View: 1080|Reply: 3
|
Cekik Leher Sendiri Sampai Tak Boleh Nafas, Budak Mati Sahut Cabaran Choking Challenge Di Tiktok
[Copy link]
|
|
Kewujudan platform TikTok sememangnya sangat berpengaruh sehingga mampu membuatkan seseorang 'ketagih'.
Tidak dinafikan ia adalah salah satu platform yang bagus jika isi kandungan serta penyampaiannya berkisarkan tentang kebaikan seperti perkongsian isu kesihatan, hal ehwal semasa dan banyak lagi.
Namun begitu sebagai pengguna, kita sepatutnya bijak untuk memilih atau 'menapis' kandungan video yang disiarkan kerana ada sesetengahnya tidak sesuai kerana melibatkan hal keselamatan.
Buktinya, sudah banyak kes dilaporkan media membabitkan individu yang maut gara-gara menyahut cabaran (challenge) yang trending di TikTok.
Baru-baru ini media melaporkan kisah seorang kanak-kanak dari Britain, Archie Battersbee yang menghembuskan nafas terakhir pada 6 Ogos lalu, selepas menyahut cabaran 'Choking Challenge' atau cabaran tercekik yang dikatakan popular di Tiktok.
Archie adalah seorang kanak-kanak yang periang dan aktif dalam ilmu seni bela diri, namun pada 7 April 2022, dia telah ditemui tidak sedarkan diri di rumahnya, dipercayai telah bermain permainan Choking Challenge.
Dalam Choking Challenge, individu yang menyahut cabaran akan mengikat atau mencekik leher mereka sendiri untuk menimbulkan keadaan kurang oksigen ke otak dan 'rasa high'.
 Archie, Foto: mStar
Kisah kanak-kanak malang itu turut mendapat perhatian daripada seorang pengamal perubatan, Dr Sakinah Sulong.
"Keadaan ini sangat bahaya kerana ia mampu menyebabkan bekalan oksigen terputus dan menyebabkan kematian dalam masa beberapa minit.
"Lima minit sudah cukup untuk buat sel otak mati, tanpa oksigen.
"Dalam kejadian ini, Archie telah dikejarkan ke Hospital Royal London dan telah menerima bantuan pernafasan setelah disahkan mengalami kecederaan otak yang teruk," tulisnya dalam satu perkongsian di Facebook.
Kes tersebut menjadi hangat kerana keluarga Archie sanggup 'turun naik' mahkamah kerana tidak bersetuju apabila pihak hospital ingin mencabut bantuan pernafasan.
 Archie, Foto: mStar
Ini kerana ibu bapanya merasakan Archie perlu terus diberi bantuan pernafasan dengan harapan dia akan bangun kembali, walaupun telah diberitahu bahawa otak anak kanak-kanak tersebut telah mati dan tidak berfungsi.
Bagaimanapun, mahkamah telah menetapkan keputusan bahawa bantuan jangka hayat yang diberikan kepada Archie, berakhir pada 6 Ogos.
"Ini adalah seperti kata mahkamah, 'for the best interest of the child'. Dengan memanjangkan jangka hayat Archie yang memang tidak mempunyai sebarang tindakbalas dan otaknya sudah tidak berfungsi, ia hanya memanjangkan tempoh dia merana.
"Ibarat memberi harapan palsu kepada ibu bapanya. Dan juga menafikan hak bagi pesakit lain yang memerlukan mesin ventilasi tersebut. Pastinya belanja rawatan ini juga bukan murah.
"Inilah kes yang bagi saya, kadangkala mahkamah perlu bertindak membuat keputusan ke atas anak-anak apabila ibu bapa tidak lagi mampu membuat pertimbangan yang rasional dalam urusan penjagaan anak mereka.
"Semoga keluarga ini akan menerima pemergian Archie dan akan memberi awareness tentang bahaya Choking Challenge yang berlegar di Tiktok," kongsinya lagi.
Selain Choking Challenge, antara cabaran lain di TikTok yang telah memakan 'korban' adalah Blackout Challenge, Malaikat Maut dan Benadryl Challenge. -CARI
Sumber: mStar Online |
|
|
|
|
|
|
|
Tiktok tue makin merapu2. Tak koser mak nak melayan walaupun hader bedeo yang lazat. Ugh |
|
|
|
|
|
|
|
Tik tok no perlu tapis lagi video² or challenge² mengarut dgn cepat..... Memang bebudak cepat terpengaruh.... |
|
|
|
|
|
|
|
challenge2x ni sapa yg cadangkan. influencer kah. iols bukan generasi tt. |
|
|
|
|
|
|
| |
|