CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12663|Reply: 102

[Tempatan] Update: (Video) Setelah viral, pensyarah UiTM ditamatkan perkhidmatan serta merta, syukur, alhamdulillah bilang Farah Azuin #91 - Setahun berlalu, penuntut trauma pensyarah ajak lakukan onani

[Copy link]
Post time 16-8-2022 09:09 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Friska at 30-9-2022 11:21 AM


KEJADIAN itu dikatakan berlaku di salah sebuah universiti awam terkemuka di Johor.

Setahun berlalu, penuntut trauma pensyarah ajak lakukan onani masih mengajar di kampus JB
Oleh ADRIANA MROON AMBROSE Selasa, 16 Ogos 2022

SEORANG pensyarah yang mengajar di sebuah kampus universiti awam terkemuka di Johor Bahru, Johor didakwa melakukan gangguan seksual terhadap pelajarnya.

Mangsa menceritakan kembali memori hitam itu setelah setahun insiden itu berlaku melalui akaun TikTok fazzuinnn.

Dikenali dengan nama Farah, mangsa mendakwa dia tidak pernah menyangka pensyarah tersebut akan melakukan perkara tersebut.

Menurut mangsa, pensyarah lelaki itu pada mulanya meminta dia menjawab soalan untuk kajian penyelidikan yang dilakukannya.

Hasil pemerhatian Majoriti, semua soalan yang diajukan dalam kertas kejadian tersebut berbaur lucah dan melibatkan seks.

Antara soalan berbaur lucah yang diajukan adalah seperti tanda-tanda ghairah sebelum klimaks, menyuruh mangsa memberitahu tentang imaginasi mangsa ketika melakukan hubungan intim dan sebagainya.

Oleh kerana risau akan keselamatan dirinya, mangsa telah membuat laporan polis.

Dalam laporan tersebut, mangsa yang berumur 23 tahun mendakwa pensyarah itu menghubunginya melalui talian telefon.

Menurut mangsa, sepanjang perbualan di telefon, pensyarah itu sering kali bertanya soalan mengenai seks dan menggunakan perkataan berbaur lucah.

Lebih menjijikan lagi, pensyarah itu turut memberi bayangan yang dia sedang melakukan onani dan mengajak Farah untuk melakukan perbuatan itu bersama-sama.


Antara soalan berbaur lucah dan seks dalam kaji selidik yang diberikan pada mangsa.

Jelas Farah lagi dalam video tersebut, dia telah membuat dua laporan polis terhadap pensyarah tersebut.

Lelaki itu juga pernah datang ke rumahnya untuk meminta dan menarik balik laporan polis tersebut.

Malahan, pelajar terbabit juga telah memuat turun rakaman suara pensyarah tersebut memintanya menarik balik report itu


Tangkap layar memaparkan rakaman video pensyarah terbabit yang diberikan pada mangsa.

Dalam rakaman suara tersebut pensyarah itu berjanji tidak mengulangi perbuatannya itu.

"Farah saya berjanji tidak akan mengulangi perkara tersebut, saya berjanji atas nama ALLAH.

"Sedangkan Nabi ampunkan umat, ALLAH maha pengampun. Saya tidak menyimpan dendam pada Farah," katanya.

Farah juga mendakwa pensyarah tersebut masih mengajar di universiti sama dan tiada tindakan dikenakan terhadap lelaki itu.

Difahamkan pihak universiti juga telah memanggil kedua-dua pihak untuk menyelesaikan isu terbabit.

Bagaimanapun, belum ada kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa dan universiti berhubung insiden itu setakat ini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-8-2022 08:48 AM | Show all posts









Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-9-2022 10:54 AM | Show all posts

Gangguan seksual: Pensyarah UiTM ditamatkan perkhidmatan
Oleh MOHD YUNUS YAKKUB
29 September 2022, 8:47 pm

SHAH ALAM – Seorang pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang didakwa melakukan gangguan seksual terhadap bekas penuntutnya sebelum ini telah ditamatkan perkhidmatannya berkuat kuasa serta-merta.

UiTM dalam kenyataannya memaklumkan penamatan perkhidmatan itu setelah prosedur soal siasat dan siasatan dalaman selesai, serta dimesyuaratkan di Jawatakuasa Tatatertib Peringkat Tertinggi UiTM.

