CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 334|Reply: 1

Lelaki Dipenjara 4 Tahun Kerana Larikan Anjing Lady Gaga

[Copy link]
Post time 5-8-2022 06:23 PM | Show all posts |Read mode
Mahkamah di California menjatuhkan hukuman penjara empat tahun kepada salah seorang daripada tiga lelaki yang didakwa terbabit rompakan bersenjata membabitkan anjing baka French Bulldog milik penyanyi terkenal, Lady Gaga.


Jaylin Keyshawn White mengaku menjadi salah seorang suspek yang menembak penjaga anjing milik Gaga, Ryan Fischer.


Dalam insiden itu, Fischer ditembak menggunakan pistol separuh automatik.




IG Lady Gaga



Ketika perbicaraan mahkamah di sini pada Rabu, White, 20, mengaku bersalah atas rompakan tahap dua dan dijatuhi hukuman penjara empat tahun.


Rakaman di tempat kejadian menunjukkan sebuah kereta berhenti berhampiran Fischer, sebelum dua individu keluar dari kenderaan itu.


Salah seorangnya menuntut Fischer menyerahkan anjing sebelum berlaku pergelutan, di mana bunyi tembakan kedengaran.


Kedua-dua suspek itu kemudian menangkap anjing diberi mama Koji dan Gustav, sebelum meninggalkan Fischer yang menjerit meminta tolong.


Koji dan Gustav sudah selamat dipulangkan selepas seorang wanita membawa dua anjing berkenaan ke sebuah balai polis.


Terdahulu, Lady Gaga dilapor menawarkan ganjaran kira-kira RM2 juta (AS$500,000) kepada individu yang memulangkan dua anjing yang dipercayai dilarikan suspek dalam kejadian tembakan dan rompakan berkenaan.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2022 06:59 PM From the mobile phone | Show all posts
xpasal2 dik kau masuk penjara
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 09:52 AM GMT+8 , Processed in 0.055876 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list