CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 886|Reply: 0

Bekas Suami Dewi Perssik Mengaku ‘Curi’ Bayaran Persembahan Demi Kelangsungan Hidup

[Copy link]
Post time 9-8-2022 10:37 AM | Show all posts |Read mode
Selepas sah bercerai pada 1 Ogos lalu, penyanyi Dewi Perssik mendedahkan bekas suaminya iaitu Angga Wijaya mencuri duit simpanan hasil bayaran persembahan sebelum ini.



Angga memberitahu dia sudah memohon maaf kepada Dewi dan tindakan yang dilakukan sebelum ini adalah kerana masalah komunikasi antara mereka.





Angga mengaku buat silap ketika masih bergelar suami Dewi.




"Saya tidak salahkan dia (Dewi), dia kecewa, marah atau rasa dikhianati. Saya sudah minta maaf kerana tindakan yang diragui itu.


"Saya melakukan semua itu untuk meneruskan hidup di Kota Jakarta kerana ketika itu komunikasi antara kami tidak lagi baik.


"Jika ada tawaran kerja, saya akan naikkan harga dengan klien. Namun setelah semua itu diketahui, saya kembalikan semula wang tersebut.


"Apa yang Dewi dedahkan sebelum ini adalah wang dari klien kepada saya. Saya sudah berikan wang tersebut kepada Dewi," jelasnya seperti yang dipetik dari Detik.







IG Dewi




Dewi sebelum ini memberitahu wang simpanannya sering diambil oleh Angga tanpa pengetahuannya.


Dia juga membuat pendedahan beberapa transaksi pemindahan wang ke akaun bank miliknya dari pihak yang tidak diketahui.


Dewi dan Angga mendirikan rumah tangga pada September 2017 dan ia merupakan perkahwinan ketiga buat penyanyi lagu Ayo Semangat itu.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 12:53 PM GMT+8 , Processed in 1.230775 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list