Katanya, UiTM mengambil serius mengenai dakwaan gangguan seksual itu dan telah melakukan siasatan mengikut garis panduan serta proses perundangan yang termaktub dalam Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 [Akta 605].

“Tindakan tatatertib boleh diambil ke atas staf yang melanggar peraturan, tatakelakuan serta larangan-larangan yang terdapat dalam Akta 605 dan Peraturan UiTM.

“Unit Integriti UiTM telah menjalankan siasatan yang teliti bermula pada tahun lalu terhadap segala bahan bukti yang telah dikumpulkan sebelum sebarang kesalahan dapat dibuktikan dan jenis hukuman dapat ditentukan,” katanya.

Dalam pada itu, Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk. Ts. Dr Roziah Mohd. Janor menjelaskan warga universiti sentiasa diberi peringatan secara berkala perihal Akta 605 ini.

Tegas beliau, sekiranya ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah, pihak Universiti tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan keras sekiranya disabit kesalahan.

Kosmo! pada 18 Jun tahun lalu melaporkan UiTM telah mengarahkan jawatankuasa siasatan dalaman meneliti dan menjalankan siasatan terperinci berhubung dakwaan gangguan seksual dilakukan seorang tenaga pengajarnya kepada beberapa pelajar.

Malah sebuah portal hari ini turut melaporkan bekas siswazah itu kecewa belum ada tindakan undang-undang diambil terhadap pensyarah yang didakwa melakukan gangguan seksual terhadapnya.

Pensyarah tersebut juga didakwa menghantar notis mahu mengambil tindakan saman malu terhadapnya pada 6 September lalu.

Bekas siswazah itu menganggap tindakan itu diambil bagi menakutkannya setelah menolak tawaran RM20,000 daripada pensyarah itu kepadanya sekeluarga bagi menutup kes itu selepas membuat laporan polis di sebuah balai di Johor sebelum ini. -KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2022/09 ... atkan-perkhidmatan/

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-9-2022 11:19 AM | Show all posts

A screenshot of Farah Azuin Razak’s tweets alleging that she had been sexually harassed by her lecturer. (Twitter pic)

Prayers answered, says ex-UiTM student after ‘lewd’ lecturer sacked
Zeanaaima Mohd Yusof -September 30, 2022 11:12 AM

PETALING JAYA: A former Universiti Teknologi Mara (UiTM) student is thankful and relieved after the university announced that it has dismissed a lecturer accused of sexual harassment with immediate effect.

“I’m so relieved and grateful. Finally, my prayers have been answered, not just my own (prayers) but also that of other victims,” Farah Azuin Abdul Razak told FMT.

Yesterday, Farah, 23, expressed disappointment that the authorities had not taken action against the lecturer accused of sexually harassing her over a year ago.

She said she had not received any updates from the police or UiTM although the lecturer had filed a lawsuit against her on Sept 6 for allegedly exposing his private life and identifying the institution.

Farah, who graduated with a management and business diploma, denied the lecturer’s allegations, saying that his identity had been exposed by netizens. She said the lawsuit was aimed at intimidating her after she turned down RM20,000 to “close” the case.
.
Following FMT’s report yesterday, UiTM said it took the sexual harassment allegations against the lecturer seriously and had conducted an internal ivestigation.

In a statement, it said it had immediately terminated the service of the lecturer after interrogation and internal investigation procedures were completed and discussed by its disciplinary committee.

Farah said she hoped what happened will serve as a lesson for all, from students to educators.

“As students, we trust our lecturers to educate and protect us. Don’t betray our trust and lead us to believe that our education institutions are not safe,” she said.

She advised others to speak up should they face a similar situation, adding that many will come forward to offer help to victims.

Farah had lodged a police report against the lecturer in Tangkak, Johor, on June 2, 2021, and handed over recordings of telephone conversations she had with him.

She had alleged that the lecturer had called her at 12.30am on the same date to do a survey about sex and had asked her to join him to indulge in self pleasure.

Tangkak police chief Fadhil Minhat said police had also recorded statements from several others based on Farah’s report. He said the case had been referred to the Bukit Aman criminal investigation department’s investigation and legal division.

