CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
12Next
Return to list New
View: 3841|Reply: 37

Perlu Dana RM20 Juta, Syamsul Yusof Bakal Siapkan Filem Pasir Salak?

[Copy link]
Post time 9-8-2022 04:54 PM | Show all posts |Read mode
Pengarah filem berkaliber Syamsul Yusof, 38, sudah berbincang dengan anak Allahyarham Tan Sri Jins Shamsuddin yang berminat untuk meneruskan semula projek filem arwah bapanya, Pasir Salak - King Of The River yang sudah lama tergendala.


Syamsul ditemui berkata, dia bagaimanapun masih lagi dalam proses meneliti dari pelbagai sudut dan aspek, termasuk bajet pembikinan sebenar yang diperlukan sebelum membuat sebarang keputusan.


Foto: IG




"Sebenarnya, saya dah ada berbincang dengan anak Allahyarham Jins Shamsuddin yang ada menghubungi saya berkaitan filem Pasir Salak itu. Jadi, saya terfikir juga kenapa tidak ia diteruskan semula.


"Ini kerana, pada saya ia juga suatu niat yang murni untuk menyambung kembali kerja-kerja yang pernah dibuat oleh Allahyarham. Boleh dikatakan, arwah pun dah buat banyak kajian untuk filem itu (Pasir Salak) dan pernah juga mendapat dana daripada kerajaan sebelum ini.


"Tapi, apa yang saya difahamkan dana diperoleh itu tidak secukupnya dan proses pembikinan filem akhirnya tergendala. Namun, banyak kajian sudah dilakukan, skrip asal telah ada, barang-barang props seperti senjata dan pelan set pun dah ada. Jadi, tinggal kita nak 'proceed' saja," katanya kepada Harian Metro.




  



Menurut pengarah filem bakal berstatus '100 million dollar man' itu, bagaimanapun untuk meneruskan semula kerja-kerja lama yang tergendala sudah lebih 20 ke 30 tahun itu, tentulah dia akan 'style' kan dan 'revised' balik skrip yang ada.


Ditanya juga anggaran bajet sewajarnya untuk pembikinan filem Pasir Salak berkenaan, Syamsul berkata untuk mencapai 'standard' sekurang-kurangnya tahap 'Korean Film', dana diperlukan sebanyak RM20 juta.




  



"Sebab, saya pun dah buat 'research', yang mana selain kamera, harga lens pun mahal. Tapi, kalau kerajaan beri saya RM10 juta pun dah boleh buat (filem itu), tapi sayanglah. Jadi, kalau 'spend' lebih sikit, insya Allah kita boleh buat yang baik lagi.


"Apapun, saya masih dalam perbincangan nak melihat yang mana kisah pahlawan tanah air terbaik kerana saya pun tak boleh nak buat semua. Saya akan pilihlah yang mana bukan saja filem sejarah itu sendiri, tapi yang lebih besar, yang lebih mencabar saya dari segi kreativiti sebagai pengarah dan dalam penulisan juga," katanya.


Syamsul berkata pembikinan filem epik juga tidak boleh diambil mudah dan ia perlukan rujukan yang banyak serta masa yang lama.


  



Namun, katanya dalam tempoh itu, dia juga tak nak terikat dengan membuat 'research' saja.


Mengulas pula kutipan terkini filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, Syamsul berkata setakat ini jumlah keseluruhan dikumpulkan untuk tayangan di Malaysia, Singapura dan Brunei kira-kira RM96 juta serta masih lagi ditayangkan oleh pihak pawagam.


Katanya, apapun dia teruja untuk menantikan tayangan Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan masuk ke pawagam-pawagam Indonesia tidak lama lagi.


Katanya, diharapkan semoga filem itu mendapat sambutan baik dan positif daripada masyarakat Indonesia.




  



Terdahulu, Syamsul hadir pada majlis Bicara Persada: Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan -Yang Tersurat dan Tersirat di Persada Canselori Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi.


Turut sama, Pensyarah Fakulti Pengajian & Pengurusan Pertahanan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Profesor Datuk Dr Wan Hashim Wan Teh dan pelakon, penerbit filem Datuk Rosyam Nor. Manakala, pengacara Sayed Munawar bertindak sebagai moderator program. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2022 04:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Buatla filem Natrah....mesti lagi best
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2022 04:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak yah le kot Dana.. Duit yg haritu dah lebih dari cukup.. Bagi le peluang kat producer lain pula
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2022 05:00 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2022 05:02 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2022 05:05 PM | Show all posts



Buatla filem ni....hehe
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-8-2022 05:17 PM | Show all posts
Nnoor2 replied at 9-8-2022 05:05 PM
Buatla filem ni....hehe

macam best je.. lain dari yg lain yg ramai org xtau
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2022 05:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Jommmm @makadek kita invest
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2022 05:23 PM From the mobile phone | Show all posts
mizruncing replied at 9-8-2022 05:17 PM
macam best je.. lain dari yg lain yg ramai org xtau

Ya kisah benar ni sgt sedih...natrah meninggal dah tapi sbg non muslim.

