CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 372|Reply: 0

[Pulau Pinang] Hakisan teruk, Pantai Batu Ferringhi bakal lenyap

[Copy link]
Post time 6-8-2022 03:05 PM | Show all posts |Read mode
GEORGETOWN: Destinasi perkelahan popular penduduk setempat dan pelancong di Pantai Batu Ferringhi di sini, dibimbangi bakal lenyap berikutan hakisan tebing di pesisir pantai itu sejak dua tahun lalu.

Malah, keadaan hakisan itu kini semakin buruk terutama ketika perubahan cuaca dan monsun.

Operator sukan air, K Loganathan, 39, berkata susulan beberapa kejadian tebing runtuh, pihak berkuasa tempatan sudah mengambil tindakan dengan meletakkan bongkah batu bagi menahan hakisan.

Bagaimanapun, sebaliknya berlaku apabila ia menyebabkan perubahan dan arus ombak menjadi kuat hingga membahayakan keselamatan pengunjung.


"Ketika cuaca tidak baik dan ombak bergelora baru-baru ini, sebahagian bongkah batu hanyut serta terdampar di pesisir pantai dan jika dibiarkan, pesisir ini akan dipenuhi bongkah batu itu serta mencacatkan pemandangan.

"Saya dan operator sukan air di sini akan berjalan di sekitar kawasan pesisir pantai bagi meninjau keselamatan pengunjung selain memastikan tiada kelainan baharu pada struktur tebing," katanya ketika ditemui hari ini.


Papan tanda amaran diletakkan berhampiran lokasi hakisan tebing di pesisir pantai Batu Feringghi di sini. - Foto NSTP/Zuhainy Zulkiffli

Pada Februari lalu, media melaporkan mengenai kejadian menara tinjau Angkatan Pertahanan Awam (APM) setinggi 10 meter terletak di pesisir pantai itu tumbang pada jam 3.40 pagi berikutan hakisan berkenaan.

Tinjauan terkini mendapati, keadaan hakisan menjadi semakin buruk dipercayai akibat perubahan iklim dan sebahagian kawasan pantai sudah tidak sesuai dikunjungi.

Pihak pengurusan hotel berhampiran turut meletakkan papan tanda amaran mengenai hakisan terbabit, selain memasang tali sebagai penghadang.

Sementara itu, Pegawai Pendidikan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang juga aktivis alam sekitar, NV Subbarow berkata, pihaknya menerima aduan mengenai keadaan itu sejak tahun lalu.

Katanya, hakisan yang pada mulanya berlaku sepanjang 20 meter kini sudah merebak sehingga hampir lima kilometer di pesisir pantai.

"Runtuhannya pernah mencapai setinggi lebih dua meter dan terdapat banyak pokok di tebing yang hanya menunggu masa untuk tumbang, sekali gus dibimbangi membahayakan keselamatan pengunjung.

"Kejadian ini sudah lama berlaku dan juga diketahui oleh pihak berkuasa tempatan. Justeru, mereka perlu mengambil tindakan berkesan bagi menangani masalah ini demi keselamatan orang ramai serta alam sekitar," katanya ketika ditemui.


Kawasan pesisir Pantai Batu Ferringhi yang dipenuhi bongkah batu bagi menahan hakisan bukan saja membahayakan pengunjung, malah turut mengancam keselamatan penginap di beberapa hotel berhampiran. -Foto NSTP/Zuhainy Zulkiffli

https://www.bharian.com.my/berit ... ringhi-bakal-lenyap

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 10:05 PM GMT+8 , Processed in 0.338446 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list