CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 2758|Reply: 18

Ditukar Kendali Segmen Petang, Stesen Radio 'Downgrade' Fad Bocey Ke?

[Copy link]
Post time 10-8-2022 10:02 AM | Show all posts |Read mode
Penyampai radio dan pelawak Fad Bocey tidak melihat peralihannya mengendalikan segmen Sembang Squad di Hot FM sebagai 'turun pangkat' apatah lagi sebelum ini dia mengendalikan segmen pagi.


Fad atau Fadzlie Nizam, 31, sebaliknya berkata, setiap segmen mempunyai kepentingan tersendiri dan bersyukur kerana masih diberi peluang dan kepercayaan untuk menghiburkan pendengar.


Foto: IG




"Tugas sebagai penyampai radio perlu fleksibel. Dalam kontrak kerja juga sudah dinyatakan tentang sebarang pertukaran dan saya perlu sentiasa bersedia.


"Saya hormati keputusan pihak pengurusan dan tidak pernah rasa downgrade sebab setiap segmen ada kepentingan tersendiri. Kalau ada berfikiran begitu, terpulanglah.


"Apa paling penting saya gembira dan tiada apa yang perlu dipertikaikan, bukannya gaji saya dikurangkan," katanya kepada mStar.




  



Menerusi segmen itu, Fad digandingkan dengan Fizi Ali dan Sembang Squad bersiaran pukul 3 petang hingga 7 malam.


Mengulas gandingan bersama Fizi, Fad berkata, mereka tiada masalah untuk bekerjasama dalam tempoh singkat kerana saling memahami dan faham akan tugas masing-masing.




  



"Saya rasa bertuah digandingkan dengan Fizi kerana dia seorang yang mudah didekati dan tiada masalah bekerjasama meskipun tidak pernah duduk dalam satu konti bersama.


"Fizi ada kepakaran dan pengalaman tersendiri dan begitu juga saya. Kami sama-sama kongsi ilmu.


"Tapi dalam hal teknikal saya banyak serahkan kepada Fizi kerana dia mempunyai lebih banyak pengalaman sebagai penyampai radio," jelasnya.


  



Lima tahun bergelar penyampai radio, Fad bagaimanapun memberitahu masih belum melupakan kariernya sebagai pelawak dan masih menjadikan ia sebagai keutamaan.


"Keutamaan saya masih lagi sebagai pelawak. Jika ada undangan saya akan berbincang dengan pihak pengurusan dan mereka tidak ada masalah untuk saya terlibat dengan mana-mana program lain.


  



"Berlakon pula saya akan tolak secara baik kerana komitmen masa. Kalau ada telemovie yang penggambaran tidak lama saya akan terima. Saya perlu imbangkan semua tugas,” jelasnya.-CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2022 10:14 AM From the mobile phone | Show all posts
kenapa kalau slot petang kata downgrade ? iol tak layan hotfm pun tapi kalau stesen radio suria yg slot petang tu lagi iol layan banding slot pagi
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2022 10:28 AM | Show all posts
aku dh ok sgt fafau, AG dgn fad ni.. boleh dgr.. tak bingit.. bahasa pon elok je tak merapu..  takde la cakap sepatah gelak sepatah gelak..
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2022 10:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Haniff & Ray dapdap (dapdap apakah ) berkurun dah kat erafm tu pun sama. Bukan lagi teraju utama, bergambar pun kat sipi je.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2022 10:59 AM | Show all posts
nyoyoyenye replied at 10-8-2022 10:14 AM
kenapa kalau slot petang kata downgrade ? iol tak layan hotfm pun  tapi kalau stesen radio suri ...

tau takpe..kalau suria fm iollss lagi suka suria petang..pagi kureng sikit melainkan slot hri jumaat sebab ada che man..

Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2022 01:35 PM From the mobile phone | Show all posts
nyoyoyenye replied at 10-8-2022 10:14 AM
kenapa kalau slot petang kata downgrade ? iol tak layan hotfm pun  tapi kalau stesen radio suri ...

yezzaaa.. ada jugak yg mcm iolsss.. xbingit.. skrg ni dengan ada nya johan yg nk dia terpaling kan mmg bsing.. dulu iols xdengaq era sbb kes bising riuh rendah.. masa mereka 3 org dulu, masing2 tau peranan masing2.. ok dh team dulu.. nk kejar populariti g ambil johan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-8-2022 02:08 PM | Show all posts
waktu petang pun ramai pendengar sbb waktu balik keje kan
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2022 02:16 PM | Show all posts
lama x dgr radio melayu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2022 02:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Oh kiranya johan amik tempat dia la ye? Ermmm
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2022 02:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak dgr radio tapi aku tgk la jugak youtube hotfm. Lawankaroks. Fad ag sama fafau. Best bila ada fad. Ni johan macam krikk2 spoiler pulak ah
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2022 10:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah molek rakyat rangers fad ag fafau...nak juga dorang letak johan
Aku pagi² mengadap jam memang terhibur la layan dorang bertiga apolaaaaah terus bye² hot fm and back to mix fm
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2022 11:17 PM From the mobile phone | Show all posts
aku klu radio suria.. yg paling aku suka segmen petang ngan kak rara dan tyzo tu la
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2022 03:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Petang mmg layan tyzo dgn kak rara… suriafm
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2022 04:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Fad ni, walaupun kdg2 aura berlagak tu ada, tapi, nmpk lah dia ni ada otak punya org. Nmpk dia tak main redah je or bodoh
Bodoh yg nampak, adalah Sharol Shiro
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2022 02:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Carcosa replied at 13-8-2022 04:51 AM
Fad ni, walaupun kdg2 aura berlagak tu ada, tapi, nmpk lah dia ni ada otak punya org. Nmpk dia tak m ...

oi oi...bakalan YB tuh
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2022 02:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Drpd johan..ai 10 kali lg prefer si fad ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2022 09:18 PM | Show all posts
Setuju. Prefer lagi Fad pepagi. lawak dia boleh digest dan tak kuang ajo sangat. Dulu slot petang dgn Haziq dan Deen pun best. Iols terhibur dengan segmen apetah nama dia tetiba dia choikan Haziq dgn Deen. Klakor la segmen tu.
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2022 09:24 PM From the mobile phone | Show all posts
X dgr radio2 memekak melayu - Diva AA
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2022 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Fad ni ok ja..cakap dia ada ilmu...pastu cakna gak isu² semasa...best dia kt pg ngan ag n fafau..masuk johan jd serabut terus..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2026 04:28 AM GMT+8 , Processed in 0.070120 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list