View: 4780|Reply: 79
|
Sedih Betul Jokowi Bila Rakyat Berubat Di Luar Negara
[Copy link]
|
|
Presiden Joko Widodo (Jokowi) mengakui berasa terkilan apabila ada rakyat Indonesia yang memilih untuk mendapatkan rawatan di luar negara berbanding secara domestik, lapor laman berita Kompas, semalam.
“Saya sedih apabila mendengar ada rakyat negara kita yang sakit, kemudian mereka pergi ke luar negara seperti ke Malaysia, Singapura, Jepun malah Amerika Syarikat (AS) untuk mendapatkan rawatan,” kata Jokowi.
 Jokowi berucap semasa perasmian Menara A dan B Hospital Besar Wilayah dr. Soedarso, Pontianak. - MedCom.id
Beliau turut mendedahkan bahawa wang yang dibelanjakan untuk membiayai rawatan warga Indonesia di luar negara adalah melebihi 110 trilion rupiah (RM32 bilion) setiap tahun.
Justeru, Jokowi mengalu-alukan inisiatif Gabenor Kalimantan, Sutarmidji yang memohon pembiayaan pemerintah pusat untuk membeli peralatan perubatan di Hospital Besar Wilayah dr. Soedarso.
Pemerintah wilayah Kalimantan Barat juga telah membiayai pembinaan bangunan hospital tersebut dengan kos dianggarkan berjumlah 205 bilion rupiah (RM61 juta).
Sementara itu, Jokowi turut menghargai pembinaan dua menara Hospital dr. Soedarso yang mempunyai 277 katil serta dewan bedah dan unit rawatan rapi (ICU) yang moden.
“Saya menyeru kepada rakyat Indonesia bahawa kita semua tidak perlu ke luar negara untuk mendapatkan rawatan kerana hospital tempatan sudah bersedia dan mencukupi untuk mengendalikan kes sedia ada,” katanya.
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
bukan rawatan je. malah catut suami orang madu jusa c minus. |
|
|
|
|
|
|
|
wa lagi sedih ramai PATI INDON kt Msia ni.Bapak ngak sedih??????? |
|
|
|
|
|
|
|
bina hospital pun kalo service dokter tak bagus tak jadi juga..orang terkehel tulang bahu je pun ko sajes suruh operate, amenda..duit datang dulu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Bangkem baru2 ni ke klinik kesihatan jalan tangling.. first time ke klinik kerajaan sejak zaman sekolah dulu
Bangkem terkejut.. servis terbaik..
padahal bangkem datang nak makan nasi lemak tanglin je, ujung2 test2 ke klinik ni sebab ada rasa demam2 sikit
Doktor check bukan cincai2.. habis perut bangkem ditekan tekan check ada batu karang ke tak padahal bangke cakap ada gastrik je.. mujur bangkem pakai spenda baru hari tu tak la malu dekat doktor pompuan tu kalau pakai yang berlubang lubang
Pastu doktor tu tanya macam2 kencing ada sakit tak etc.. wah dah macam klinik swasta..
Orang pon tak ramai.. dalam 10 minit selesai semua.. bayar rm1 jah
Terbaik |
|
|
|
|
|
|
|
Nak wat camne..kemudahan sepital kat indon mmg caprut. Tu pon org malaysia dok agung² kan jua jokowi dan indon.
Tak sedar ke kat malaysia ni kesihatan yg kerajaan bagi dah cukup bagus. Setiap pekan ada klinik kesihatan. Setiap bandar ada sepital. Bayar pon RM1 je. Pastu memekak mcm Wardina konon negara lain bagus. Babi punya perangai Malaysian.
Kat indon, rata² yg kaya kat Medan/Sumatera dtg Semenanjung Malaysia utk berubat. Kat Pontianak sana, mmg diorg dtg Kuching utk sepital.
