View: 674|Reply: 4
|
Bekas PM Pakistan Ugut Polis & Hakim Didakwa Bawah Akta Antikeganasan
[Copy link]
|
|
Bekas Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan didakwa di bawah Akta Antikeganasan selepas beliau menuduh polis dan hakim sengaja menahan serta menyeksa sekutu rapatnya.
Ketegangan di negara ini semakin memuncak apabila bekas pemimpin itu mengajak semua penyokongnya berhimpun di luar kediamannya dan berikrar, ‘sesuatu yang besar akan berlaku’ jika beliau ditahan pihak berkuasa.
NDTV
Sejak digulingkan pada April lalu, Imran semakin lantang menyuarakan kritikannya terhadap kerajaan dan sistem pertahanan Pakistan.
Menerusi ucapan secara terbuka pada Sabtu lalu, Imran menyelar Ketua Polis Islamabad dan hakim wanita kerana sengaja menahan dan menghukum sekutu rapatnya, Shahbaz Gill.
“Anda berdua juga perlu bersedia kerana kami akan mengambil tindakan terhadap anda,” katanya dalam ucapan itu sambil merujuk kepada dua individu berkenaan.
Polis mendakwa Imran sengaja membuat kenyataan yang berbaur hasutan dan boleh mendorong kepada insiden keganasan.
Sehingga kini, Imran masih belum ditahan, namun polis akan sentiasa memantau pergerakannya.
Sumber: Utusan |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu suka sgt baca kisah dia dgn isteri dia bushra bibi |
|
|
|
|
|
|
|
apa berlaku di pakistan sedang berlaku di malaysia cuma krisis politik di pakistan dah libatkan imf. sebagai rakyat malaysia saya bangga gdp malaysia top 10 asia suku kedua. jom jadi patriotik sempena bulan kemerdekaan dan fokus ekonomi berbanding politik.
gdp friska menguncup ibarat kemuncup |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu2 ingatkan perkawinan dia dgn jemima goldsmith boleh bertahan. Jodoh tak kekal.. |
|
|
|
|
|
|
|
Awal pandemik wuhan student pakistan merayu2 nak balik. Dia tak benarkan |
|
|
|
|
|
|
| |
|