CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 278|Reply: 0

[Pulau Pinang] Jiwa patriotik Fauzi

[Copy link]
Post time 8-8-2022 02:53 PM | Show all posts |Read mode
Jiwa patriotik Fauzi

Zuhainy Zulkiffli
am@hmetro.com.my




Menghias basikal dengan Jalur Gemilang pada Bulan Kebangsaan menjadi kemestian kepada Fauzi. FOTO ZUHAINY ZULKIFFLI




Georgetown: Gelagat pengawal keselamatan menunggang basikal yang dihias dengan Jalur Gemilang di sekitar bandaraya, di sini, mencuri tumpuan orang ramai khususnya pengguna jalan raya.

Ada yang membunyikan hon tanda sokongan dan ada juga orang awam yang merakamkan gambar.

Pemilik basikal berkenaan, Fauzi Jalil, 43, berkata, Jalur Gemilang itu sudah dipasang sejak Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melancarkan sambutan Bulan Kebangsaan hujung bulan lalu.

Katanya, sudah menjadi menjadi kewajipannya memasang Jalur Gemilang sejak 20 tahun lalu terutama ketika menyambut Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia.

"Pada mulanya saya hanya pasang 10 bendera bersaiz kecil yang dibeli dan selebihnya bendera itu diberi kenalan sebagai tanda sokongan.

"Setiap hari terutama selepas pulang dari kerja, saya akan berbasikal di sekitar bandaraya, Air Itam, Tanjung Tokong, Tanjung Bungah, Teluk Bahang serta kawasan Seberang Perai bagi menyemarakkan semangat sambutan," katanya ketika ditemui di Jalan Perak, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Fauzi berkata, walaupun mendapat reaksi positif masyarakat, dia juga pernah dimarahi pengguna jalan raya yang menyangka dia warga asing yang sengaja memasang bendera Malaysia pada basikal.

"Namun, sebaik mengetahui saya anak jati Pulau Pinang, mereka memohon maaf dan terus beri kata semangat serta pesanan supaya berhati-hati di jalan raya.

"Saya tidak salahkan mereka kerana mungkin pekerjaan sebagai 'jaga' ini sudah sinonim dengan warga asing dan tindakan mereka cuma tidak mahu Jalur Gemilang digunakan bagi tujuan lain," katanya.




Disiarkan pada: Ogos 8, 2022 @ 2:43pm





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 04:33 AM GMT+8 , Processed in 0.045633 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list