Malaysian kalau tak bersyukur jugak bab kesihatan ni, aku sula dia sampai mampos. Adat la menunggu sekejap sbb org ramai. Gitu aku carut rakyat Malaysia |
|
|
|
|
|
|
|
Yanv paling lucu, masa ambik ubat, dekat paket ubat tu ada tulis harga setiap ubat.. bangkem ingatkan kena bayar harga ubat2 yu.. bangkem siap tanya boleh bayar pakai kad tak
Tergelak petugas kaunter yang berasal dari sabah negeri bawah bayu tu.. kecil manis orangnya.. bayar seringgit je encik katanya sambil disambut gelak ketawa oleh bangkem dan rakan setugasnya di meja sebelah
Begitulah pengalaman indah bangkem di klinik kerajaan.. saya mesti datang lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Buat2 sedih pulak pak jokowi ni..mmg state tak mampu provide better service, lari la rakyat t20 indon tu ke jepun etc. Manakala yg totok gila naik tongkang masuk malaysia |
|
|
|
|
|
|
|
Betul tu, kalau yang belah2 Riau tu naik feri je ke Batu Pahat g berubat kat spital..
|
|
|
|
|
|
|
|
yes, ramai je ummah dari seberang datang ke Penang untuk buat rawatan, biasanya hospital swasta lah. Alasan diorang, kemudahan di rumah sakit tempat diorang tak selengkap di Malingsia katanya. Alah, Medan ke Penang 30 minit dah sampai kan, why bother? |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau yg itu pasti tidaklah sebabnya setiap penghasilan bulanan mereka menjadi devisa kpd negara Indonesia. Malah merubah ekonomi rakyat kampung. Rata2 TKW Indonesia yg bekerja di M'sia sudah mampu membina rumah, membeli ladang, membeli kendaraan, esp motor, membiayai sekolah anak2 mereka malah menjadi modal usaha mereka di sana. Semua itu hasil jerih perih merantau dn bekerja di negara orang..... kerja di M'sia, hasilnya dihantar ke kampung.
|
|
|
|
|
|
|
|
Jokobatik patut sedih bila rakyat dia yg merempat cara haram rampas laki org, merompak, merogol.. takat buat rawatan kt luar negara tu biasa lah, itu pun nak sedih |
|
|
|
|
|
|
|
Friska replied at 11-8-2022 03:22 PM
Sedap makan hasil kebas laki org ian friskies... |
|
|
|
|
|
|
|
kebanyakkan rakyat2 dia yang pergi luar negara utk rawatan tu orang2 yang memang berada.
apa nak hairan...kalau mampu, pergi la dapatkan rawatan which is provide service dan alatan yang terbaik.
hospital swasta sini pun untung, tak la sendu sangatt |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Rakyat M'sia seharusnya rasa megah dn bersyukur bila dengar Pak Jokowi keluhkan spt itu iaitu rakyatnya mencari pengobatan di luar negara termasuk M'sia. Ada dasarnya Pak Jokowi berucap sedemikian, sekurangnya2 beliau ghalat rakyatnya mencurahkan bil perubatan keluar negara. Sebaliknya, itu juga membawa maksud yg cara medical treatment di Indonesia belum sesempurna atau meyakinkan spt di negara luar. Namun harus juga dimaklumi, mereka yg berobat di luar negera ialah mereka yg berduit. Kalau rakyat marhein, mereka hanya ke hospital kerajaan atau PUSKESMAS @ klinik kerajaan. Ttng servisnya, tak usahlah dicakapkan kerana itu sudah terlebih maklum. Malah ada juga patientnya yg tersandera kerana biaya. Mana lagi ada kesah seorang bapa yg terpaksa mengendong jenazah anak bayi naik motor kerana tak mampu menyewa ambulan. |
|
|
|
|
|
|
|
Doktor ortopaedik yg aku jumpa mmg ada patient dari indonesia. Mmg heols fav doc kat sini. Servis bagus. Heols mmg ada leluhur dari sana.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ada cina indon ambil medic first degree kat indon. Sambung master pediatrik kat um. Dia kata hospital kat indon teruk dan dia tak nak balik sana.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|