View: 407|Reply: 0
|
[Kedah]
Jabatan Kesihatan Kedah mohon maaf silap beri tarikh temu janji
[Copy link]
|
|
ALOR SETAR: Jabatan Kesihatan Kedah kesal dengan kesulitan dihadapi pesakit yang diberi tarikh temu janji salah untuk diambil sampel darah bagi ujian makmal baru-baru ini.
Pengarah, Dr Othman Warijo, berkata siasatan awal mendapati tarikh yang diberikan untuk tujuan itu adalah pada 5 Ogos 2022 iaitu pada Jumaat yang menjadi cuti hujung minggu di Kedah.
Bagaimanapun katanya sampel darah pengadu sudah diambil dua hari selepas kejadian iaitu pada Ahad.
"Jabatan ini juga sudah menghubungi pengadu dan memohon maaf atas kesilapan yang berlaku. Beliau menerima baik permohonan maaf berkenaan.
"Siasatan lanjut kini sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar insiden ini agar langkah penambahbaikan lebih khusus dapat diambil bagi mengelak ia berulang," katanya dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu, Dr Othman berkata pihaknya sudah memulakan siasatan dan memandang serius insiden yang didakwa berlaku menerusi video tular yang dimuat naik di TikTok pada Jumaat lalu bertajuk "Jururawat Kerajaan Menyusahkan Pesakit."
Beliau berkata penambahbaikan berterusan dan kepuasan pelanggan sentiasa menjadi keutamaan jabatan berkenaan dalam menyampaikan perkhidmatan kepada seluruh anggota masyarakat.
https://www.bharian.com.my/berit ... i-tarikh-temu-janji |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|