CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2930|Reply: 32

Najib Asaddok Nak Saman Sebab Dituduh Bisnes Air Liur?

[Copy link]
Post time 17-8-2022 02:19 PM | Show all posts |Read mode
Bagi pakar motivasi bisnes, Najib Asaddok bukan sekali dua dilemparkan kata-kata sinis apabila segelintir netizen yang menggelar dirinya menjalankan ‘bisnes air liur.







Namun, kata pengasas syarikat Momentum Internet Sdn Bhd sejak 2014 lalu, dia juga manusia biasa yang mempunyai emosi dan perasa


Apatah lagi sedang berkongsi ilmu ketika sesi secara langsung di media sosial, muncul individu yang cuba membuat provokasi.




IG Najib




Bagaimanapun Najib atau nama sebenarnya Mohd. Najib Asaddok bersyukur ramai yang memberikan komen positif dan sokongan yang mana mereka berkongsi kisah kejayaan dalam perniagaan selepas mengikuti kelas selama ini.


“Ketika buat sesi siaran langsung itu, saya sedang membincangkan topik agak serius berkaitan isu peniaga yang mengalami kejatuhan dalam jualan.


“Tapi, apabila terdapat komen dan soalan sama berulang kali, ia lebih kepada provokasi dan berniat nak menjatuhkan kredibiliti. Saya juga orang biasa yang mempunyai emosi dan perasaan.


“Dalam masa sama, ramai lagi memberikan komen positif dan sokongan yang mana mereka berkongsi kisah kejayaan dalam perniagaan selepas mengikuti kelas saya. Bagi saya, ini lebih menggembirakan serta memberi semangat pada saya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.




Najib Asaddok pernah terbabit dengan perniagaan menjual produk kesihatan.




Najib sebelum ini berjaya membina empayar perniagaan dengan memberi perkhidmatan latihan secara dalam talian kepada golongan peniaga untuk kembali bangkit dan menjadi usahawan berjaya.


Tetapi baru-baru ini tular apabila Najib, 39, yang sedang membuat sesi siaran langsung dihujani dengan pertanyaan netizen bertanyakan soalan berunsur provokasi mempersoalkan apa perniagaannya yang sudah berjaya sehingga layak mengajar orang lain mengenai ilmu pemasaran.


Seterusnya sesi itu mendapat komen beberapa pengguna laman sosial mempertikaikan kejayaan diraih hanya dengan ‘menjual air liur’.


Najib memberitahu di sebalik kejayaan yang dicapai hari ini, dia sudah mula berjinak-jinak dalam bidang perniagaan sejak  bangku sekolah semata-mata ingin mengubah kehidupan keluarganya.


“Pada usia 11 tahun, ayah saya meninggal dunia. Ketika itu emak hanya pekerja kilang dengan pendapatan RM300 hingga RM500 sebulan. Malah sejak kecil lagi saya bersama lima beradik lain tinggal dengan datuk. Dengan bantuan datuk juga, kami adik beradik cukup makan, pakai dan sekolah.


“Dari sekolah lagi saya sudah berniaga dengan terbabit sebagai ketua koperasi di sekolah menengah dan menjadi Ketua Kelab Usahawan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Muar. Pada 2004 saya sudah mula membuat perniagaan jualan langsung yang mana ketika itu masih menuntut di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor.


“Kemudian, pada 2006 hingga 2008 saya terbabit dengan perniagaan menjual produk kesihatan. Saya buat jualan di sekolah, buka booth, masuk ekspo dan beberapa pejabat kerajaan.


“Dalam masa sama, sepanjang tempoh itu juga saya mula menjadi pelatih dengan memberi latihan kepada orang yang mahu mula berniaga. Semua yang saya buat ini bukan semata mata minat, tapi terpaksa sebab saya berasal daripada keluarga susah,” katanya yang berasal dari Benut, Pontian, Johor.


Kesusahan dan keperitan dilalui Najib tidak menghalang dirinya melanjutkan pengajian ke peringkat tertinggi termasuk menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Perniagaan dan Pengurusan (MBA) di Anglia Ruskin University kampus Kolej FTMS Cyberjaya pada 2018 dan kini sedang menuntut di peringkat Kedoktoran dalam bidang Pentadbiran Perniagaan (DBA) di Open University Malaysia (OUM).


Daripada seorang jurujual, Najib membuat anjakan dalam kerjayanya apabila menukar strategi dengan terbabit dalam perniagaan secara dalam talian pada 2009.


Berbekalkan pendapatan mencecah RM30,000 hingga RM50,000 sebulan, Najib mula dihimpit rakan dan orang sekeliling bagi mendapatkan rahsia kejayaan itu.


