CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 303|Reply: 0

[Pulau Pinang] 300 kemalangan motosikal setiap hari

[Copy link]
Post time 9-8-2022 05:06 PM | Show all posts |Read mode

Johor mencatatkan jumlah tangkapan tertinggi berkaitan samseng jalanan tertinggi diikuti Kuala Lumpur, Selangor dan Kedah. - Foto hiasan NSTP/FARHAN NAJIB

GEORGETOWN: Polis menahan 6,889 individu menerusi Op Samseng Jalanan di seluruh negara sejak 2020 hingga Jun lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Mat Kasim Karim, berkata negeri Johor mencatatkan jumlah tangkapan tertinggi diikuti Kuala Lumpur, Selangor serta Kedah.

Beliau berkata, hampir 300 kemalangan motosikal berlaku setiap hari di negara ini bagi tempoh tiga tahun sejak 2019.

Katanya, sembilan penunggang motosikal maut setiap hari dalam tempoh sama.


"Didapati kadar kemalangan motosikal meningkat selepas pandemik COVID-19, iaitu sebanyak 122,368 kemalangan membabitkan motosikal dilaporkan sepanjang tahun lalu.

"Jumlah itu menunjukkan peningkatan 33,226 kes berbanding tahun 2020," katanya. "Kita akan mempergiat operasi samseng jalanan bagi membanteras kegiatan lumba haram serta mat rempit," katanya di sini, hari ini.

Hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Isham Ishak, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain dan Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Pulau Pinang, Adenan Mat Isa.

Mat Kasim, 3,959 individu dilaporkan meninggal dunia sepanjang tahun 2019 dalam kemalangan membabitkan motosikal, diikuti dengan 3,118 (2020) serta 3,111 (2021).

"Bagi kes kecederaan parah pula, sebanyak 2,009 kes direkodkan bagi tahun 2019 dan 2,599 sepanjang tahun lalu," katanya.


Kemalangan motosikal meningkat selepas pandemik COVID-19. - Foto hiasan NSTP/E-MEL

https://www.bharian.com.my/berit ... tosikal-setiap-hari

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 09:35 PM GMT+8 , Processed in 0.170304 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list