CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Search
Carian Terbanyak:
View: 959|Reply: 18

[Tempatan] Mara Digital Mall boleh tiru cara promosi Low Yat, keluar belenggu sepi tanpa pelanggan

  [Copy link]
Post time 14-8-2022 08:43 AM | Show all posts |Read mode

PETALING JAYA: Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) mencadangkan pihak pengurusan dan peniaga Mara Digital Mall meniru pendekatan diambil Plaza Low Yat, termasuk dari segi promosi bagi menarik pelanggan yang mencari barangan peralatan telekomunikasi dan teknologi.

Presiden DPMM Abdul Halim Husin berkata, antara punca kegagalan Mara Digital Mall menarik pelanggan, termasuk dalam kalangan orang Melayu sendiri, walaupun setelah lebih tujuh tahun diwujudkan, ialah persekitaran kedai terlalu “bersih” apabila banyak ruang kosong gagal diisi peniaga, selain tiada banyak pilihan ditawarkan.



“(Keadaan) berbeza dengan Low Yat yang sendat dengan barang jualan. Selagi boleh letak barang, mereka sumbat segala macam barang, tak kira baru keluar kilang atau terpakai … semua boleh dicari di Low Yat.

“Pengurusan Mara dan peniaga Bumiputera di Mara Digital Mall mungkin dapat tiru Low Yat. Pembeli, termasuk orang Melayu, lebih suka ke sana kerana mereka boleh dapatkan apa saja, termasuk penukaran dan sewa (barangan),” katanya kepada FMT.

Halim turut mengakui faktor lain kegagalan Mara Digital Mall menarik pelanggan ialah tiadanya “shopping complex effect” optimum seperti Low Yat disebabkan ketiadaan rantaian bekalan meluas.

“(Peniaga) Low Yat juga menawarkan pelbagai pengkhususan, seperti kedai komputer yang menjual terus daripada kilang. Ada yang memasang komputer menggunakan bahan pilihan pembeli, malah ada kedai menjual komputer terpakai dan ‘recon’,” katanya.

Katanya, pusat beli-belah Bumiputera tidak mungkin berjaya hanya dengan menekan faktor lokasi dan insentif sewa jika pendekatan serta promosi setanding Low Yat gagal dilaksanakan. Bagaimanapun, katanya, Mara Digital Mall masih mempunyai ruang untuk kembali gah jika diurus dengan baik.

Sementara itu, Presiden Persatuan Usahawan Internet Malaysia (Puim) Mohd Azrul Mohd Nor mengakui pemilihan lokasi strategik penting untuk Mara Digital Mall hidup selain penjenamaan semula dan promosi lebih agresif, termasuk di media sosial yang pada masa ini banyak mempengaruhi sikap pembeli.

“Mara Digital Mall boleh dihidupkan dengan membangunkan ciri-ciri menarik, seperti penjual banyak menawarkan harga dan menyediakan tawaran lebih kompetitif, serta pemasaran tersusun dalam media sosial untuk menggalakkan pendedahan lebih meluas bagi Mara Digital Mall melalui kempen strategik,” katanya yang juga pembekal barangan IT.

Selain itu, beliau bersetuju Mara Digital Mall perlu menjadikan Low Yat penanda aras untuk menarik pelanggan, selain turut melihat contoh di luar negara.

“Pada masa sama, rantaian bekalan daripada pembekal kepada peruncit mesti dirangka dengan lebih jelas kerana ini mungkin dimonopoli oleh sebahagian pihak yang sudah lama dalam industri tersebut,” katanya.

Beliau turut berharap pihak pengurusan, termasuk Mara sendiri, mengurangkan karenah birokrasi dengan memudahkan segala usaha memantapkan kembali pusat itu.

Sebelum ini, FMT melaporkan peniaga Mara Digital Mall meminta Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob campur tangan untuk menghidupkan semula kawasan itu yang kini suram dan sepi tanpa pelanggan.

