View: 9102|Reply: 175
|
Ibu Bengang Anak Di Taska Dapat Goodies Jajan
[Copy link]
|
|
Bagi ibu bapa yang amat mementingkan kesihatan anak, pasti mereka mengutamakan diet dan jenis makanan yang diambil setiap hari.
Bagaimanapun adakalanya anak-anak tetap 'terlepas' daripada kawalan ibu bapa dengan mengambil makanan tidak sihat terutama apabila berada di pusat jagaan, sekolah atau majlis keramaian.
Begitulah yang dialami oleh seorang pelayar di Facebook yang meluahkan rasa tidak senang dengan ibu bapa yang memberikan buah tangan (goodies) berisi makanan ringan kepada kanak-kanak sempena sambutan hari lahir anak mereka.
 Add Image Caption Here
"Sekadar hendak meluahkan. Jajan dari majlis hari jadi di sebuah pusat asuhan anak saya tadi.
"Saya tak faham, betul-betul tak faham kenapa ada parents yang macam ni. Adakah disebabkan anak dia makan jajan tu, jadi dia fikir anak-anak orang lain pun sama?
"Takkanlah dah jadi ibu dah jadi ayah tak boleh fikir mana yang baik dan buruk. Ajar budak-budak makan benda-benda macam ni," tulisnya dalam perkongsian tersebut.
Pada posting sama, dia turut mempersoalkan sikap ibu bapa yang tidak prihatin dengan bahan dan kandungan dalam makanan yang diagihkan.
Berang dengan apa yang terjadi, individu tersebut mengambil tindakan menghubungi pusat asuhan untuk tindakan selanjutnya.
"Sudahlah awak bagi anak awak makan benda tu, pergi agih-agih pula dekat taska.
"Tak ada rasa bersalah ke? Orang tak sekolah pun tahu makan jajan ni tak bagus, bahaya.
"Banyak bahan pengawet. Gula-gula rosakkan gigi. Budak kecil pun tahu. Geram tahu. Tadi saya dah call owner pusat asuhan, dia akan cakap personal dengan orang tu," katanya lagi.
Dalam pada itu dia turut menitipkan pesanan kepada para ibu bapa agar tidak membiasakan anak-anak dengan makanan ringan.
Malah, pelayar ini turut memberi cadangan agar ibu bapa menukar bentuk pemberian goodies kepada makanan sihat seperti buah-buahan atau baucar.
"Jadi tolonglah parents di luar sana jangan ajar anak-anak makan jajan. Kasihankan anak tu. Takkan nak tunggu anak tu sakit baru nak berubah.
"Yang terakhir, kurang-kurangkanlah bagi jajan masa sambut hari jadi anak. Cuba bagi benda lain buah buahan epal ke, oren ke, buku ke, soft toys ke, voucher Jusco ke... Okaylah juga, bolehlah ibunya tumpang sekali shopping kan," ujarnya lagi.
Bagaimanapun, hantaran tersebut telah tular dan menerima pelbagai reaksi netizen di ruangan komen.
Rata-rata warga maya tidak bersetuju dengan cadangan yang diberikan oleh individu itu kerana dianggap tidak wajar dan memperkecil usaha orang lain.
"Bukan nak memperlekehkan usaha dia nak bagi anak dia makanan sihat. Tak ada pun saya rasa. Tapi tulah... adab mana. Orang bagi, ambil. Ucap terima kasih. Tak nak makan bagi orang lain.
"Hargai pemberian orang. Kau tak nak bagi anak-anak makan tak payah sibuk nak up (muat naik) beritahu orang lain macam tu. Menyampah betul orang macam ni.
"Alahai kak. Suruh anak tu pos dekat saya. Saya nak makan. Akak tahu tak, mengajar anak tentang adab berterima kasih dan bersyukur adalah seribu kali lebih baik daripada menjaga pemakanan dia. Dan adab tu sendiri perlu wujud dari diri akak sendiri. Salah satu cara, stop mengadu benda tak patut macam ni dekat Facebook. Memperkecilkan ibu bapa yang lain.
"Emak ni hantar je anak dalam hutan. Kalau ada birthday, boleh makan tumbuh-tumbuhan hijau. Kalau tak nak, sampai rumah buatlah apa yang patut.
