CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 743|Reply: 6

'Kerajaan Sementara' Inilah Yang Berjaya – KJ

[Copy link]
Post time 22-8-2022 02:45 PM | Show all posts |Read mode
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menepis tanggapan sesetengah pihak yang melabel kerajaan yang tertubuh hari ini sebagai kerajaan sementara.


Katanya, biarpun dianggap begitu namun, kerajaan yang dikatakan sementara ini telah berjaya melaksanakan perkara-perkara untuk tempoh jangka masa panjang.


Mengambil contoh pelbagai Rang Undang-Undang (RUU) yang telah dapat dilaksanakan, Khairy berkata, semua itu diluluskan dalam tempoh 12 bulan ini.




FB KJ




“Sama juga isu kesihatan, saya cakap kepada Perdana Menteri minta buat sesuatu untuk masa depan.


“Bukan sekadar ingat next election (pilihan raya akan datang) sahaja, sebab itu Perdana Menteri setuju bawa RUU untuk kita wujudkan negara bebas asap rokok di Malaysia,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama sempena Simposium Keluarga Malaysia ‘Pencapaian dan Harapan’ bertajuk Keluarga Malaysia Menangani Cabaran Kesihatan yang dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, semalam.


Dalam pada itu, Khairy berkata, Program Imunisasi Covid Kebangsaan (PICK) merupakan kejayaan terbesar yang diusahakan kerajaan dalam membawa keluar negara daripada pandameik Covid-19.


Katanya, sebagai menteri yang diamanahkan untuk menjaga hal ehwal kebajikan rakyat dalam isu kesihatan, beliau mempunyai pandangan lebih luas mengenai langkah untuk menyelesaikan pandemik tersebut.


Jelasnya, beliau telah mengarahkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk melihat bagaimana cara lebih berkesan untuk menyelamatkan nyawa tetapi dalam pada masa sama dapat memelihara kehidupan rakyat agar terus sejahtera.


“Kita hanya fokus kepada langkah seperti melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana kita sudah punyai senjata ampuh iaitu vaksinasi.


“Sebab itu dengan vaksinasi dan langlah-langkah yang lain antaranya home surveilance order. Kalau dulu kalau kena Covid, perlu beratur di CAC (Pusat Penilaian Covid), beratur panjang. Jadi, kita memudahkan semua prosedur yang menyukarkan,” ujarnya.




Sumber: MalaysiaGazette
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2022 04:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Yawn! Pala hatok kk la KJ
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2022 04:13 PM From the mobile phone | Show all posts
1. Pengurusan Banjir hauk
2. Bantuan banjir teruk
3. Gaji ciput susah nak naik byk sgt bw ke kabinet
4. Gaji menteri naik
5. Harga barang naik mendadak
6. Harga mnyk lg la
7. Penebangan hutan yg berleluasa
8. Harga rumah naik
9. Fasiliti tren dan kemudahan awam teruk
10. Menteri bukan lg membela rkyt tp jg periuk nasi semdiri
11. Agamawan pun xbrani tegur menteri
12. Kes mahkamah melibatkan menteri lambat settle
13. Pengurusan air teruk di negeri yg daif

Lagi….
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2022 05:27 PM | Show all posts
Mulotkoyak replied at 22-8-2022 04:13 PM
1. Pengurusan Banjir hauk
2. Bantuan banjir teruk
3. Gaji ciput susah nak naik byk sgt bw ke kabinet ...

amboi banyaknya bala sebab memfitnah
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2022 05:47 PM From the mobile phone | Show all posts
14. Kabinet dapur bertambah ramai tu tak termasok duta duta dan Punasihat Punasihat
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2022 05:50 PM | Show all posts
PH tentu setuju dengan kenyataan KJ ini, sebab itu PH masih terus berdiri teguh mempertahankan kerajaan yg ada sekarang.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-8-2022 05:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tripleid at 22-8-2022 06:42 PM

Nak muntah ijo dgr dlm tv smlm KJ claim vaksinasi msia terbaik didunia katanyehh..

hoi bodo! negara2 maju yg cipta vaksin tu pun takde dok gebang negara dia terbaik handle covid lah..ni kan pulak Msia yg stakat beli vaksin jah,bukanya kita cipta pun vaksin tuh..nak bangga x tentu hala buat apa, skrg satu dunia pun dah bebas covid bukanya msia aje..bongok punya kj!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 08:48 PM GMT+8 , Processed in 0.062809 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list