CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2786|Reply: 23

Banyak Laporan Tak Tepat, Isteri Penari Ditimpa Skrin Gergasi Cerita Kejadian Sebenar

  [Copy link]
Post time 5-8-2022 09:10 PM | Show all posts |Read mode
Tragedi layar televisyen gergasi yang jatuh di pentas sewaktu kumpulan Mirror mengadakan konsert baru-baru ini masih menjadi tajuk utama media tempatan.


Susulan demi susulan kronologi mengenai insiden yang mengakibatkan dua penari latar iaitu Moo Lee Kai-yin dan Chang Tsz-fung cedera masih mendapat liputan.


Terkini, isteri kepada salah seorang mangsa iaitu Chang Tsz-fung menceritakan suaminya tertimpa layar tersebut selepas cuba menyelamatkan Lee.




New York Post




Dia membuat kenyataan selepas melihat banyak laporan tidak tepat mengenai insiden menimpa suami dan rakan penari lain.


"Chang tidak nampak layar LED itu ketika akan jatuh. Jadi dia berlari ke depan dan cuba membantu (Moo Lee Kai-yin) ketika insiden terjadi," kata isteri Chang dalam rakaman audio yang dipetik daripada South China Morning Post.


Tambah isteri Chang, selepas layar jatuh, dia cuba menahannya, namun kerana ia terlalu berat jadi layar tersebut terus menghempapnya sebelum dia berjaya keluar separuh badan dengan cara merangkak untuk menyelamatkan diri.


Dia akhirnya diselamatkan kru lain dengan mengangkat layar 4x4 meter itu. Malangnya, Chang telah pengsan pada waktu itu.


Lantaran insiden tersebut dia mengalami kecederaan pada kepala, pinggul dan paha selain luka pada beberapa bahagian badan lain.


Akibat kecederaan dialami, isterinya memberitahu Chang kini harus melakukan fisioterapi setiap hari dan menerima rawatan di CUHK Medical Centre, Hong Kong.


Sementara itu, keadaan Moo Lee Kai-yin, dikhabarkan berisiko lumpuh dari leher ke bawah selepas beberapa tulangnya patah.


Sumber juga mendakwa Lee tidak dapat menggerakkan badannya selain mengalami kecederaan dalaman pada paru-paru.


Lee adalah penari pertama yang ditimpa layar gergasi yang jatuh selepas tali layar putus sewaktu mereka membuat persembahan di Hong Kong Coliseum, Hung Hom.




Sumber: Gempak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2022 09:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Dalam kes ni boleh tak minta ditidurkan terus buat selamanya sister? Tak sanggup akak lalui kehidupan lumpuh daei leher sampai ke bawah tak boleh buat apa2 sis!
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2022 09:22 PM | Show all posts
pooh~key replied at 5-8-2022 09:16 PM
Dalam kes ni boleh tak minta ditidurkan terus buat selamanya sister? Tak sanggup akak lalui kehidupa ...

kesian dengar weyh

seumur hidup, career dia sebagai penari, bebas berlari melompat berpusing

tiba2 tak boleh bergerak, lumpuh


Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2022 09:22 PM | Show all posts
kebetulan kumpulan tu namanya mirror
yg jatuhnya skrin

cm ada kaitan lak..

takziah

https://www.youtube.com/watch?v=4PoLf_HXPv0&ab_channel=CNA
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2022 09:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul lah apa orang kata
Kita akan mati dengan apa yang kita suka
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2022 09:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Adrif replied at 5-8-2022 09:22 PM
kesian dengar weyh

seumur hidup, career dia sebagai penari, bebas berlari melompat berpusing

Kan kesian sister… sayu betul hati ni baca keadaan dia tiba2 jadi macam tu sis.

