CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 357|Reply: 1

[Pulau Pinang] Hukuman terhadap mat rempit akan ditambah, ibu bapa turut dipertanggungjawab

[Copy link]
Post time 9-8-2022 06:02 PM | Show all posts |Read mode
Hukuman terhadap mat rempit akan ditambah, ibu bapa turut dipertanggungjawab

Oleh Zuhainy Zulkiffli - Ogos 9, 2022 @ 2:43pm bhnews@bh.com.my






GEORGETOWN: Kementerian Pengangkutan (MOT) akan meminda Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 untuk kali ketiga, bagi menangani isu lumba haram serta aktiviti mat rempit di negara ini.

Antara cadangan akan dikemukakan dalam pindaan itu ialah menaikkan kadar denda minimum daripada RM300 kepada jumlah di antara RM5,000 hingga RM10,000 selain hukuman penjara terhadap mat rempit, selain tanggungjawab ibu bapa terhadap anak bawah usia 18 tahun.

Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Isham Ishak, berkata selain tindakan terhadap penonton aktiviti berkenaan, tindakan tegas juga akan diambil terhadap pemilik bengkel yang terbabit dalam ubah suai motosikal bagi kegunaan lumba haram.

Katanya, pindaan itu susulan kejadian lima maut dalam kemalangan membabitkan motosikal di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di sini, bulan lalu dan perbincangan di antara kementerian serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini bagi membendung kegiatan itu secara komprehensif.

"Hasil perbincangan membawa kepada langkah penyelesaian jangka pendek serta jangka panjang iaitu pemindaan akta berkenaan dan sepatutnya dibentang di Parlimen pada Oktober, namun tidak sempat kerana laporan penuh kemalangan baru sahaja diterima.

"Ia akan dibuat secara menyeluruh, bukan sahaja membabitkan pelumba haram dan mat rempit tetapi kepada semua yang berkenaan.

"Sebelum ini kita sudah buat pindaan akta bagi menangani isu pemandu mabuk serta dilihat berjaya mengurangkan kes itu dan pindaan APJ 1987 juga akan capai matlamat," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, di sini, hari ini.

Hadir sama ialah Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Mat Kasim Karim, Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain dan Pengarah JPJ Negeri Adenan Mat Isa.

Terdahulu media melaporkan mengenai kemalangan pada 17 Julai lalu, yang meragut tiga nyawa di tempat kejadian manakala dua lagi meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP).

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, kemalangan itu dipercayai berpunca daripada beberapa motosikal yang disyaki menyertai aktiviti lumba haram danpenunggang dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh antara satu sama lain.

Mengulas lanjut Isham berkata, modul pelaksanaan pelan jangka masa pendek membabitkan operasi secara menyeluruh bagi membanteras isu itu akan dimulai di Pulau Pinang

Pasukan bertindak khas (task force) akan ditubuhkan bagi tempoh tiga bulan membabitkan pelbagai agensi termasuk PDRM, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan badan bukan kerajaan (NGO) termasuk masyarakat.

"Kita lihat kalau ada pilihan tertentu yang perlu diambil tindakan termasuk bekerjasama dengan pihak insurans bagi mengenalpasti pelumba haram yang terbabit untuk dikenakan premium lebih tinggi.

"Kita cadangkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) diberi kuasa sita bengkel atau tarik balik lesen sekiranya ada maklumat bahawa bengkel itu keluarkan motosikal bagi lumba haram.

"Kita juga menggunakan pendekatan lain dengan mengesan gambar suspek yang terbabit lumba haram atau penonton serta menahan mereka sama ada di tempat kerja atau rumah dan jika ia berjaya, modul ini akan diadakan di negeri lain pula," katanya lagi.




Ketua Setiausaha MOT, Datuk Isham Ishak (dua dari kanan) memberi kenyataan media mengenai isu mat rempit dan insiden kemalangan maut membabitkan aktiviti lumba haram pada sidang media di IPK Pulau Pinang. Turut hadir bersama Pengarah JSPT Bukit Aman, Datuk Mat Kasim Karim (dua dari kiri); Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain (kiri) dan Pengarah JPJ negeri, Adenan Md Isa. - NSTP/Mikail Ong







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-8-2022 06:03 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 03:42 AM GMT+8 , Processed in 0.047519 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list