"Bukan main eh nak voucher? Cantik ke?" demikian antara komen di Facebook. -CARI
Sumber: mStar Online |
|
|
|
|
|
|
|
Yang tu je yang mur
Buah2 kalau makan terus di skola okay la
Kalau bawak.balik.silap2 dah jadi.puri dah |
|
|
|
|
|
|
|
Cuba bagi coklat coklat harga t20 nak tgk mak dia ckp apa |
|
|
|
|
|
|
|
Nama pun hadiah
Lagi nak meminta minta
Takpe awak buat lah pula
Jangan lupa letak telur rebu, roti sebuku, epal sebiji, air susu sekotak
Banyak cekadak |
|
|
|
|
|
|
|
Sejak dulu kala je jajan2 ni...i.pun marah dulu2...masa anak2 duk taska i bg goodie back letak epal kismis belon milo kecik je...x mahal pun cuma berat la... |
|
|
|
|
|
|
|
ala benda2 mcm ni kalau taknak bg anak makan buang je lah apa susah. yg pemberi tu bukan tau pon anak ko suka makan apple. ntah la parent mcm ni dok kontrol anak makan apa itu ini tak boleh nnt anak tu besar sikit dia tau kesedapan gula dan dadah baru ko tau. bg meol bagi makan skali skala ok kot takda hal pon, jgn ler bagi hari2 dari pagi sampai petang. |
|
|
|
|
|
|
|
ada baca komen netizen hr tu ramai yg kutuk si mak yg merempan ni
xnak bg anak mkn then buang tp perlu ke nk up kt socmed, x fikir ke hati si pemberi
meraikan birthday anak tu patut didahulukan dan jaga lah adab tu bila berbicara
Yg x menhn siap request vouchers dasar materialistic  |
|
|
|
|
|
|
|
budak yang tak biasa makan, bagi pun dorang tak heran. takdenya dorang akan makan |
|
|
|
|
|
|
|
Kiddy ank2 i dulu dh listkn awl2 jenis goodies yg bole bg bila besday partay. Especially yg choking hazard mcm gula2..sumi pon xvoley. Hahahaha...hujong2 dpt brg2 ja mcm colour pencils,tabung..kdg2 kek apollo ngn air kotak. Btw,small matter je neh..ko xsuka ank ko hadap jajan xyah le bg. Mmg dasar byk cekadak. |
|
|
|
|
|
|
|
ko xnak bg anak ko makan, ko buang je.. apa ada hal. agak2 klu bagi ceklat ferero roche.. mau ko yg telan dulu kan. |
|
|
|
|
|
|
|
Bagi biskut waffle Loacker single pack perasa neapolitan.
Lays peket kecik ada tak?
Susu coklat farmfresh.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau bagi satu pek biskut digestive yg mengenyangkan, anak makan tak?
|
|
|
|
|
|
|
|
Alahaiiii byk cekadaknya la mak budak ni. Sekali sekala makan jajan takde le terus budak tu sakit kronik. |
|
|
|
|
|
|
|
Overnya ko pompuan..  |
|
|
|
|
|
|
|
Alah mak budak nie pun, nanti budak tue dah besar skit makan jgk McD, stabak suma tue.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ermmm...teringat penyanyi bernombor bagi kwn² kelas piyah product anak dia tu
 |
|
|
|
|
|
|
|
Kau ingat dunia revolves around kau jah suma nak ikut kehendak kau? Takat benda gini nak bising di FB. Ntah2 anak2 kau, kau sumbat gak dengan Mekdi KFC. |
|
|
|
|
|
|
|
wahai makcik, ko tak bg ank ko makan sodahlah. byk bunyik pulak ngkau. tingat kisah reddit ai pernah baca, mcm ni la lebih kurang si emaknya, over sgt psl pemakanan anak dia. setakat sepotong kek bday kawan si anak pun tak bg makan. last2 kena cop You're the Asshole oleh para pengomen reddit 
pernah dengar tak, "It is not the gift, but the thought that counts."? |
|
|
|
|
|
|
|
Bengong nya pempuan. Ko ingat anak ko tu anak raja yg org kena amik tau dia mkn apa? Blah laa  |
|
|
|
|
|
|
| |
|