CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 465|Reply: 0

"'Perceraian’ Itu Adalah Perkara Biasa, Normal Lah Penyampai Radio ‘Pindah’" - Halim Othman

[Copy link]
Post time 8-8-2022 05:23 PM | Show all posts |Read mode
Sebagai individu berpengalaman luas di dalam industri penyiaran radio, pengacara dan penyampai radio terkenal Halim Othman berpandangan penghijrahan penyampai ke stesen radio lain adalah satu perkara normal.


Menurut Halim, kedua-dua belah pihak sepatut menghormati keputusan masing-masing dan tidak perlu untuk membuka aib sesiapa.


“Apabila berlaku ‘perceraian’ di antara sesebuah stesen radio dan penyampai, seharusnya kita menyimpan cerita dalam kain atau perkara yang tidak baik antara satu sama lain.




IG Halim




“Bila salah seorang yang mulakan, yang satu lagi pula akan balas. Ceritanya tidak akan pernah habis dan berterusan. Jadi, tak perlulah kita bercakap banyak,” katanya kepada MH.


Bekas hos program Roda Impian ini turut berpendapat sekiranya ada pihak yang melampaui batas, barulah tindakan seterusnya wajar dikenakan.


“Segalanya berbalik kepada individu itu sendiri. Kedua-dua belah pihak pernah berjasa. Penyampai radio pernah berjasa dengan stesen. Begitu juga sebaliknya.


“’Perceraian’ itu adalah perkara biasa. Ia memerlukan tahap prefesionalisme yang tinggi. Apa yang lepas biarkanlah berlalu. Misal kata ada pihak yang melampaui batas, barulah kita ambil tindakan selanjutnya,” kongsinya lagi.


Dalam pada itu, bapa kepada pelakon Myra Natasya  merasakan masalah seperti ini tidak akan berlaku sekiranya kedua-dua belah pihak bersikap telus dan terbuka.


“Saya merasakan, cara yang terbaik untuk mengatasi permasalahan ini adalah dengan bersikap terbuka dan berbincang dengan baik.


“Sekiranya penyampai tersebut ada menerima tawaran daripada stesen radio lain, cuba berterus terang dan berbincang dengan majikan.


“Tanya pendapat mereka tentang tawaran tersebut sama ada baik atau tidak. Bincangkan solusinya. Kalau khidmat penyampai tersebut masih lagi diperlukan, mungkin stesen tersebut akan memberikan tawaran yang lebih baik.


“Pucuk pangkalnya, saya berpendapat majikan juga sepatutnya kena doakan yang terbaik buat staf,” katanya lagi.




Sumber: Media Hiburan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 03:48 AM GMT+8 , Processed in 0.037512 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list