CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 426|Reply: 0

Pengarah Pemasaran Kantoi Simpan Berpuluh Senjata Api Dalam Hospital

[Copy link]
Post time 11-8-2022 10:16 AM | Show all posts |Read mode
Pengarah pemasaran sebuah hospital di utara New Jersey, Amerika Syarikat (AS) berdepan tuduhan berkaitan pemilikan senjata selepas rahsia beliau menyimpan senjata di hospital terdedah.


Menurut polis, senjata terbabit ditemui ketika pemeriksaan susulan ancaman bom di Hospital Hudson Regional pada 18 Julai lalu, yang kemudian disahkan palsu, lapor AP.




NBC News




Sebaliknya, sewaktu pencarian, anjing pengesan bom membawa penyiasat ke almari pejabat yang tidak berkunci, di mana puluhan senjata api ditemui.


Polis berkata, antara senjata api itu ialah 11 pistol dan 27 raifal atau senapang patah.


Dalam almari sama turut ditemui senapang separa automatik berkaliber 45 dengan kelopak peluru berkapasiti tinggi yang ditentusahkan sebagai selaras raifal serangan dan kelopak peluru pistol berkapasiti 14 pusingan.


Susulan itu, polis memberkas Reuven Alonalayoff, di Lapangan Terbang Antarabangsa Newark Liberty, Ahad lalu.




Gambar hiasan/AFP




Penduduk Elmwood Park yang berusia 46 tahun itu didakwa dengan pemilikan selaras raifal serangan dan memiliki dua kelopak peluru berkapasiti tinggi.


Alonalayoff dijadual tampil di mahkamah pada 22 Ogos ini.


Bagaimanapun, tidak diketahui sama ada dia diwakili peguam atau sebaliknya manakala pihak hospital setakat ini belum mengeluarkan sebarang komen berhubung perkara itu.




Sumber: BH Online
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 12:26 AM GMT+8 , Processed in 0.103615 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list