CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 877|Reply: 4

Kereta Api Boleh Keluar Masuk Dalam Stadium Bola Sepak!

[Copy link]
Post time 18-8-2022 08:09 AM | Show all posts |Read mode
Sebuah stadium bola sepak di Cierny Balog di Slovakia dianggap unik kerana memiliki landasan yang membolehkan kereta api melalui kawasan di dalam bangunan itu.


Ternyata, keunikan itu memberi kebanggaan kepada pasukan bola sepak amatur TJ Tatran yang menggunakan padang di stadium berkenaan untuk latihan dan perlawanan.




YouTube




Cierny Balog adalah sebuah pekan kecil yang hanya dihuni 5,100 penduduk dan kini menjadi tarikan pelancong.


Ia mula dikunjungi pelancong sejak tujuh tahun lalu sekali gus memberi lonjakan kepada sektor pelancongan di pekan kecil itu.


Pada 2015, satu video kereta api wap melalui kawasan dalam stadium berkenaan yang landasannya hanya bersebelahan padang dan tempat duduk penyokong.


Video berkenaan kemudiannya tular menyebabkan orang ramai mula berpusu-pusu untuk merasai pengalaman unik di stadium itu.


Pada mulanya, ada yang beranggapan video itu adalah teknik kesan khas imej janaan komputer (CGI).


Namun, ia adalah kejadian sebenar dan sememangnya kereta api berkenaan akan melintasi kawasan di dalam stadium.


Kereta Api Ciernohronska akan melintas stadium Cierny Balog dan ia hanya boleh dilihat sepanjang musim panas.


Masih tidak jelas punca majlis perbandaran memilih lokasi itu untuk membina stadium bola sepak kerana landasan kereta api itu sebelum ini hanya terbiar selama satu dekad.


Keadaan itu kemudian berubah pada awal 1990-an selepas sekumpulan peminat kereta api Slovakia mula membaiki landasan itu.


Pada 1992, ia dibuka semula secara rasmi sebagai landasan kereta api warisan untuk pelancong.







Ketika musim panas, pelancong yang ingin menikmati keindahan pergunungan Lower Tatras dengan menaiki kereta api boleh membeli tiket kereta api berkuasa enjin wap yang merentasi laluan sepanjang 17 kilometer (km) antara Chvatimech dan Vydrovo.


Selain itu, kereta api berkenaan akan melalui stadium Cierny Balog yang menjadi antara tarikan utama perjalanan.


Melihat kereta api wap bergerak di stadium ketika perlawanan bola sepak adalah pengalaman yang agak menakjubkan.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2022 08:47 AM | Show all posts
Kreatif tak bertempat.. Memudaratkan.
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2022 10:14 AM | Show all posts
buat semak je
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2022 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Bayangkan, terlepas tengok bola masuk gol sebab masa tu keretapi lalu...kemudian bayangkan tengah melayan perasaan memandang keluar keretapi kemudian kepala kena bola yang disepak kuat...

Sebelum ni ada buat kajian safety hazard tak? Risau lagi bahaya daripada beruntung.
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2022 01:41 PM | Show all posts
biasa ja ni. abandoned old tracks, cuma revived for tourism.

yang kat siam tu ketapi lalu tengah2 pasar tu nampak lebih real.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 01:27 AM GMT+8 , Processed in 0.049249 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list