Dulu ada org buat filem natrah ni...tapi kut sentuhan dari syamsul yusof ni lagi boleh nampak bagus mcm filem mat kilau siapa tahu...
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2022 05:31 PM | Show all posts
pasir salak? cam tak best je
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2022 05:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Nnoor2 replied at 9-8-2022 05:05 PM
Buatla filem ni....hehe

Tragisnya.. bestnya kalau buat betul2 filem epik ni.. kalau Indonesia sure dah terealisasi filem ni.. mcm Tenggelamnya Kapal Van der Wijck.
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2022 05:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Kerajaan dah boleh stop bagi dana untuk buat filem la. 10juta and juta2 baik buat benda lain ramai rakyat boleh dapat manfaat. Mana pilem si jarid jamil laki si jiana janiele tu dapat dana entah berapa juta? Apa jadi?

Stop bagi dana kat industri seni. Tak ada faedah buat rakyat sedangkan tu duit rakyat.
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2022 06:10 PM From the mobile phone | Show all posts
fadz84 replied at 9-8-2022 05:46 PM
Tragisnya.. bestnya kalau buat betul2 filem epik ni.. kalau Indonesia sure dah terealisasi filem n ...

Ya...natrah ni dikatakan dipaksa minum holy water di gereja.untuk dia lupakan agama islam oleh family dia.
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2022 06:50 PM From the mobile phone | Show all posts
makadek replied at 9-8-2022 05:30 PM
Kalau dialog mcm Mk too islamic mahap iols ta minat,mcm hypo je zaman ritu org2nya terlalu alim:lo ...

Chuols nak yang jahiliah ajerrrrr
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2022 06:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Makin bongkak la solsolsol...nanti filem solsolsol untung apa lagi ira degawan nak up kt igs
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2022 08:52 PM From the mobile phone | Show all posts
green~tea: pasir salak? cam tak best je

Ok paa...kisah yb pasir salak jadi bos LRT ,pastu jadi bakal duta indon tak jadi.mesti kbabommm.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2022 09:35 PM | Show all posts
Belibis: Ok paa...kisah yb pasir salak jadi bos LRT ,pastu jadi bakal duta indon tak jadi.mesti kbabommm.


yg ni makan dalam hahaha. tajidin songkok senget

sejak tak jadi duta songkok dia dah tak senget
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2022 09:43 PM From the mobile phone | Show all posts
green~tea replied at 9-8-2022 05:31 PM
pasir salak? cam tak best je

Kan..mcm x best..selalunya klau sequel ala2 Pahlawan..smbutan x akn sehebat yg pioneer..

Tp i setuju nk buat Filem Natrah atau Raja Bersiong...tp Sol klau filem2 heavy drama dia kureng..filem ala2 aksi blh lar kot..
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2022 10:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Belibis replied at 9-8-2022 08:52 PM
Ok paa...kisah yb pasir salak jadi bos LRT ,pastu jadi bakal duta indon tak jadi.mesti kbabommm.

Penampilan istimewa abam din probok sebagai ketua kampung
Kang time tayangan perdana konfem besusun gadis2 bedenyut bijik beratoq nak mintak sainnnn & selfie dgn heshe
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2022 10:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Acikgomen replied at 9-8-2022 10:07 PM
Penampilan istimewa abam din probok sebagai ketua kampung
Kang time tayangan perdana konfem b ...

Oohhh Din train kiss each other tu ke....jenuh mikir sapa
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Epstein Files pt. 2... coming soon!
Tumpang-SibokEpstein Files pt. 2... coming soon!
Views : 49787 Replies : 1
Welcome to The Holy Land...
Tumpang-SibokWelcome to The Holy Land...
Views : 23468 Replies : 7
berita malam seram:pocong parit buntar tumpas.jadi bahan jenaka Public Health Malaysia
YgBenarberita malam seram:pocong parit buntar t
Views : 4064 Replies : 2
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 363831 Replies : 3551
DISCLOSURE DAY
SY_MumiDISCLOSURE DAY
Views : 371 Replies : 5
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 278422 Replies : 1525
PROJECT HAIL MARY
SY_MumiPROJECT HAIL MARY
Views : 266 Replies : 2
Lelaki OKU hadapi 3 tuduhan amang seksual terhadap anak perempuan
ultra78Lelaki OKU hadapi 3 tuduhan amang seksua
Views : 31775 Replies : 22
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi lebih RM4.8 juta termasuk faedah kepada kerajaan
ultra78Keluarga Altantuya pulangkan semula gant
Views : 19828 Replies : 7
Polis buka siasatan video lelaki baling kon di Plaza Tol LDP
ultra78Polis buka siasatan video lelaki baling
Views : 12416 Replies : 4

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2026 02:15 AM GMT+8 , Processed in 0.300108 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list