On Sept 9, Bukit Aman told FMT the investigation paper on the lecturer had been returned to the Tangkak police for “further investigation”.

Tangkak police told FMT today they had completed their probe and the investigation paper had been sent to the Johor police headquarters.

https://www.freemalaysiatoday.co ... wd-lecturer-sacked/

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-8-2022 09:10 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2022 09:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Fakulti apa? Atas bukit bawah bukit? Tepi sungai?



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-8-2022 10:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Utm ke uitm dihatiku?
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2022 10:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi kalau terkemuka di jb utm la. Mana ada lain
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2022 11:12 PM From the mobile phone | Show all posts
apa bidang kepakaran pensyarah tu? mmg berkaitan seks kaa?

soalan nombor 16 dan 17 tu nampak jelas berbeza dgn soalan2 yg lain
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2022 11:35 PM From the mobile phone | Show all posts
_blackbird replied at 16-8-2022 10:21 PM
Tapi kalau terkemuka di jb utm la. Mana ada lain

Baca2 komen lec uitm. Tp sj buat soal selidik guna logo utm.. xtau laaa…
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2022 01:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by printercomel at 17-8-2022 08:07 AM
nurul_akmar replied at 16-8-2022 11:35 PM
Baca2 komen lec uitm. Tp sj buat soal selidik guna logo utm.. xtau laaa…

ok dah confirm mmg tu.
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2022 02:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Baca kat twitter katanya uitm pasir gudang. Lecturer pon umur abah2 siap ada tanda hitam kat dahi.
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2022 02:34 AM From the mobile phone | Show all posts
nurul_akmar replied at 16-8-2022 03:35 PM
Baca2 komen lec uitm. Tp sj buat soal selidik guna logo utm.. xtau laaa…

Eheheh wartawan kemain goreng ayat. Terkemuka dan tersohor ke uitm pasir gudang tu? Hihihi
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2022 02:36 AM | Show all posts
minta maaf konon bagi peluang kedua, tu pun sbb budak tu buat kecoh klu tak mesti dia teruskan perangaiii tu pd student pompuans lain pulak sampai skrg
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2022 02:46 AM From the mobile phone | Show all posts
lasagnaklcc replied at 17-8-2022 02:14 AM
Baca kat twitter katanya uitm pasir gudang. Lecturer pon umur abah2 siap ada tanda hitam kat dahi.

Eee dengar suara pun tahu orang tua kutuk ganyut namatey
Bodoh punya lecturer jeopardize karier sendiri
Mesti x hensem n horny manjang
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2022 02:55 AM | Show all posts
dia ingat dia ada access pd budak2 pompuan blh sentiasa ambil kesempatan, padan muka budqk pompuan ni tak lepaskan dia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2022 03:01 AM | Show all posts
Habislah masa depan bila dah tersebar mcm ni dgn kesalahan gangguan seksual, sgt memalukan, low class sgtt prg yg terlibat dgn jenayah gangguan seksual ni yucksssss
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2022 03:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2022 03:15 AM | Show all posts
Perangai tipikal pensyarqh jantan kat msia ni, ambil kesempatan pd student pompuan, mmg kurang ajar bangsat2 ni semua, biar dorg jatuhhh hilangg keja pencen bagaiiii. Jenis takde intergrity
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2022 04:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Menjijikan pensyarah bodoh ni..!!
Dasar penunggang agama!!
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2022 04:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Hrpnya xde plot twist lg ye

Beberapa thread sblm ni bnyk yg kantoi balik

Jenayah seks sgt heinous yachhh (sambil background muzik law & order : svu)

Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2022 07:46 AM | Show all posts
lasagnaklcc replied at 16-8-2022 06:14 PM
Baca kat twitter katanya uitm pasir gudang. Lecturer pon umur abah2 siap ada tanda hitam kat dahi.

zaman sekarang UiTM pakai kertas soal selidik in bahasa ye sis? Bukan ke bahasa pengantar (kecuali subjek Pendidikan Islam) guna english kat UiTM? Maaf la, iols grad 2004, tak ambik tau dah pasal UiTM lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2022 07:54 AM | Show all posts
hurm dah tua ganyut punnnn kemain lagi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 02:20 AM GMT+8 , Processed in 0.114799 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list