CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2141|Reply: 2

[SEJARAH] Geng Chola Claim Lembah Bujang Ialah Tamadun Tamil!

[Copy link]
Post time 18-8-2022 08:50 PM | Show all posts |Read mode
Geng Chola Claim Lembah Bujang Ialah Tamadun Tamil!



Kedah sebenarnya turut diketahui oleh pelbagai bangsa. Bukan hanya orang Tamil sahaja yang memiliki nama khas mereka tersendiri untuk Kedah Tua. Orang Arab memanggil Kedah Tua dengan panggilan Qilah, Kalah, Kalahbar, Qalha, Qilai. Orang Cina dengan panggilan Cheh-Cha, Chieh-cheh, Kie Taa, Kiteh, Kieteha manakala orang Khmer dengan panggilan Keto.



Tak ketinggalan orang Tai memanggil Kedah sebagai Saiburi dan Sai. Jadi, ikut logik geng Chola ini, orang Arab, Cina, Khmer dan Tai adalah pembina utama kerajaan Kedah Tua di Lembaj Bujang, sebab deme pun ada nama panggilan tersendiri untuk Kedah Tua kan?

Kedua, yang menyerang dan menjarah Kedah Tua ialah Rajendra Chola I pada 1025 Masihi. Tetapi malangnya puak-puak seperti tuan sentiasa merasakan bahawa serangan tersebut adalah bersifat penaklukan. Buku-buku sejarah moden pada hari ini menyebut serangan Rajendra Chola I ke atas Srivijaya dan Kedah pada zaman itu sebagai raid.

Tetapi sebelum kalian nak habiskan bacaan bagi artikel ini, Kita anak Melayu kena isi dada kita dengan sejarah Melayu yang sebenar. Elakkan daripada diclaim oleh orang asing seperti ini. Satu-satunya cara nak melawan mereka ialah dengan berpencak hujah seperti kami. Jadi, nak belajar berhujah, kena beli buku KITAB TAMADUN MELAYU di Shopee. Beli di: bit.ly/3zPRM5B



Saya ambil contoh dari buku Nagapattinam to Suvarnadwipa: Reflections on the Chola Naval Expeditions to Southeast Asia sehinggalah kepada India in the Indian Ocean World: From the Earliest Times to 1800 CE, buku-buku yang menceritakan sejarah Chola dan kerajaan di India, semuanya menyebut dengan jelas serangan Chola ke atas pada tahun 1025 Masihi adalah sejenis penjarahan.

Manakala penemuan tentang tapak-tapak seperti candi-candi sama ada dibina oleh pedagang Hindu yang tiada kaitan dengan Rajendra Chola I, ataupun dibina oleh orang tempatan yang pemeluk agama Hindu-Buddha sendiri. Ini juga tidak boleh membuktikan penguasaan Chola ke atas Kedah sebagai sebuah bentuk penaklukan. Tiada prasasti-prasasti yang berbahasa Tamil ditemui, tiada prasasti dalam tulisan Tamil-Brahmi atau tulisan Tamil yang menceritakan penguasaan Chola ke atas tanah ini.

Malahan dakwaan terdapat batu bersurat berusia 1086 AD yang konon ditinggalkan oleh Kulothunga I. Saya dah semak dengan ahli arkeologi yang mengkaji Kedah Tua itu sendiri iaitu Dr Nasha Roziadi Khaw, menurut beliau tiada prasasti yang ditinggalkan Kulothunga I di Tanah Melayu. Jadi, dekat mana prasasti yang diperkatakan ini? Apakah penulis mendapat ilham dari alam sebalik mata?

Lepas tu diceritakan tentang sebuah prasasti yang ditemui di India, yang konon bertarikh pada 1116 SM. Konon prasasti ini adalah milik Rajaraja Chola I meraihkan penaklukan Chola ke atas Kedah Tua. Terus saya naik pening. Siapa sebenar yang berjaya menakluk Kedah menurut geng Chola ni? Rajendra Chola ke… Kulothunga ke… atau Rajaraja Chola I ni? Pening saya. Cubalah firm sikit. Pilih satu nama jer dalam nak sebarkan pseudo-sejarah kalian ni.

Berhentilah mendakwa dan claim bukan-bukan. Kedah Tua dibangunkan oleh penduduk tempatan, leluhur kami orang Melayu hari ini. Tiada bukti kukuh ia adalah sebuah peradaban dibina oleh orang luar.

Sumber:https://www.thepatriots.asia/gen ... alah-tamadun-tamil/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2022 06:26 PM | Show all posts
Chola pengecut lembik tak pernah berani serang rantau Melayu. Kedah pula pernah menyerang dan menakluk Chola di kurun ke11 hingga 12. Apa saja catatan oleh pihak chola yang mendakwa pernah menewaskan kedah hanyalah sekadar suatu nukilan dalam diari seorang mangsa buli yang cuma mampu berkhayal telah membelasah pembulinya . Tajuk sebegini sudah banyak kali dibincanglan kat sini dari dulu lagi.

SRIWIJAYA NAUNGAN KEDAH Penakluk Empayar Tamil Chola

https://bm.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1211257



Satu lagi aku perlu tambah: abjad Pallava yang digunapakai oleh bangsa tamil adalah berasaskan aksara pra-Pallava ciptaan Kedah yang terukir pada batu bersurat Cherok Tokun
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2022 05:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Keje spesis hindutva nieyh. Kaki klaim. Habis kaabah pon deols nak klaim.
Hindutva : ekstremis hindu. Hindu lain herloks jurr.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 10:32 AM GMT+8 , Processed in 0.072822 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list