“Semua kawan bertanya macam mana saya boleh jualan hingga mencecah angka itu. Dari situ saya buat bisnes coaching atau latihan hingga sekarang. Kebanyakan orang faham apabila berniaga hanya secara offline. Apabila mereka mula menyedari perniagaan dalam talian, saya ajar mereka cara nak bermula termasuk penggunaan ayat yang sesuai untuk tarik minat pelanggan.


“Alhamdulillah, pada 2020 saya membuat satu kelas berskala besar yang dihadiri 5,500 individu yang terdiri daripada usahawan pelbagai industri dan latar belakang. Pengalaman yang ada sepanjang terbabit dalam perniagaan dalam talian saya kongsikan kepada mereka. Ini juga berkat hasil saya berguru dengan Datuk Wira Dr Azizan Osman,” katanya.




Najib (kiri) dan isteri ketika menerima Anugerah Kepimpinan dalam Pemasaran peringkat Antarabangsa di Dubai tahun ini.




Sesuatu yang membanggakan buat Najib juga apabila menerusi syarikatnya dia sudah berjaya membantu lebih 400,000 usahawan menerusi e-book, video, buku, kelas dalam talian dan offline yang dibuat secara percuma.


Berkat kesabaran, usaha dan pertolongan, ternyata itu semua memberikan sinar dalam kehidupannya termasuklah baru-baru ini syarikatnya memperoleh sijil Sirim ISO 9001:2015 yang membuktikan hasil kerja keras kakitangan Momentum yang mengikut segala prosedur.




  



Najib juga pernah dinobatkan Anugerah Orang Muda Johor oleh Tunku Mahkota Johor selain menerima Anugerah Kepimpinan dalam Pemasaran peringkat Antarabangsa di Dubai tahun ini.




Sumber: MalaysiaGazette
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2022 02:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Kolej ftms tuu kolej ape tuuu...
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2022 02:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Assadok tu nama bapak ke?


Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2022 02:45 PM | Show all posts
orang tanya kau bisnes apa, kau jawab je lah. kenapa sampai nak saman? apa yang org tu buat tak constitute to defamation pun. dia hanya tanya soalan je.
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2022 02:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni butthurt sgt nape? Org tu tya dia buat bisnes ape. Xde pun org tu tya yg bkn2.
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2022 02:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan ke ko yg start jawab air liur? Org tu tanya je biz apa yg ko ada dan yang berjaya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-8-2022 02:47 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 17-8-2022 02:28 PM
Assadok tu nama bapak ke?

Betul. Nama bapak dia
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2022 02:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Anugerah yg dpt di Dubai tu geng Jijan gak ke yg bagi?

Bangang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2022 02:55 PM | Show all posts
mcm mat scam aje
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2022 02:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Kahkahkah dari mai ke Dubai buat anugerah baik kau buat je majlis kat tanahair. Yang kasi org M'sia jugak. Apooooo
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2022 03:00 PM | Show all posts
Orang tanya, jawab jela. Banyak pusing ja
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2022 03:04 PM | Show all posts
i see, belum boleh beat cikgu dia lagi la yang selesai 7 PhD tu
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2022 03:10 PM | Show all posts
Tak pasal2 kena bagitau sejarah meniaga dari kecik. Bini dia macam nabila mak jebat.
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2022 03:22 PM | Show all posts
aku nak gelak ngan mamat ni.,. beria dia nk justify dia bukan scammer... bisnes air liurlaa bg talk ada harga... ko makin kaya,,, yang dengar talk ko tu ade yang jadi kaya x...
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2022 03:22 PM | Show all posts
Kalau buat training, motivation & marketing tu semua kan bisnes air liur. Mengaku aje la...Nak sentap kenapa..
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2022 03:38 PM | Show all posts
halah2 bijan doggy ni da terang lagi bersuluh ko wat biz air liur lagi nak sentap cam pondan jalan segget tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2022 03:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Najib assadok yang tercidok
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2022 04:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Tunjuk je brapa peratus dh jd millionaires… bukan gross profits ye. Setakat sembang sales jota2 tunjuk kereta, rumah, holiday org dh x percaya dah dek. Kau sendiri kalu dah expert sgt knp tak multi millionaire buat business other than berlindung disebalik “consultants” tu?
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2022 04:36 PM | Show all posts
ahh si babi ni
koyak plak
time bercakap rendah2 kan orang lain tu xpe lak
kena ke dia sikit terus koyak rabak
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2022 04:53 PM | Show all posts
Biasalah manusia senang menasihatkan dari kena nasihat
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 01:43 AM GMT+8 , Processed in 0.361888 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list