CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 464|Reply: 0

2 Tahun 'Simpan' Sebab Miskin, Akhirnya Tumor Ovari 35kg Berjaya Dikeluarkan

[Copy link]
Post time 8-8-2022 03:41 PM | Show all posts |Read mode
Doktor di Andhra Pradesh, selatan India berjaya mengeluarkan tumor ovari seberat 35 kilogram daripada badan seorang wanita.


Portal The National melaporkan, Nagamma, 46, dari Kampung Poluru mengalami kesakitan sejak dua tahun lalu.


Ibu kepada tiga anak itu berjumpa dengan doktor tempatan dan disahkan menghidap tumor kecil di ovarinya.




the National News/Dr K Madhavi




Doktor menasihatkan dia untuk menjalani pembedahan untuk mengeluarkan tumor terbabit


Bagaimanapun, Nagamma yang berasal dari keluarga miskin takut untuk menjalani pembedahan. Dia juga tidak mendapatkan bantuan perubatan atas sebab kewangan.


Apabila masa berlalu, tumor itu semakin membesar, dan perut Nagamma mula mengeras. Ia membesar sehingga dia tidak boleh bergerak, kata doktor.


Nagamma kemudian pergi ke hospital kerajaan di daerah Tirupati, bulan lalu di mana doktor menjalankan beberapa ujian dan mendapati tumor di ovari kirinya sudah membesar sehingga diameternya mencecah 40 sentimeter.


Doktor menjalankan pembedahan selama sejam dan berjaya membuang tumor itu, kata pakar sakit puan obstetrik, Dr K Madhavi, yang melakukan pembedahan itu.


Ovari kanan Nagamma sedikit membesar, dan untuk itu, doktor melakukan histerektomi.


"Ia adalah kes tumor ovari. Pesakit mengalaminya sejak dua tahun lalu dan sudah pergi ke banyak hospital.


"esakit takut dan tidak mampu membayar kos rawatan dan melawat banyak hospital kerajaan sebelum dia dirujuk ke sini.


"Kami melakukan MRI (pengimejan resonans magnetik) dan ujian lain. Pembedahan berjaya dan pesakit semakin pulih," kata Dr Madhavi kepada The National.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 10:09 PM GMT+8 , Processed in 0.223599 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list