CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 437|Reply: 2

Bukan Sebab Halang Pemandangan, Jalur Gemilang Dirosakkan Lelaki Kurang Siuman

[Copy link]
Post time 10-8-2022 02:06 PM | Show all posts |Read mode
Jalur Gemilang di Jalan Sultan Ismail di sini dirosakkan bukan kerana menghalang pemandangan, sebaliknya tindakan vandalisme itu dilakukan seorang lelaki kurang siuman.


Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menerusi satu kenyataan berkata, kejadian dilaporkan berlaku pada Sabtu lalu sekitar jam 12.58 tengah hari iaitu tiga hari selepas bendera tersebut dipasang sempena bulan kemerdekaan.




Perbuatan pelaku merosakkan bendera yang dipasang dikesan melalui rakaman CCTV dan Keadaan bendera yang rosak dikongsikan seorang pengguna di TikTok.





Menurut kenyataan itu, perbuatan musnah laku dikesan melalui kamera litar tertutup (CCTV) di Bilik Kawalan Operasi Kuala Lumpur Command & Control Centre (KLCCC).


"Hasil semakan melalui CCTV mendapati musnah laku tersebut dilakukan oleh orang kurang siuman, " katanya menerusi kenyataan pada Rabu.


Sebelum ini, seorang pengguna TikTok berkongsi video Jalur Gemilang di kawasan itu rosak selepas dikoyakkan oleh individu tidak bertanggungjawab.


Sekurang-kurangnya tiga bendera di kawasan itu dirosakkan.


Susulan daripada kejadian itu, DBKL meminta kerjasama daripada orang awam segera membuat aduan kepada DBKL melalui ADU@KL jika menemui Jalur Gemilang yang dipasang di tempat awam dimusnah laku untuk tindakan lanjut.




Sumber: Sinar Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2022 03:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa tak tangkap je?
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2022 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts
CariMalay replied at 10-8-2022 03:47 PM
Kenapa tak tangkap je?

Buat2 x paham u ni dek. Selagi x viral … tu belum kes pengemis jalanan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 07:33 PM GMT+8 , Processed in 0.058444 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list