CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1400|Reply: 5

‘Siap Bedah Tanpa Pengetahuan, Kenapa Mayat Ayah Dibiar Lama Dalam Bilik Mayat?’

[Copy link]
Post time 9-8-2022 10:06 AM | Show all posts |Read mode
Seorang lelaki, Mairan Basir, 66, yang dilaporkan hilang pada 23 Julai lalu ditemukan meninggal dunia di tepi parit di Bagan Datuk pada 28 Julai lalu.


Namun yang menyedihkan, identitinya hanya dapat disahkan anaknya, Noorsam Mairan, 42, Jumaat lalu selepas seminggu mayat mangsa berada di Hospital Teluk Intan.


Noorsam berkata, bapanya tidak pulang ke rumah selepas keluar untuk ke kedai pada 23 Julai lepas dan satu laporan polis dibuat keesokannya.





NOORSAM Mairan menunjukkan sijil pendaftaran kematian bapanya yang dikeluarkan Hospital Teluk Intan ketika ditemui di Kampung Air Hitam di Teluk Intan, Perak semalam. - UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN




Katanya, dia difahamkan mayat bapanya ditemukan seorang pengawal keselamatan yang bertugas di sebuah ladang sawit di tepi parit di ladang kelapa sawit Jalan Bagan Datuk ke Sungai Dulang di sini, kira-kira pukul 4 petang pada 28 Julai lalu.


“Saya tidak faham kenapa mayat bapa kami yang dijumpai pada 28 Julai lalu dan di bawa ke Hospital Teluk Intan disimpan di bilik mayat selama seminggu. Malah, sudah siap dibedah tanpa pengetahuan atau dimaklumkan kepada kami sekeluarga.


“Saya hanya mengetahui bapa sudah meninggal dan mayatnya berada di hospital sudah lebih seminggu selepas dihubungi untuk pengecaman satu mayat pada 5 Ogos lalu,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.


Menurutnya, dia dan ahli keluarga sudah tentu bersedih dengan kematian bapa mereka apatah lagi keadaannya yang meninggal dunia di tepi jalan.


Namun, katanya, lebih dikesalkan apabila berita mengenai penemuan mayat bapa mereka lewat diketahui sedangkan berita kehilangannya dilaporkan kepada polis dan dihebahkan dalam akhbar.


Sementara itu, jenazah Mairan dikebumikan pada kira-kira pukul 11.30 pagi di Tanah Perkuburan Islam Air Hitam di sini pada 5 Ogos lalu.


Sebelum ini, Utusan Malaysia pernah menyiarkan laporan kehilangan Mairan dari Kampung Rancangan Pinggir, Kilometer 24, Jalan Bidor, Kampung Air Hitam di sini yang tidak pulang ke rumah selepas keluar ke kedai pada 23 Julai lalu.




Sumber: Utusan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2022 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Tiada pemadanan cap jari ke?
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2022 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah siap bedah?
SOP bkn kena mintak consent family ke?
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2022 03:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Leh kena siasat hospital ni...
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2022 03:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Keluar tak bawa ic ke?
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2022 03:31 PM | Show all posts
Bedah siasat tu tak salah.

Masalahnya kenapa ambil masa seminggu nak bagi tau. Gila punya lembab.


Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 10:37 PM GMT+8 , Processed in 0.065373 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list