|
|
Pengacara Muzikal Lawak Superstar 3 (MLS3) Live Plus, Elly Arifin menjawab pertanyaan netizen mengenai hubungan persahabatannya dengan pelakon Sharnaaz Ahmad.
 IG Elly
Elly menjelaskan perkara itu menerusi satu video pendek yang dimuat naik di akaun Instagramnya.
Kata Elly, mereka berdua bukan hanya bersikap profesional dan tidak bermasam muka, malah masing-masing sudah melupakan kisah lalu.
Dalam pada itu menerusi ruangan komen, Sharnaaz juga membalas dan bersetuju dengan penjelasan Elly.
MLS3 dihoskan oleh Elly Mazlein dan juga Sharnaaz Ahmad.
Program ini juga menyaksikan Datuk Awie, Siti Saleha dan Najip Ali diberi tanggungjawab sebagai juri tetap.
Untuk pilihan yang lebih fleksibel, MLS3 juga boleh distrim di On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro Go.
Untuk mengundi dan perkembangan terkini Muzikal Lawak Superstar, layari laman web rasmi MLS3 di https://rancangan.gempak.com/muzikal-lawak-superstar-2022.
Sumber: Gempak |
|