CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 365|Reply: 0

[Tempatan] Rumah pusaka ranap dihempap pokok sentul

[Copy link]
Post time 22-8-2022 11:01 PM | Show all posts |Read mode
Rumah pusaka ranap dihempap pokok sentul


ANGGOTA APM Alor Gajah memotong pokok sentul yang menghempap rumah penduduk. FOTO ihsan APM Alor Gajah



Alor Gajah: "Saya sedang menutup pintu dapur, tiba-tiba terdengar deruan angin kuat diikuti bunyi pokok tumbang dan jeritan rakan menyuruh saya lari menyelamatkan diri," kata Mohd Syahed Sharif, 36, menceritakan detik rumah pusaka keluarganya di Kampung Taboh Naning, musnah dihempap pokok sentul akibat ribut petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu pokok yang tumbuh di tebing sungai kira-kira 10 meter dari rumahnya tumbang dipercayai akibat hakisan tanah.

Mohd Syahed berkata, kejadian itu memusnahkan kira-kira 90 peratus struktur rumah serta kelengkapan termasuk perabot, motosikal dan perkakasan elektrik.

"Dalam keadaan cemas itu saya berlari ke pintu depan dan sebaik tiba pokok itu rebah menghempap rumah betul-betul di belakang saya.

"Kejadian menyebabkan kerosakan pada bilik air, ruang tamu dan dua bilik tidur selain bumbung bahagian dapur hingga ruang tamu juga runtuh.

"Mujur rakan yang duduk di luar ketika itu nampak pokok tumbang dan menjerit suruh saya lari menyelamatkan diri, jika tidak saya mungkin tidak selamat kerana pokok itu sangat besar," katanya dihubungi hari ini.

Menurut Mohd Syahed yang kini menumpang di rumah kakaknya, jumlah kerugian dialami belum dapat dipastikan dan satu laporan dibuat di Balai Polis Simpang Ampat berhubung kejadian.

Dalam pada itu, Pegawai Operasi, Bencana dan Logistik Pejabat Daerah Pertahanan Awam (PDPA), Alor Gajah, Leftenan (PA) Abdul Hadi Baharom berkata, kerja-kerja pemotongan dan pembersihan pokok di tempat kejadian selesai jam 2 petang tadi selepas terpaksa ditangguhkan akibat faktor keselamatan dan tiada bekalan elektrik.

"Kita menerima panggilan kecemasan pada jam 9.20 malam (semalam) dan sepasukan tujuh anggota dan pegawai melakukan kerja-kerja pemotongan sebahagian pokok sebelum ditangguhkan kerana keadaan di lokasi terlalu gelap.

"Selain itu tanah di kawasan itu didapati lembut dan terdapat sarang penyengat hitam pada batang pokok. Kerja pemotongan disambung semula oleh pasukan pagi dan selesai sepenuhnya dalam masa tiga jam," katanya.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakh ... hempap-pokok-sentul

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-10-2024 11:24 PM GMT+8 , Processed in 0.057868 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list