Tapi tak taulah kot2 balasan dia sebab jahat kuat buli orang suka ambik kesempatan atas kesempitan orang lain ke tak tahulah khenn sister…? Kohkohkohkohkoh sampek begitu sekali akak coba husnudzon merasionalisasikan kejadian ni untuk kurangkan rasa sebak akak sis.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-8-2022 09:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg ngeri tertengok videonya..menyesal pulak
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2022 10:20 PM From the mobile phone | Show all posts
she replied at 5-8-2022 09:27 PM
Betul lah apa orang kata
Kita akan mati dengan apa yang kita suka


Dorang blum mati sis
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2022 11:14 PM From the mobile phone | Show all posts
tikusmontok replied at 5-8-2022 10:20 PM
Dorang blum mati sis

Baiklah macik amend ayat

“Manusia akan lumpuh dan menunggu mati dengan apa yang mereka suka”
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2022 12:02 AM | Show all posts
she replied at 5-8-2022 09:27 PM
Betul lah apa orang kata
Kita akan mati dengan apa yang kita suka

Itu kata2 condolences bila ada yang meninggal layan hobi atau kerjaya berbahaya

Hakikatnya many people will die doing things they hate


Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2022 12:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian sgt. I pegi tgk video tu sbb xtau la bodoh mana yg bg emoji gelak dkt fb. Lepas tgk terasa murung. Yg lee tu kena betul2 kat tgh bdn dari atas smpai bawah. Kena tv60 inci pon sakit ni screen gedabak dgn hentakan. Saman smpai xde pape. Klau menang pon xberguna if lumpuh.
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2022 12:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 6-8-2022 12:02 AM
Itu kata2 condolences bila ada yang meninggal layan hobi atau kerjaya berbahaya

Hakikatnya many p ...

Kecuali mat rempitss, adk2 basikal lajak
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2022 12:19 AM From the mobile phone | Show all posts

https://youtu.be/Sr01Dkm_d8Q

Kalo dapat kat setajah kentot faraj ni memang jadi makanan dia seminggu..

@kakikuDibibirmu
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2022 01:31 AM | Show all posts
anony-mous replied at 6-8-2022 12:12 AM
Kesian sgt. I pegi tgk video tu sbb xtau la bodoh mana yg bg emoji gelak dkt fb. Lepas tgk terasa mu ...

Tu sllunya jejantz ummah Mulayu Melesia yg bgi, dorg kan sllu prasan pling alim dlm dunia ni. Org lain x alim, dorg je alim.
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2022 01:49 AM From the mobile phone | Show all posts
anony-mous: Kesian sgt. I pegi tgk video t ...


Mmg rasa pelik manusia macam ni, boleh pula gelak bila org ditimpa kesusahan, cakap balasan la ape, macam dorang tu tak ada dosa je, betol la cakap org kalau tak ada benda baik nk cakap baik diam je.
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2022 06:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Ooo ingatkan meninggal dah aritu
Tapi hidup pun dah serupa sayo
Xde ertinya lg
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2022 06:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Mmg takut tgk. Padahal bukan ddk setempat. Dok menari2 gerak2 blh kena tepat pulak tu. Giler
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2022 08:43 AM | Show all posts
berat skrin tu 600 kg. Sekelip mata ja , dancer lain mest trauma.
Pnh jumpa pesakit lumpuh seluruh badan  , nak bercakap pun tak boleh. Cuma mampu buat bunyi utk minta makan ka etc . Sheols dlm awal 20an , petite comel juga.  Eksiden & sebatang kara. Patutnya dh boleh keluar wad tp dlm keadaan camtu , kemana sheols boleh pergi. Nasib hospital trus jaga sheols.

Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2022 08:52 AM From the mobile phone | Show all posts
lurve82 replied at 6-8-2022 06:12 AM
Mmg takut tgk. Padahal bukan ddk setempat. Dok menari2 gerak2 blh kena tepat pulak tu. Giler

Wrong time, wrong place
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2022 06:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by fortiori13 at 6-8-2022 10:51 AM

Kesian kalau betul2 lumpuh. Kita yg kena tahan kat wad bbrp minggu kena bed rest pun rasa stress, ni kalau lumpuh seumur hidup x leh nak bayangkan camna perasaan mangsa...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 07:43 PM GMT+8 , Processed in 0.358077 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list