CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 303|Reply: 0

[Pulau Pinang] Lelaki dikhuatiri lemas di Pantai Tanjung Asam

[Copy link]
Post time 21-8-2022 09:49 AM | Show all posts |Read mode
Lelaki dikhuatiri lemas di Pantai Tanjung Asam

Oleh Zuhainy Zulkiffli - Ogos 21, 2022 @ 8:35am  bhnews@bh.com.my




Operasi mencari dan menyelamat Thanaseelan yang dikhuatiri lemas di Pantai Tanjung Asam, turut dibantu nelayan. - Foto NSTP/Foto Zuhainy Zulkiffli




BAYAN LEPAS: Seorang lelaki dikhuatiri lemas ketika mandi bersama enam rakan di Pantai Tanjung Asam, Teluk Kumbar di sini, semalam.

Mangsa, S Thanaseelan, 20, dari Padang Tembak, Air Itam di sini, disedari tidak naik ke pesisir pantai selepas mandi di pantai berkenaan kira-kira jam 2.30 petang.

Rakan mangsa, A Meheshwaran, 24, berkata mereka adalah kenalan sejak di bangku sekolah yang menetap di sekitar Georgetown dan Seberang Perai.

Katanya, berikutan cuaca hendak hujan, kesemua mereka yang sedang mandi bersepakat naik ke pesisir pantai sebelum pulang namun disedari hanya Thanaseelan sahaja tiada di situ.

"Kami memanggil namanya namun tidak kelihatan, sebelum mengesyaki dia dihanyutkan ombak kerana kali terakhir dia dilihat sedang mandi beberapa meter dari pesisir pantai.

"Kami kemudian menghubungi talian kecemasan dan ibu bapanya bagi memaklumkan mengenai kejadian," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Meheshwaran berkata, mangsa yang tidak bekerja itu kelihatan gembira mengikuti perkelahan berkenaan.

"Anak bongsu daripada dua beradik itu seorang yang suka membantu dan paling ceria dalam kalangan rakan," katanya.

Turut sama di lokasi ialah ibu mangsa S Vikeneshwary, 42, bersama ahli keluarga namun enggan mengulas lanjut kerana terlalu bimbang dan bersedih dengan kejadian menimpa anaknya.

Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Balik Pulau Mohd Ridzuan Nut Jamudin, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 2.33 petang.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat membabitkan 11 anggota termasuk dua daripada Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) selain Pasukan Bomba Sukarela (PBS).

Beliau berkata, operasi itu turut membabitkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pasukan Polis Marin (PPM) dan dibantu nelayan tempatan.

"Kali terakhir mangsa dilihat mandi kira-kira 25 meter dari kawasan pantai dan operasi mencari dan menyelamat diperluas kepada radius 500 meter.

"Anggota melakukan pencarian di permukaan (surface searching) walaupun terdapat halangan cuaca yang sedikit hujan.

"Operasi ditangguhkan pada jam 6.45 petang (semalam) dan diteruskan pada jam 7 pagi (hari ini)," katanya lagi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bayan Lepas Azrul Mahathir Aziz ketika dihubungi, berkata sebanyak 13 bot nelayan turut membantu dalam usaha mencari dan menyelamat mangsa pada hari ini.






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 03:48 PM GMT+8 , Processed in 0.175311 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list