Lebih tiga dekad hidup solo, penyanyi veteran yang popular dengan lagu Menaruh Harapan, Zaiton Sameon, 66, selesa bersendiri tanpa ditemani lelaki bergelar suami.
Pernah dua kali berkahwin, namun kecundang, Zaiton akur ketentuan hidup, namun, tidak pernah mematahkan semangat dalam meneruskan survival diri.
Foto: IG
"Kalau boleh, saya tidak mahu berkahwin lagi. Sejak hidup solo lebih tiga dekad lalu, keputusan menyendiri lebih baik.
"Saya percaya inilah bahagian hidup yang harus ditempuhi. Saya tidak teringat atau ada keinginan hendak berkahwin lagi. Cukuplah dua perkahwinan terdahulu.
"Saya selesa hidup dengan anak angkat yang membela saya sejak 12 tahun lalu. Susah senang saya dengannya.
"Anak angkat saya, Che Seka Ismail dan berusia 59 tahun. Saya panggil dia dengan panggilan Ika. Dia pun solo macam saya dan bekerja sendiri," katanya kepada BH Online.
Melalui perkahwinan pertama dengan seorang anggota polis, Zaiton dikurniakan seorang anak lelaki, Allahyarham Azirwan Abu Bakar. Permata hatinya itu terkorban dalam nahas jalan raya yang turut membabitkan Zaiton di Batang Kali, Selangor pada 1990.
Zaiton berkata, apa yang penting baginya adalah reda dengan suratan tertulis dan terus menikmati kelangsungan hidup.
"Hingga saat ini, saya tidak pernah terfikir atau terlintas soal bercinta. Apatah lagi mencari pengganti.
"Saya bukan menolak ketentuan atau hukum hidup, namun, beginilah yang saya selesa lalui tanpa prejudis," katanya.
Zaiton berkata, dia menambah pendapatan dengan menjual rendang atas jenama Rendang Nasib.
"Aktiviti merendang banyak dibantu adik angkat saya, Zul. Sesekali, saya yang menetap di Ampang akan pergi ke Klang bersama anak angkat untuk menguruskan perniagaan itu," katanya.
Zaiton menambah, selain itu, dia masih memenuhi undangan menyanyi.
"Saya masih terima tawaran menyanyi, termasuk di rumah orang kahwin. Bagi saya, tiada salahnya menyanyi pada majlis kahwin. Apatah lagi, karier saya bermula dengan menyanyi bersama 'live band'," katanya.
Dalam perkembangan lain, penyanyi Kabut Serangkai Mawar ini sudah merakamkan lagu komposer Allahyarham A Ali yang diberi judul Redha, Ramadan lalu.
Single berkenaan menyaksikan Zaiton kembali merakamkan lagu arwah yang mengangkat dirinya di puncak populariti apabila meraih trofi Juara Lagu pada Anugerah Juara Lagu 1987 melalui lagu Menaruh Harapan.
Tambah manis, single baharu ini juga liriknya dihasilkan penulis tersohor, Datuk Habsah Hassan yang melakar bait indah dalam lagu balada malar segar, Menaruh Harapan.
Zaiton sebelum ini memberitahu, lagu Redha mengetengahkan konsep sama seperti Menaruh Harapan.
"Melodinya sangat menyentuh hati. Saya percaya lirik juga begitu kerana dihasilkan Habsah.
"Tetapi, tidaklah saya meletakkan harapan tinggi lagu berkenaan menerima sambutan sehebat Menaruh Harapan. Saya pun tak tahu lagi macam mana, jadi lihatlah nanti," katanya.
Kali terakhir Zaiton menghasilkan single adalah menerusi lagu Menadah Impian ciptaan Eddie Hamid pada 1995.
Selain itu, Zaiton turut merakamkan lagu duet bersama Syed Wafa.
Zaiton memulakan karier seni pada era 1980-an dengan membuat persembahan bersama 'live band' di hotel dan premis hiburan.
Merakamkan tiga album iaitu Menaruh Harapan pada 1987, Kabut Serangkai Mawar (1988) dan Kembali Lagi (1997).
Antara lagu popular Berendam Airmata, Diriku Yang Tersingkir, Lupakan Saja, Turutkan Hati, Semalam Satu Cerita dan Rentak Jantung. -CARI
Post time 5-8-2022 12:43 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Kak Eton ni masa mendonia dulu popularitinya kalah Hayda jebat, wany barista dan retis2 bbnu ya. Tapi dia diuji dgn ujian besar alhamdulillah nmpk dia dah redha dan move forward.
Kalau tak silap meols, sheols kahwin (1st), dapat anak, divorce, then sheols menduniaaaa jadi superstar, then kahwin (2nd), divorce, dia besarkan anak tu sorang-sorang bawa gi show semua sampai umur 10-12 gitulah, then accident happened.
kagum dgn ketabahan dia ... tragedi yg menimpa dia bukan kaleng2 ... kesakitan mental yg dia kena hadap utk terus bertahan hidup sampai skrg buatkan meols tak jadik nak hencap makeup dia!
Post time 5-8-2022 06:32 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Jitu replied at 5-8-2022 06:05 PM
sedih baca kisah hidup dia
Sedihkan..byk pengajaran utk kita ni. Mmg time top dulu lebih dari artis skrg punya kontorbesi wpon sekejap. Tapi yg bagusnya...nampak la acik ni dpt balik cari apa yg sepatutnya dia cari dlm hidup ni. Dia ni mesti org baik2 sbb ada anak n adik angkat yg sudi bantu dia.
Post time 5-8-2022 11:32 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Elok lagi menyingle dari berdua Nanti kawen terpaksa jaga laki sakit. Kena2 laki yang demand nak makan macam2. Mana lagi nak bawa jumpa doctor sebab sakit buah pinggang, sakit jantung. Lain lah kalu dapat anak ikan yang penyayang
Minat nya kat ZS ni waktu zaman kegemilangan dia. Ingat2 lupa kisah dia tapi tau dia accident semua.. then terus senyap aku pun tak follow dah..suka tgk dia skrg teringat zaman kecik2 dulu. tiber hahhaa
apa yang penting sihat itu je... semoga sihat sentiasa acik eton sameon...
laki2 ni takyah dah lah... dah menopos dah pun... apa yang penting bagi kaka kalau waktu tua adalah income stabil untuk penuhi waktu harian / berjalan / berbelanja / retirement agittewwww... tak perlu nak susah2 payah di waktu tua...
Utk ribuan pencinta pencinta stinger diluar sana maupun yg dlm porum cari...ingin ku berikhen cintaku buat semua tetapi sayang cintaku hanya pada yg SATU...