Peniaga pusat jualan peralatan telekomunikasi dan teknologi maklumat itu menagih lagi “sentuhan” Ismail yang mencetuskan penubuhan premis khusus untuk usahawan Bumiputera itu ketika menjadi menteri luar bandar dan wilayah pada 2015.

https://www.msn.com/en-my/news/berita/mara-digital-mall-boleh-tiru-cara-promosi-low-yat-keluar-belenggu-sepi-tanpa-pelanggan/ar-AA10DjwT?ocid=msedgdhp&pc=U531&cvid=4fe2322ab58a4e259babe095693a7c1d

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2022 08:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Low yat pun byk vangla dgn pakis jah skrg ni
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2022 09:02 AM | Show all posts
loyat pun penuh dgn paki dan bangla sekarang
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2022 09:16 AM | Show all posts
loyat pun penuh dgn paki dan bangla sekarang


sbb tu dah bertahun tak jejak lou yuat
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2022 11:02 PM From the mobile phone | Show all posts
low yatt pon 'tipu' jugak la...
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2022 11:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 14-8-2022 11:02 PM
low yatt pon 'tipu' jugak la...

Maksud dpmm tu melayu pun kena try niaga tipu jgk ke


Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2022 11:10 PM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 14-8-2022 11:06 PM
Maksud dpmm tu melayu pun kena try niaga tipu jgk ke

meriah vs sendu...meriah bkn sb niaga elok...sendu bkn sb niaga tipu....ada 'sb lain'...kot.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2022 11:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 14-8-2022 11:10 PM
meriah vs sendu...meriah bkn sb niaga elok...sendu bkn sb niaga tipu....ada 'sb lain'...kot.

Amboi
Berkias2

Tgh2 mlm dh ni straight to the point je la

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2022 11:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Tiru loyat bermakna letak peniaga Cina lar. Tu faktor depa maju.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2022 11:55 PM | Show all posts
banyak faktor...kena kaji..jangan dok semak otak dengan dengki orang berjaya atau jadi rasis...cuba pergi sendiri kat mara digital..tak strategik..tempat kecik dan semak ( susun atur tempat)...semua orang jual benda hampir sama dan harga hampir sama...dok  tingkat atas dan tak banyak benda boleh beli...barang sama dengan lowyatt tapi tak banyak pilihan...berjaya time digital pun lingkup juga... yang kena tipu tu sebab buta mata dan hati bila beli barang
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2022 01:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Lowyat meriah. Bargain laptop cantik macam2 design. Boleh print poster serta merta kat top floor
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-8-2022 07:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Setakat jual laptop aje memang melingkup la. Orang boleh beli benda sama online. Entah-entah lagi murah.Aku beli pc accessory di low yat lagi mahal daripada order dari shopee. Satu sebab untuk beli di kedai fizikal adalah utk dapatkan diskaun kalau beli bundle atau set berbanding satu-persatu.

Patut focus pada after sales,sevice dan repair
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2022 07:45 AM | Show all posts
e dagang memusnahkan aktiviti perniagaan fizikal
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2022 08:03 AM | Show all posts
Malakat, digital mara, benda2 yg rasis sebegini mmg jangka hayat xlama pon. Cash lah!
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2022 08:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Parking susah kan sini? Dari pegi sini baik pegi pertama kompleks depan dia. Nk buat sesuatu tu xpayah la guna bangsa n agama. Nk harapkan tunggang bangsa n agama mmg xkemana
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2022 08:31 AM | Show all posts
la..ada lagi digital mall mara. I ni jalan area TAR tudh lama x pergi. Sogo pun seperti ku lupakan.haha

iols selalu terlajak ke low yatt sb nk makan kt situ. Baru ja pusing2 situ semalam. So hari ni x semena2 iols pakai keyboard and mouse baru..hihi

situ mmg kena betul2 survey kalau nk beli. Kadang2 beza harga antara kedai2 tu mmg signifikan la juga. So seronok kat situ sb byk kedai boleh compare2. Yang tak seronok, kena hati2 dgn eye contact seller kt sana ja.. tak aman nk kehulur kehilir tanpa ditegur.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2022 09:19 AM | Show all posts
low yat ni dah takde org pergi dah...it will die soon...
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2022 09:33 AM | Show all posts
common la, aku yg koman ni pun tahu, korang ada modal banyak kan?

apa kata korang upah jurulatih usahawan, cth dr azizan seman, najib as sadok, cth nya


mereka mempunyai kepakaran utk melariskan perniagaan , disamping mreka juga adalah bumiputera islam yg membayar zakat..jd apa salah nya mencuba, jgn la asik salah kan pengguna islam sahaja...


mgkn dgn kepakaran mereka , mara digital mall akan maju dan laris... mara taja la fees kepada penyewa...
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2022 11:17 AM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 14-8-2022 11:25 PM
Amboi
Berkias2


mlm bnyk ilham...sb tu bnyk lagu...bertemakan...'malam'.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

2-10-2022 09:12 PM GMT+8 , Processed in 0.097767 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list