CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2968|Reply: 30

Pegawai Imigresen Jerit, Hentak Meja, Maki Hamun Orang Awam Ditukar Serta-Merta

[Copy link]
Post time 21-8-2022 05:46 PM | Show all posts |Read mode
PUTRAJAYA – Seorang pegawai imigresen yang tular kerana menghamburkan kata-kata kesat dan menghalau orang awam di kaunter Imigresen Pusat Transformasi Bandar (UTC), Seksyen 14, Shah Alam baru-baru ini telah ditukarkan serta-merta.


Ketua Pengarah Jabatan Imigresen (JIM), Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, pihaknya memandang serius kerana perbuatan pegawai terbabit adalah bertentangan dengan slogan jabatan iaitu ‘Integriti, Professional, Mesra’.








“Walaupun siasatan awal mendapati ada unsur-unsur provokasi daripada orang awam, namun tindakan yang diambil oleh pegawai JIM terlibat adalah bertentangan dengan slogan jabatan.


“Selain itu, adalah diakui bahawa menjerit dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap orang awam tidak sepatutnya dilakukan oleh pegawai imigresen yang juga penjawat awam,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Menurut beliau, pegawai Imigresen seharusnya bijak mengawal diri dan bersikap professional apabila berdepan provokasi lisan oleh orang awam kerana mereka diberi latihan dan tunjuk ajar yang mencukupi.


“Dalam perkara ini, JIM mengambil tindakan serta merta menukarkan pegawai itu ke bahagian lain dan kertas siasatan serta prosedur tatatertib juga akan dibuka oleh Bahagian Integriti.


“JIM juga kesal dengan tindakan provokasi oleh orang awam. Pelbagai kemudahan disediakan untuk memperbaharui pasport seperti permohonan dalam talian serta lanjutan waktu operasi termasuk Sabtu dan Ahad,” ujar beliau.


Terdahulu, Kosmo! Online pada 19 Ogos lalu melaporkan tentang insiden kekecohan melibatkan seorang pegawai imigresen dan seorang lelaki di kaunter Imigresen UTC, Seksyen 14.


Kekecohan kira-kira pukul 8.30 malam itu berlaku apabila lelaki tersebut difahamkan berang apabila tidak mendapat layanan sewajarnya ketika hadir untuk membuat pasport di fasiliti tersebut. – CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2022 05:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Padan muka ...

.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2022 05:58 PM | Show all posts
ditukar ajeee ingat dipecat
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2022 06:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Tukar jabatan epot kah
Karang dimakinya orang sua passport nak cop hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2022 06:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru bertemu buku dgn ruas...haritu masa syapik carut korang marah memang patut depa kena.kerja cincaiii....yg lolos 1.2 juta pon buat derk je
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2022 06:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Akak tu memang tak boleh duduk front desk lah. Tukarkan dia jaga stor buku passport, takde jumpa kitorang ni. Nakaki hamun pun, maki geng2 dia je.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-8-2022 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Dgr citer sistem nk buat pasport skg lg merapu. Boleh buat online tp lg lama. Kena input sendiri.dh xleh walk in kecuali warga emas, pelajar nk g blaja oversea ke. Sistem nk digitalised tp more time consuming. Pastu customer pulak isi sendiri, dah tu apa guna ada pegawai.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2022 10:25 PM | Show all posts
Silap2 senang ja keja dia. Kui 3 dah boleh punch out
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2022 10:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingatkan masuk cold storage.


Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2022 11:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi nak tahu, sebab apa dia reaksi macam tu. Apa yang berlaku sebelum, yang tak ada dalam rakaman.
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2022 02:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Sebagai ummah yang pernah berada di dua2 tempat, kadang2 kastemer nieyh ader yang miong, kadang2 officer kelaku hazabedah. Tatau lah.
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2022 08:24 AM | Show all posts
kalau kaka pun marah sbb kena sidai dari siang sampai maghrib. kasihan pelanggan.
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2022 08:27 AM | Show all posts
Ditukar pegi mana tu, Sabah & Sarawak lagi ke..
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2022 08:40 AM | Show all posts
orangbiasaje replied at 21-8-2022 11:11 PM
Tapi nak tahu, sebab apa dia reaksi macam tu. Apa yang berlaku sebelum, yang tak ada dalam rakaman.

baca kat tiktok katanya system tengah ada masalah then pegawai ni dah bgtau kat pakcik tu, pakcik tu yg start cari gaduh dulu sbb tak puashati dia dok tunggu lama cuma dia takdelah maki2 pegawai tu hanya hempap selipar kat meja jer..padahal pegawai ni dah bgtau psl masalah system tu.. mungkin pegawai ni dah tak boleh nk kawal marah dia tu..
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2022 08:43 AM | Show all posts
Dua-dua salah.

