Ramai pihak masih terkejut dengan berita pernikahan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.
 Kredit foto: FB Nurul Izzah
Menerusi kemas kini di Facebooknya, Nurul Izzah mengumumkan dia sudah menjadi milik Yin Shao Loong, seorang penyelidik dari Khazanah Research Institute.
Lantaran pengumuman berita bahagia itu, ramai mengucapkan tahniah kepadanya. Malah, majlis dan penampilan ringkasnya turut dipuji warganet.
 Kredit foto: Twitter
"Kerana yang menunjukkan bahagia itu di riak muka, bukan busananya," antara komen netizen.
 Kredit foto: Twitter
Nampak gembira betul gambar YB! Semoga berkekalan hendaknya. - CARI |