CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 301|Reply: 0

[Pulau Pinang] Empat lelaki ditahan bantu siasatan kes pukul anak, bapa

[Copy link]
Post time 15-8-2022 10:25 PM | Show all posts |Read mode
Empat lelaki ditahan bantu siasatan kes pukul anak, bapa

15 Ogos 2022 09:23pm






Empat lelaki berusia 18 hingga 26 tahun itu ditahan di sekitar Balik Pulau. - Foto FB Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya




BALIK PULAU - Polis menahan empat lelaki pada Isnin bagi membantu siasatan berhubung kejadian seorang lelaki dan bapanya cedera dipukul sekumpulan suspek di Kampung Pondok Upeh, di sini pada Ahad.

Menurut kenyataan di laman Facebook Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya, empat lelaki berusia 18 hingga 26 tahun itu ditahan di sekitar Balik Pulau dalam beberapa serbuan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Barat Daya dan dibantu Bahagian Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang.

"Berdasarkan siasatan awal, kejadian berlaku di hadapan rumah mangsa di Kampung Pondok Upeh, seorang lelaki telah datang ke rumahnya untuk meminta hutang sebelum berlaku pertengkaran mulut antara mereka sehingga suspek bertindak menampar muka mangsa berusia 20-an berkenaan.

"Semasa mangsa cuba menghubungi talian kecemasan 999, telah datang lebih 10 lelaki dan terus memukul dia dan bapanya berumur lingkungan 50-an menggunakan beberapa senjata antaranya kayu, topi keledar dan kerusi besi," katanya di sini pada Isnin.

Menurut kenyataan itu lagi, ekoran kejadian tersebut polis menahan empat lelaki berkenaan bagi membantu siasatan dan polis juga merampas beberapa peralatan yang digunakan mereka dalam kejadian tersebut.

"Empat lelaki tempatan yang masing-masing bekerja sendiri dan tiada pekerjaan tetap itu akan direman bagi membantu siasatan dan kes tersebut disiasat menurut Seksyen 148 Kanun Keseksaan," katanya.

Kedua-dua anak beranak yang mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan sedang menerima rawatan di Hospital Balik Pulau dan usaha mengesan mereka yang terlibat dalam kejadian itu giat dijalankan. - Bernama


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 07:33 PM GMT+8 , Processed in 0.053257 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list