CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 414|Reply: 0

Lelaki Tarik Kekasih Terjun Tebing Angkara Cemburu

[Copy link]
Post time 16-8-2022 10:26 PM | Show all posts |Read mode
Gara-gara cemburu, seorang lelaki menarik teman wanitanya dan terjun bersama-sama dari sebuah tebing sebelum mereka disahkan meninggal dunia, lapor akhbar Daily Star kelmarin.


Pada hari kejadian 6 Ogos lalu, Selcuk Cetiner, 41 dan teman wanitanya Mehlika Derici, 35, dilaporkan menyambut hari lahir rakan mereka di sebuah restoran di Turki.




Foto: The Sun




Pasangan kekasih itu kemudian pergi ke sebuah lokasi popular, Asiklar Tepesi yang juga adikenali sebagai Bukit Kekasih. Selcuk dan Mehlika  turut disertai rakan mereka, Merve dan kekasihnya, Arda Tolunay.


Bagaimanapun, suasana romantik malam itu bertukar tragedi apabila Selcuk dan Mehlika bertengkar disebabkan perasaan cemburu.


Menurut Merve dan Arda, Selcuk menolak Mehlika sehingga terjatuh di atas tanah sebelum dia dibantu untuk bangun.


Lelaki itu kemudian menjerit: “Jika mahu mati, kita mati bersama.”


Belum sempat Mehlika bertindak balas, Selcuk merangkul pinggang kekasihnya itu dan melompat dari tepi tebing bersama-sama. Kedua-dua mereka mati selepas terjatuh dari ketinggian 25 meter.


Anggota paramedik bergegas ke lokasi kejadian, namun gagal menyelamatkan Selcuk dan Mehlika.


Mayat pasangan kekasih itu dibawa ke Hospital Awam Marmara Ereglisi, sementara polis merampas telefon bimbit mereka untuk siasatan lanjut.




Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 01:05 AM GMT+8 , Processed in 1.379338 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list