CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 749|Reply: 1

Dah Tak Tahan Didera, Wanita Tembak Mati Kekasih Depan Sami

[Copy link]
Post time 10-8-2022 10:17 AM | Show all posts |Read mode
BANGKOK – Seorang wanita di Thailand mengaku bersalah menembak dan membunuh teman lelakinya di hadapan seorang sami kerana tidak tahan menjadi mangsa penderaan, lapor laman berita Thaiger.


Tharinya, 40, menembak teman lelakinya, Supornchai, juga 40, beberapa kali di bahagian dada dan perut ketika mangsa sedang menawarkan makanan kepada seorang sami di hadapan kedainya di Pasar Si Moom Mueng, wilayah Pathum Thani, dekat Bangkok.


Polis dipanggil ke lokasi kejadian dan menahan wanita itu. Polis turut merampas sepucuk pistol beserta peluru yang digunakannya. Mangsa mempunyai dua kesan tembakan di perut dan dua lagi di dadanya.


Foto: Thaiger




Tharinya memberitahu polis bahawa dia dan teman lelakinya telah menjalinkan hubungan selama empat tahun tetapi belum berkahwin dan tidak mempunyai anak.


Dia mengaku menembak teman lelakinya kerana tidak tahan sering didera dan dibuli. Lelaki itu bahkan mengugutnya pada hari dia ditembak.


Tharinya mengaku dia ingin membunuh diri menggunakan pistol yang sama tetapi seorang wanita Laos berusia 27 tahun yang bekerja di kedai itu merampas senjata tersebut daripada tangannya sebelum dia sempat berbuat sedemikian.


Wanita Laos itu mendedahkan bahawa Supornchai ditembak di hadapan seorang sami ketika sedang menawarkan makanan kepadanya.


Polis belum mendakwa Tharinya tetapi mengikut Seksyen 288 Akta Kesalahan Menyebabkan Kematian, sesiapa yang membunuh orang lain akan dihukum mati atau dipenjarakan selama 15 hingga 20 tahun.


Tharinya juga mungkin menghadapi pertuduhan tambahan Seksyen 289 Akta Kesalahan Menyebabkan Kematian, yang membawa hukuman mati kerana dia merancang pembunuhan itu sebelum melakukannya. -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2022 11:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Masukkan je la ke hospital bahagia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 10:27 PM GMT+8 , Processed in 1.110111 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list