View: 1609|Reply: 16
|
Pesawat Hampir Terjunam Selepas Kedua-Dua Juruterbang Tertidur
[Copy link]
|
|
Addis Ababa: Sebuah pesawat Ethiopian Airlines nyaris terbabit nahas apabila dua juruterbangnya tertidur pada ketinggian 11,000 meter.
Ia menyebabkan pesawat kehilangan arah landasan lapangan terbang, namun mereka sempat tersedar untuk mendaratkan pesawat itu dengan selamat, kata sebuah penerbitan penerbangan.
BBC melaporkan, trafik udara cuba menghubungi mereka selepas mereka melampaui titik turun ke lapangan terbang di Addis Ababa, Habsyah.
 Foto: AFP
Namun kedua-dua juruterbang itu terjaga dan berjaya mendaratkan pesawat pada percubaan kedua, kata Aviation Herald.
Kru Ethiopian Airlines sudah diberi cuti sementara menunggu siasatan, lapor akhbar milik kerajaan, Fana.
Penerbangan pesawat penumpang berkenaan berlepas pada Isnin dari lapangan terbang Khartoum di Sudan.
Pesawat Boeing 737 dengan kapasiti 154 tempat duduk biasanya mengambil masa kurang daripada dua jam dalam laluannya antara negara jiran.
Kejadian tidur di tempat kerja itu mendapat reaksi pelbagai daripada netizen termasuk simpati dengan jadual kerja juruterbang.
"Saya tidak akan menyalahkan kru Habsyah secara khusus di sini. Ia adalah sesuatu yang boleh berlaku kepada mana-mana kru di dunia dan ia mungkin sudah berlaku. Kesalahan terletak pada perbadanan dan pengawal selia," kata satu komen mengenai insiden disiarkan di laman sesawang Aviation Herald itu.
Pengguna lain mencadangkan bahawa hanya ada satu penyelesaian: " enamatan karier. Tamat cerita. Noktah."
Individu lain melihat sisi lucu cerita itu, mengulas di Twitter, "Tidur dalam kerja yang dibawa ke tahap yang lebih tinggi!".
Seorang penganalisis penerbangan menyebut kejadian itu di Twitter sebagai 'sangat membimbangkan'.
"Kepenatan juruterbang bukanlah sesuatu yang baru dan terus menimbulkan satu daripada ancaman paling ketara kepada keselamatan udara di peringkat antarabangsa," ciap penganalisis penerbangan, Alex Macheras.
BBC sudah menghubungi Ethiopian Airlines untuk mendapatkan komen. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Masuk penjara. Jangan bagi muka. Boleh lak dua2 terlelap [em:29:] |
|
|
|
|
|
|
|
kat korea utara, menteri bersidang tertidur terus kena hukum bunuh |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh plak KO Tido krooh krooh together gether ye..mmm lain Kali amik la angka giliran..Tu pun kepala hotak berjambul xleh fikir..apooola.. |
|
|
|
|
|
|
|
berita asal jadi celaru bila di alih bahasa 
ringkasan nya:
Pesawat terbang dari Karthom,Sudan ke Addis Ababa, Ethiopia.
pilot masukkan data routing tu ke dalam FMC, Flight management Computer.
selepas take off plane akan terbang naik ke paras yang telah di tetapkan mengikut jalan yang dah di programme tadi menggunakan auto pilot. Plane TAK AKAN terbang turun dengan sendiri selagi paras ketinggian penerbangan tidak di ubah oleh pilot ( menggunakan Altitude Selector)
Apa yang terjadi?
kedua dua pilot tertidor, bila sampai ke tempat yang sepatutnya mereka memulakan penerbangan turun, mereka tak buat. ATC called tapi no respond. Plane akan terus terbang pada aras ketinggian itu , mengikut routing yang sudah di programme (sehingga ke sampai airport Addis Ababa). Bila sampai ke atas airport tersebut, computer dah tak tau nak buat apa sebab tak ada program selanjutnya, auto pilot akan disconnected automatically.
Auto pilot disconnection ada audio warning yang kuat jugak la sehingga mengejutkan pilot yang sedang lena di ulit mimpi itu... kalau sesiapa yang duduk belah depan boleh dengar bunyi autopilot disconnection , selalunya about 1000 to 500 feet before touchdown.
Bila dah terjaga mereka resume la duty masing masing, program balik untuk landing kat Addis.
Most airlines, SOP mereka bila flight tengah malam, every 30 minutes cabin crew kena call the pilot to ensure everything OK.
Cabin crew kena tau the flight time ( thru briefing or PA by the Captain) so that dia orang tau bila nak start prepare cabin untuk landing. kalau dah sampai masa, no news from the cockpit, they have to check.
Siap la kena grounded atau demoted captain tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
kelana36 replied at 21-8-2022 07:53 AM
berita asal jadi celaru bila di alih bahasa
ringkasan nya:
Takda plane dibelakang boleh horn to alert keww macam kita keta on the ground at traffik light?
Kahkahkahkahkahkahkah |
|
|
|
|
|
|
|
Ke Ethiopia ku ikut kamu. |
|
|
|
|
|
|
|
Sudah tiba masanya wartawan diambil dari golongan budak skolah aliran sains.
Nasib baik ada abam Kelana tolong explained secara santai.
#nyarishentamorbitbumi |
|
|
|
|
|
|
|
kelana36: berita asal jadi celaru bila d ...
Woww...thank u for the info n knowledge sharing chuols...baru laa paham cerita |
|
|
|
|
|
|
|
Eh aku ingat aku je layan tidur masa flight.. rupanya pilot pun join tidur sekali. Anattttnya. Nasib baik tak mampos... |
|
|
|
|
|
|
|
kelana36 replied at 21-8-2022 07:53 AM
berita asal jadi celaru bila di alih bahasa
ringkasan nya:
Baru paham |
|
|
|
|
|
|
|
Nyaman dan sejuk keadaan cockpit disitu |
|
|
|
|
|
|
|
ye ke tidur ni, takut benda lain je. cemana boleh dedua serentak tertidur. |
|
|
|
|
|
|
|
teringat movie emergency declaration
bukan tertido tapi pilotnya udah tak bernyawa. terkulai di atas (stering?)..apa lagi menjunam le flight tu
menggelabah semua nak naikkan balik |
|
|
|
|
|
|
|
aje giler, dan2 dua dua tidor |
|
|
|
|
|
|
|
sedapnya ... tidor berjemaah ngan passenger 
niboleh sampai bulan bintang betul
hishh
buat malu kat pilot darat aje  |
|
|
|
|
|
|
|
"Saya tidak akan menyalahkan kru Habsyah secara khusus di sini. Ia adalah sesuatu yang boleh berlaku kepada mana-mana kru di dunia dan ia mungkin sudah berlaku. Kesalahan terletak pada perbadanan dan pengawal selia," kata satu komen mengenai insiden disiarkan di laman sesawang Aviation Herald itu.
bongok yg komen ni. ko or orang yg ko sayang takde dalam plane time tu boleh laa sembang.
Cer nyawa ko yg dipertaruhkan... sampai dua2 org pilot tidur serentak, jadah nau.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|