|
Pengabdi Setan 2: Communion, Dia Punya ‘Jump Scare’ Memang Setan!
Saya tidak pernah membayangkan sebuah rumah pangsa yang sarat dengan penghuni boleh menjadi lokasi paling seram.
Begitu perasaan saya selepas dijemput mewakili Murai MY untuk menghadiri Malam Gala Filem Pengabdi Setan 2: Communion di Jakarta, Indonesia baru-baru ini. Beberapa media dari Malaysia turut sama menyaksikan filem arahan Joko Anwar ini yang mendapat sambutan luar biasa dari rakyat Indonesia.
Apa-apa kami berterima kasih kepada GSC kerana menjemput Murai MY dan memberi layanan 5 bintang kepada media dan menyusun program kami dengan baik sekali.
Berbalik semula kepada review filem, Selepas menonton filem Pengabdi Setan 2: Communion, saya akan fobia dan trauma untuk ke mana-mana rumah pangsa di sekitar Kuala Lumpur.
Manakan tidak, hanya dalam satu malam, macam-macam berlaku di rumah pangsa ini. Hujan lebat dan ribut, membuatkan penghuni terkandas di dalam rumah. Lebih menyeramkan terdapat roh-roh jahat yang menghantui rumah pangsa ini.
Bagi kami, kepada yang tidak sempat menonton filem terdahulunya masih boleh ‘layan’ sekuel ini. Nampaknya pengarah tidak ‘kedekut’ adegan dengan ‘jump scared’. Tak cukup bernafas rasanya berada di dalam panggung.
Secara ringkas tentang jalan cerita filem, terdapat banyak perkara pelik berlaku di rumah pangsa itu yang menjadi jalan cerita utama dalam filem ini. Bermula dari suasana yang terlalu sunyi, walaupun penduduknya ramai, kemudahan lif mula rosak berlakunya sesuatu perkara yang tak diingini.
Suasana tegang itu kemudiannya diburukkan lagi dengan ribut besar yang mengelilingi rumah pangsa itu dengan banjir.
Adakah mereka akan terselamat daripada situasi ini yang mengancam nyawa? Kena tengok sendiri. Apa-apa pun jom tengok reaksi penonton di Jakarta yang dikongsikan oleh Joko Anwar di Instagramnya.
Selain membuatkan penonton diselebungi ketakutan, apabila anda menonton Pengabdi Setan 2: Communion, anda mesti berhati-hati. Kerana, terdapat banyak adegan yang boleh membuatkan anda fobia. Bermula dari fobia pada air yang gelap, fobia terhadap ruang terkurung dan banyak lagi. Keseluruhannya memang tak senang duduk menonton filem ini.
Secara keseluruhannya, filem seram ini amat disyorkan untuk ditonton. Tetapi, ingat untuk menontonnya bersama keluarga atau rakan-rakan. Kerana anda boleh berkongsi ketakutan anda dengan rakan di sebelah anda, jika adegan menakutkan itu muncul.
Untuk makluman, filem Pengabdi Setan 2: Communion bakal hadir di pawagam Malaysia pada 11 Ogos 2022 ini.
|
|