|
Aktres ternama Hollywood, Amber Heard, yang kalah kes saman fitnah terhadap bekas suaminya, Johnny Depp, kini masih berhutang dan dikehendaki membayar ganti rugi sebanyak RM45 juta.
Terdahulu, Amber disahkan bersalah selepas membuat fitnah mengenai dakwaan dia didera oleh bekas suaminya, Johnny Depp.
Sehingga kini masih tidak jelas bagaimana Amber mahu membayar saman berkenaan.
Menerusi laporan The Reporter sepertimana dipetik dari Screen Geek, Amber kini menerima satu peluang besar untuk dia membayar saman berjuta-juta dolar itu selepas dia ditawarkan bayaran lumayan untuk berlakon dalam filem "dewasa".
Agensi hiburan dewasa yang dikenali sebagai Zen Models telah menawarkan tawaran berjuta-juta dolar kepada Heard untuk membintangi filem 'dewasa' mereka yang akan datang.
Agensi itu menawarkan bayaran $8 juta (RM35 juta) jika Amber Heard menerima tawaran itu, sekali gus dapat membayar saman bekas suaminya. Tawaran yang mengejutkan itu dinyatakan dalam suarat yang diberi kepada peguam Amber Heard, Elaine Bredehoft.
Seperti yang dinyatakan dalam surat:
"Zen Models adalah sebuah agensi model dewasa dan syarikat produksi. Kami telah berhubung dengan sekumpulan syarikat penerbitan filem dewasa yang berminat untuk menawarkan kontrak kepada Cik Heard untuk membuat persembahan dalam penerbitan video hiburan dewasa."
Dalam satu video yang diterbitkan juga memaparkan Presiden Zen Models, Veronica Madarian dan model Amber Moore berkata,
"Zen Models ditubuh untuk memperkasakan lelaki dan wanita dalam industri hiburan dewasa. Kami telah memutuskan untuk menawarkan penyelesaian kepada Amber Heard yang mungkin boleh menyelesaikan masalahnya," kata Mandarian.
Sementara itu, Amber Moore menjelaskan, mereka percaya industri hiburan dewasa telah diberi persepsi yang negatif dan dia selanjutnya membincangkan bagaimana ia telah diperbaharui dan disusun semula agar kandungannya lebih selamat untuk lelaki dan wanita.
Kedua-dua mereka berpendapat, peluang yang diberikan itu akan dapat membantu Amber Heard yang dianggap sebagai 'wanita muda yang naif'.
"Tawaran ini adalah untuk membantu Amber membayar hutangnya dengan anggapan bahawa dia mungkin tidak berjaya dalam rayuannya dan mengambil sedikit masa untuk menangani media yang telah merampas ketenangan hidupnya," kata Amber Moore.
Walau bagaimanapun, sehingga kini masih belum ada sebarang berita sama ada Amber yang pernah membintangi filem aksi Aquaman itu telah menerima atau menolak tawaran "lumayan" tersebut disaat keadaan dirinya kini yang berada dalam situasi terdesak. - CARI
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|