CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11980|Reply: 109

[Tempatan] Dr. Sheikh Muszaphar digesa berhenti jual produk kesihatan!

[Copy link]
Post time 17-8-2022 09:11 PM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 17-8-2022 09:13 PM

KUALA LUMPUR – Seorang doktor perubatan, Dr. Rafidah Abdullah mahu angkasawan pertama negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha dan pasukannya berhenti menjual produk kesihatan keluarannya kepada pesakit yang dirawatnya.

Pakar Perunding Perubatan dan Nefrologi itu  telah menerima aduan mengenai penjualan produk itu kepada pesakit daripada doktor dari sebelah utara Semenajung Malaysia.

Dalam surat terbuka kepada Dr Sheikh Muszaphar, Dr. Rafidah berkata, ada jurujual yang mengesyorkan produk itu kepada pesakit kronik buah pinggang dengan mendakwa produk itu selamat dimakan.

“Kepada Datuk Sheikh Muszaphar dan pasukan yang saya hormati, Saya menerima mesej dari rakan seperjuangan dari utara. Ada jurujual yang mengesyorkan produk ini kepada pesakit. katanya ianya selamat untuk pesakit kronik buah pinggang.

“Ya, dalam mana-mana iklan tidak ada menyebut buah pinggang tapi boleh lihat bagaimana pesakit-pesakit kronik boleh tertipu.

“My hope is you and your team make sure all of the sellers stop offering this to my patients,” tegas Rafidah dalam kenyataan  di media sosial.

Menggunakan kepakarannya dalam bidang tersebut, Dr. Rafidah mengingatkan masyarakat produk yang dipromosi itu tidak mempunyai kajian saintifik yang membuktikan ia boleh membantu kesihatan.

“Jika berpenyakit kronik, jangan ambil. Terutamanya jika ada penyakit buah pinggang, memang disarankan jauhkan apa jenis produk sekali pun. Jangan terpedaya ya,” katanya.

Dalam hantarannya, Dr. Rafidah turut berkongsi gambar Dr Sheikh Muszaphar sedang tersenyum sambil memegang produk berkenaan.

Pada proster tersebut tertulis ‘Nikmat kesihatan ialah kunci kebahagiaan’ dan terdapat beberapa logo termasuk halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan MeSTI (Makanan Selamat Tanggungjawab Industri).

Hasil carian di internet, produk tersebut didakwa hasil ramuan premium daripada Dr. Sheikh Muszaphar yang mempunyai latar belakang perubatan dan beliau  juga pengasas produk berkenaan.

Produk itu didakwa hasil gabungan habbatus sauda yang dikatakan makanan sunah dan peria katak yang didakwa sebagai insulin semulajadi.

Produk berkenaan juga pernah disiarkan dalam berita televisyen tempatan dan didakwa telah melalui kajian secara saintifik.

Sumber


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2022 09:27 PM | Show all posts
https://www.utusan.com.my/ekonomi/2022/07/afyaa-lancar-sahiyya-aratox/








This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2022 09:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow nama2 produk sume terpaling arobic
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2022 09:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg aku tahu mesti mahai...
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2022 09:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg aku tau gum arabic je yg ok utk org sakit buah pinggang..
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2022 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan ke heols ada jual gel lutut sapu2 tu ke,?


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-8-2022 09:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Heols doktor (taktau masih praktis ke tak), bini doktor. Semua background medical. Terlibat dgn produk mcm ni.


Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2022 09:41 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 17-8-2022 09:36 PM
Heols doktor (taktau masih praktis ke tak), bini doktor. Semua background medical. Terlibat dgn prod ...

pelik kan. ptt lagi aware bab ni. sorg lg doc nordin darus yg elyana katenye amek gk produk die.

doc sheikh tu mcm dh tak praktis dh. byk dgn family je. bini die je yg masih on lagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2022 09:42 PM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 17-8-2022 09:27 PM
https://www.utusan.com.my/ekonomi/2022/07/afyaa-lancar-sahiyya-aratox/

tak menahan tgk rega die. ni mmg cara pantas nk jd jutawan ke ape ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2022 09:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Rege pun bukan kaleng2. Sekali makan terus sihat ke macam mana?
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2022 09:49 PM | Show all posts
Kalau nak turunkan kolestrol, makan ubat statin. Itu mmg berkesan akan turunkan kolesterol.
Kencing manis dah ada ubat dia
Darah tinggi dah ada ubat dia

Pergi aje klinik kerajaan. Sama ada kau nak telan atau tidak aje.Tak perlu berhabis beratus ringgit setiap bulan beli produk pelik-pelik dari personaliti popular atau celebrity.
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2022 10:07 PM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 17-8-2022 09:49 PM
Kalau nak turunkan kolestrol, makan ubat statin. Itu mmg berkesan akan turunkan kolesterol.
Kencing  ...

Setuju sesgt...kat klinik kerajaan punya lah murah bekalan ubat2 tu...ni produk timbang kilo retis n seleb gak yg dibeli
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2022 11:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Kadang yg menjual produk ni dia punya overclaim mmg tak hengat.. Aritu nmpk ada sorg jual kopi pracampuran and claim boleh merawat kanser..
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2022 11:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalu local products tu berkesan rawat kanser segala mcm apa hal ko tak patented dek? Keluarkan lah data2 dan samples dah mujarab sangat dek.
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2022 11:26 PM From the mobile phone | Show all posts
namieamuro replied at 17-8-2022 09:41 PM
pelik kan. ptt lagi aware bab ni. sorg lg doc nordin darus yg elyana katenye amek gk produk die.
...

Sacha Inchi Oil tu ke.  Ada yg ambil ok ke.
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2022 01:15 AM | Show all posts
sharlenetexas replied at 17-8-2022 01:36 PM
Heols doktor (taktau masih praktis ke tak), bini doktor. Semua background medical. Terlibat dgn prod ...

dah kahwin x pikir dah bende tu
anak dia pun ramai kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2022 01:47 AM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 17-8-2022 09:49 PM
Kalau nak turunkan kolestrol, makan ubat statin. Itu mmg berkesan akan turunkan kolesterol.
Kencing  ...

Kencing manis darah tggi etc tu ubat utk mengawal shj. Never cure. Kolestrol tggi ubat plg berkesan adalah IF dan go vegan. Kencing manis plg berkesan adalah kawal pengambilan gula. Darah tggi plg berkesan manage stress dan jaga makan n bersenam. Mostly penyakit2 tu x perlu ubat pun. Tp dh nama manusia, x boleh menahan diri
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2022 02:08 AM From the mobile phone | Show all posts
gigahertz replied at 18-8-2022 01:15 AM
dah kahwin x pikir dah bende tu
anak dia pun ramai kan

Belanja utk sorang dah berapa banyak. Petang lepas sekolah mcm2 aktiviti.

Tapi tu lah, medical background dan title doktor blh terjerumus dgn produk mcm ni. Lepas ni jgn sentap bila doc pidah meratib produk sampah. Tapi kan, sheols ni makan jajan tak?





Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2022 06:52 AM | Show all posts
Edited by gekkou at 18-8-2022 06:53 AM

guna campuran makanan sunah dan habatus sauda
claim boleh sembuh penyakit
yihhhh sangat
patut la kaya bebenor
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2022 07:20 AM | Show all posts
demi duit semua di gadaikan.......................
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-10-2024 01:37 AM GMT+8 , Processed in 0.071225 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list