View: 596|Reply: 3
|
Dapat Duit Tanpa Buat Apa-Apa! Syarikat Tilam Cari Pekerja Untuk Tidur
[Copy link]
|
|
Tidur pun dapat duit.
Kedengaran tak masuk akal, namun begitulah hakikatnya selepas sebuah sebuah syarikat tilam membuat pengumuman itu baru-baru ini.
Casper, syarikat tilam dari New York mencari pekerja profesional untuk tidur di atas tilam keluaran mereka.
 Foto: Daily Star
Disenaraikan sebagai kriteria untuk calon yang berjaya ialah "keupayaan tidur yang luar biasa", "keinginan untuk tidur sebanyak mungkin" dan "keupayaan untuk tidur melalui apa sahaja cara".
Semua 'pekerja tidur' akan menerima produk Casper percuma, namun pemohon perlu berumur 18 tahun ke atas.
Selain tugasan untuk tidur di atas tilam keluaran Casper, pekerja juga perlu membuat kandungan video untuk aplikasi TikTok.
Permohonan kerja itu ditutup pada 11 Ogos. - CARI
Sumber: mStar/Daily Star |
|
|
|
|
|
|
|
kerja office hour ke cemana, clock in kerja, tidur, lunch break celik mata sat, habis lunch break sambung tidur. |
|
|
|
|
|
|
|
baik diorang amik orang gelandangan, sekurang-kurangnya diorang dapat income juga. |
|
|
|
|
|
|
|
tido tempat public?
makan ubat tido pun belum tentu dapat tido kalau tau orang tengok kita |
|
|
|
|
|
|
| |
|