Pelakon, Azri Iskandar yang sebelum ini bercadang untuk menukar namanya kepada Azri Alexander bagaimanapun terpaksa melupakan niat tersebut apabila anak-anaknya tidak bersetuju dengan perkara itu.
"Kalau anak-anak tidak setuju, saya tidak boleh buat dan silap saya juga sebab tidak berbincang dengan terlebih dahulu dengan anak-anak tentang halk ini.
"Yang marah saya sangat tukar nama ni anak saya, Azrell Omar Iskandar (Ayel). Sedih betul saya.
"Dia cakap, nama Azri Iskandar tu dah okey dah. Kalau nak go international, tidak ada salahnya pakai nama tersebut.
"Lagipun dia kata, dia dah mula berkecimpung dalam dunia perfileman, takkan dia nak letak namanya sebagai Azrell atau Ayel Alexander.
"Saya cakap nama saya tetap Azri Iskandar. Cuma Azri Alexander itu digunakan untuk kerjaya lakonan sahaja. Tapi, dia tak boleh terima. Sebab itu, saya ambil keputusan untuk gunakan semula nama Azri Iskandar," katanya.
Terdahulu, Azri pernah memaklumkan kepada Getaran hasratnya untuk menggunakan nama Azri Alexander sebagai 'stage name'. - CARI
|