CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 634|Reply: 4

Orang Tidur Berdengkur Boleh Tuntut Bayaran Bantuan

[Copy link]
Post time 22-8-2022 11:19 AM | Show all posts |Read mode
Penduduk Britain yang berdengkur semasa tidur kini mungkin boleh menuntut bayaran bantuan bagi mengatasi masalah tersebut, lapor akhbar Daily Star, kelmarin.


Sebilangan besar individu berdengkur ketika tidur, namun sekiranya berlanjutan, ia boleh menjadi tanda kepada masalah apnea tidur.


Apnea tidur adalah gangguan tidur yang berpotensi menjadi penyakit serius di mana pernafasan berulang kali terhenti sendiri.




Gambar hiasan




Menurut laporan, Jabatan Kerja dan Pencen Britain menawarkan skim pembayaran bantuan bernilai £156 (RM826) seminggu yang digelar Pembayaran Kebebasan Peribadi (PIP) bagi membantu penduduk berdepan dengan peningkatan kos sara hidup.


Angka menunjukkan lebih 2,200 orang menuntut pembayaran PIP buat masa ini disebabkan pelbagai keadaan.


Bayaran itu diberikan setiap empat minggu untuk mereka yang mempunyai keperluan kesihatan tertentu termasuk masalah apnea atau keadaan kurang upaya.


Bagi mendapatkan bantuan tersebut, individu perlu dinilai pegawai perubatan profesional dan mengalami kesukaran dalam kehidupan seharian sekurang-kurangnya selama tiga bulan.


Mereka juga perlu menetap di Britain sekurang-kurangnya dua dari tiga tahun.




Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2022 11:42 AM | Show all posts
kkm senyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2022 11:45 AM From the mobile phone | Show all posts
musangbodoh replied at 21-8-2022 07:42 PM
kkm senyum sinis

Kenapa pula KKM perlu pandang sinis... Sleep apnea ini silent killer.... Ramai tidak ambil berat issue tidur ber dengkur ingat issue kecil saja...
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2022 11:54 AM | Show all posts
Dwdrum replied at 22-8-2022 11:45 AM
Kenapa pula KKM perlu pandang sinis... Sleep apnea ini silent killer.... Ramai tidak ambil berat i ...

maksud aku kementerian kesihatan malaysia ade ke nk bg duit tu je.....lek lek dh ar.....xde kan...

sape yg xtau dengkur akan melibatkan jantung lemah dsb....aku taulah kwn aku kena
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2022 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
musangbodoh replied at 21-8-2022 07:54 PM
maksud aku kementerian kesihatan malaysia ade ke nk bg duit tu je.....lek lek dh ar.....xde kan... ...

Sudah tahu tidur ber dengkur bahaya... Kenapa perlu senyum sinis?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 01:36 AM GMT+8 , Processed in 0.048709 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list