View: 628|Reply: 0
|
Pesilat Kristian Bertudung Di Gelanggang Sebab Mahu Tampil Sopan, Jaga Adab Wanita Melayu
[Copy link]
|
|
Kemunculan pesilat negara Merrywati Manuil mengenakan tudung ketika beraksi di Kejuaraan Pencak Silat Dunia Ke-19 ternyata mencuri tumpuan ramai.
Menurut gadis beragama Kristian itu, dia ada sebab tersendiri untuk tampil bertudung ketika beraksi dalam kejohanan tersebut yang diadakan di Ayer Keroh, Melaka.
 IG Merrywati
"Ramai yang tertanya kenapa saya pakai tudung walaupun saya Kristian. Silat adalah warisan orang Melayu. Saya sebagai orang bukan Melayu sangat menghormati, mengagumi dan mencintai silat.
"Walaupun tidak diwajibkan untuk memakai tudung tetapi saya lebih memilih untuk memakai tudung ketika pertandingan.
"Tudung bukan sahaja wajib untuk menutup aurat bagi wanita Melayu beragama Islam tetapi bagi saya untuk nampak lebih sopan, kemas dan beradab semasa pertandingan," ujarnya.
Menurut Merrywati lagi, dia tidak pernah dipaksa mana-mana pihak untuk menggayakan tudung sebaliknya ia dilakukan secara rela hati.
"Semestinya tiada paksaan daripada mana-mana pihak. Saya belajar ilmu orang Melayu sudah tentu saya mengikuti dan melakukan apa yang saya pelajari.
"Semoga persoalan berkaitan memakai tudung ini terjawab. Jangan serius bah kita-kita juga baini. Kalau orang Melayu ada Mat Kilau, saya orang Murut ada Aki Antanom," ujarnya.
Perkongsian Merrywati di laman sosialnya mengudang pelbagai reaksi di media sosial yang mana rata-rata netizen memberikan pujian atas keputusannya itu.
"Syabas dan tahniah, terima kasih. Memelihara peradaban dan kesopanan yang ditampilkan sebagai wadah kesinambungan berkarya dalam persilatan.
"Harap-harap ada 'wanita Melayu' yang baca coretan ni. Tahniah dan syabas.
"Terima kasih sebab ada nasihat tudung wajib untuk mereka beragama Islam dan berbangsa Melayu.
"Terbaik mandak mengharumkan nama negara dan membawa gembira kepada seluruh kaum Murut," tulis beberapa netizen.
Untuk rekod, Merrywati merupakan antara penyumbang tujuh emas skuad silat negara di kejohanan itu yang mana ia berjaya mencapai sasaran yang ditetapkan oleh Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka).
Sumber: mStar
|
|
|
|
|
|
|
| |
|