In the first place, memang pelanggan tu biadap pergi tendang besi tu kan?
Tak kisahlah penat menunggu satu hari dari satu jabatan ke jabatan lain, tak perlu rosakkan harta awam.

Yang akak imigresen ni pun mmg terang2 salah.
Selayaknya masuk cold storage/ditukarkan, kerja bahagian perkhidmatan tapi mulut puaka.

Ketiga, jabatan imigresen memang selayaknya kena kecam.
buat sistem entah apa2 dan xuser fiendly langsung.
dulu 2 jam dah siap pasport, ada sistem online makin berjam2
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2022 08:49 AM | Show all posts
sambaldurian replied at 21-8-2022 08:51 PM
Dgr citer sistem nk buat pasport skg lg merapu. Boleh buat online tp lg lama. Kena input sendiri.dh  ...

yaa btul skrg konon nk buat online ptt lagi senang, tp mcm byk cekadak esp. tang gambar yg nak di-uploadkan. passport iols ujung taon dec ni tamat dah. koser nk renew skrg, tgu laa bila rasa nk travel semula baru buat, sbb last fly baru jer bulan feb aritu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2022 10:51 AM | Show all posts
myakayina replied at 22-8-2022 08:40 AM
baca kat tiktok katanya system tengah ada masalah then pegawai ni dah bgtau kat pakcik tu, pakcik  ...

menurut info dalam

memang ada unsur provokasi dari orang awam tu. anak-beranak biadap

tak logik ya pegawai front desk menjerit, mengamuk, maki orang camtu tanpa sebab munasabah
believe me, diorang dah jumpa beratus, heck, beribu jenis orang sepanjang bekerja. memang ada yang kurang ajar, tapi takde la sampai terlepas menjerit, maki.
then, came these 2 anak beranak. diorang start biadap dan kurang ajar kat pegawai tu dulu.
diorang bertindak berlebih-lebihan kat meja tu, lepas tu menjatuhkan maruah pegawai tu,
walaupun dah diterangkan berkali-kali, tapi anak beranak Karen ni expect VVIP treatment nak cepat dia sorang je.

menghukum lebih cepat dari memahami
setiap cerita, ada sekurang-kurangnya 2 perspektif. kena dengar daripada semua pihak dahulu

yet, disebabkan dah tular, dan pegawai tu dah langgar peraturan kerja
dia jadi mangsa sebab manusia takde hati perut

nasi dah jadi bubur
orang cuma dengar apa yang mereka nak dengar

sebab orang ramai cuma boleh rasa simpati dengan tempat 2 beranak tu
diorang tak boleh faham kedudukan manusia di belakang meja kaunter tu

perspektif oh perspektif
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2022 10:58 AM | Show all posts
kt mn korg tgk video
sharing2 pls

dh nganga dh ni

Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2022 11:03 AM | Show all posts
so pelanggan biadap kena apa?
patut banned kan dia dari buat passport 3-4 tahun.
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2022 11:19 AM | Show all posts
lasagna replied at 22-8-2022 08:49 AM
yaa btul skrg konon nk buat online ptt lagi senang, tp mcm byk cekadak esp. tang gambar yg nak di- ...

ni my experience renew paspport anak.  khamis malam hantar online, pagi jumaat pkl 10 dah dapat email suruh collect passport kat venue office yg kita pilih.  rasa mudah la jugak tak payah bersidai kat imig lama2, cumanya kalau mana yg ada urgency tu mayb problem sikitlah.  gambar digital i p ambik kat kedai utc area.  so mmg tepat lah requirement mcm yg dikehendaki.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 01:09 AM GMT+8 , Processed in 0.055863 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list