:19 AM
Sebahagian penyokong Najib yang tiba di pekarangan Istana Kehakiman, Putrajaya pagi ini. - Foto Sina ...

Hari ni ke keputusannya? Aku pening daaaa
Mana satu ntah hahahahaha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 03:19 AM GMT+8 , Processed in 0.457043 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list