CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 372|Reply: 0

[Kedah] Kutip 300kg sampah cemari pantai Pulau Rebak

[Copy link]
Post time 14-8-2022 10:44 AM | Show all posts |Read mode

Sebahagian daripada 70 peserta aktiviti jelajah dan pembersihan pantai anjuran bersama GDHC dan Rebak Island Resort & Marina Langkawi (RIIML) mengutip sampah sekitar pantai Pulau Rebak Besar, Langkawi. - NSTP/HAMZAH OSMAN

LANGKAWI: Sebanyak 300 kilogram (kg) sampah, kebanyakannya botol plastik dikutip dalam tempoh dua jam di Pulau Rebak Besar, di sini hari ini.

Ia dikutip 70 peserta aktiviti jelajah dan pembersihan pantai anjuran Golden Dust Hikers Club (GDHC) dan Rebak Island Resort & Marina Langkawi (RIIML), mulai jam 8 pagi.

Pengurus RIIML, Hafiz Hashim, berkata kebanyakan sampah hanyut terbabit dikesan di celah batu dan kawasan berpasir, selain longgokan di bawah pokok sekitar lokasi berkenaan.

"Ini sebahagian program tanggungjawab sosial korporat (CSR), pada masa sama memupuk kesedaran masyarakat supaya tidak mencemarkan lokasi pelancongan.


"Sepanjang aktiviti, kami turut mempromosi pokok periuk kera atau nama saintifiknya 'nepenthes' dan keunikan hamparan batu merah yang terdapat di pulau ini," katanya.

Sementara itu, Pengerusi GDHC, Adli Shah Mohd Yusof, berkata kesedaran dalam komuniti perlu dipertingkatkan, khususnya mengenai kesan plastik kepada hidupan marin.

"Pada program hari ini kami berjaya mengutip 300kg, kebanyakannya botol plastik minuman ringan dipercayai hanyut dan terdampar di pantai sekitar pulau ini. Saya dan rakan-rakan di GDHC memang gemar menyertai aktiviti kebajikan dan amal yang diadakan pelbagai pihak," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... -pantai-pulau-rebak

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 07:38 PM GMT+8 , Processed in 0.083501 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list