CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 963|Reply: 8

Mak Wan Latah Dah Banyak Bersabar!

[Copy link]
Post time 16-8-2022 11:23 AM | Show all posts |Read mode
"Apa yang berlaku sekarang ini adalah ujian yang Allah bagikan pada Mak Wan.


"Sekurang-kurangnya Mak Wan bersyukur kerana Allah masih bagi ujian kepada Mak Wan. Dia masih memilih Mak Wan untuk ujian-ujian dan dugaanNya,".


Demikian kata pelakon Mak Wan Julia, 61, mengenai kontroversi yang dilaluinya kebelakangan ini.


Foto: Google




Menurutnya, dia reda dengan apa yang terjadi dan pasrah selagi bernafas selagi itulah akan berdepan ujian Allah.


"Jadi keistimewaannya Allah bagi ialah Mak Wan banyak sabar. Dia pun nak tengok sesabar mana Mak Wan.


"Alhamdulillah...kawan-kawan Mak Wan banyak support Mak Wan. Begitu juga warganet di luar sana. Mak Wan ucapkan terima kasih kepada semua yang ada diluar sana kerana banyak support Mak Wan.


"Dan Mak Wan juga maafkan mereka yang mungkin ada mengecam Mak Wan," katanya yang ditemui semasa hadir menyaksikan persembahan Sepetang Bersama Ibnor Riza yang akan berlangsung di Hotel Grand Barakah, Ampang.


Pada 28 Julai lalu, pelakon bernama sebenar Halimatussa'diah Mohd Daud dihadapkan ke Mahkamah Majistret Taiping atas tuduhan berkelakuan aib iaitu meludah dengan tujuan membangkitkan kemarahan terhadap seorang wanita.


Berdasarkan kertas pertuduhan, Mak Wan Latah didakwa dengan sengaja meludah kepada Nurul Amalina Mohamad Kamal, 28, dengan tujuan membangkitkan kemarahan untuk mengganggu keamanan di alamat Lorong Haji Wahab, Kampung Titi Kasai, Batu Kurau, di sini kira-kira jam 7 malam 24 Jun lalu.


Kesalahan itu dibaca mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 yang sabit kesalahan memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM100.


Mengulas perkara ini, Mak Wan berkata, dia tidak tahu apa sebenarnya yang individu terbabit mahukan dan tidak tahu apa yang dia tidak puas hati terhadapnya sehingga sanggup memfitnah begini.


"Sedangkan Mak Wan sendiri tak aibkan dia dan buka aib dia. Apa yang berlaku Mak Wan hanya diam. Mak Wan tak nak bising-bising atau aibkan sesiapa.


"Daripada bekas suami dulu pun Mak Wan tak aibkan dia, sampailah sekarang sehinggalah sampai ke lubang kubur pun Mak Wan takkan buka aib sesiapa. Itu Mak Wan.


"Walaupun dia kata Mak Wan meludah dia atau apa-apa sajalah, Mak Wan tak pernah jentik pun dia dan Mak Wan tak pernah pun kasar dengan dia. Ini Mak Wan," katanya.


Dia menerima perkara ini dengan hati terbuka dan berkata, orang luar, saudara mara dan anak-anaknya boleh menilaikan siapa Mak Wan sebenarnya.


"Disitulah mereka tahu Mak Wan macamana. Dan kawan-kawan shooting Mak Wan pun tahu siapa Mak Wan dan tak perlu berkata apa-apa. Itu sahaja," katanya.


Sementara itu, kesalahan kes ini dibaca mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 yang sabit kesalahan memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM100.


Pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, menawarkan jumlah jaminan RM5,000 terhadap Mak Wan sebelum Majistret membenarkan Mak Wan diikat jamin RM1,000 dengan seorang penjamin.


Mahkamah turut menetapkan untuk kes disebut semula bagi serahan dokumen dan lantikan peguam pada 5 September ini.


Media turut melaporkan bahawa menerusi temubual dengan sebuah portal dalam talian sebelum ini, Amell mengaku pernah memukul Mak Wan atas alasan mempertahankan diri selepas diludah oleh Mak Wan ekoran bertanya satu soalan yang menimbulkan kemarahan pelakon veteran terbabit.-CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2022 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak habis lagi pasal mak wan
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2022 12:26 PM | Show all posts
Apa apa je lah.. lama2 tengok muka mak wan ni dah mcm muka Mona Fandey le pulek
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2022 12:34 PM | Show all posts
byk nau gossip acik ni dah mcm artis paling sohor malaysia plak
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2022 12:59 PM | Show all posts
Ya.... Mak Wan dah lama bersabar. Buktinya daripada mula gossip bercerai tu asyiklaaaaaaa tumbuh benang pasal Mak Wan bersabar
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2022 01:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru tau kalau org ludah kita, boleh bawak case naik court

Ludah2 ni gurau2 kasar time kekecik dulu ja
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-8-2022 04:58 PM | Show all posts
Tak tau nak komen apa tentang Mak Wan ni sebab cerita sana sini tak tau mana satu betul..
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2022 05:15 PM From the mobile phone | Show all posts
SalenaGomez: Baru tau kalau org ludah kita, ...

Tak berbaloi langsung dengan masa terbuang turun naik court.kalau menang pun,100 tu kjaan yang dapat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2022 05:21 PM | Show all posts
KamikuP replied at 16-8-2022 12:26 PM
Apa apa je lah.. lama2 tengok muka mak wan ni dah mcm muka Mona Fandey le pulek

Bila kulit muka dah berkedut kemudian tenyeh pulak mekap tebal2 mmg akhirnya akan jadi penampakan Mona Fendy
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:49 AM GMT+8 , Processed in 0.041082 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list