CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 620|Reply: 3

Jutawan Tembak Mati Isteri Sebab Tamak Duit Insurans

[Copy link]
Post time 5-8-2022 09:30 AM | Show all posts |Read mode
Washington: Seorang jutawan di Amerika Syarikat (AS) didapati bersalah atas pertuduhan membunuh isterinya dan melakukan penipuan untuk mendapatkan pampasan insurans susulan kematian mangsa.


Daily Star melaporkan, Lawrence 'Larry' Rudolph, 67, yang berasal dari Pennsylvania, didapati bersalah menembak isterinya, Bianca Rudolph ketika percutian safari di Zambia, enam tahun lalu.


Juri membuat keputusan selepas meneliti semua maklumat diperoleh dalam perbicaraan selama tiga minggu di mahkamah Persekutuan di Denver, AS.


Foto: Daily Star




Selepas kematian isterinya, Rudolph dikatakan menerima bayaran insurans hayat membabitkan jumlah di bawah 4 juta pound sterling (kira-kira RM21.7 juta).


Sedangkan, dia yang menjadi dalang kematian isterinya.


Bertahun-tahun selepas kematian isteri dan ketika keluar untuk makan malam dengan pasangan baharunya, Lori Milliron, Rudolph dilaporkan menjerit: "Saya membunuh isteri saya untuk awak!"


Menurut rekod, Bianca dibunuh di Zambia pada 11 Oktober 2016, namun Rudolph ketika itu dikatakan secara tidak sengaja tertembak isterinya di dada ketika mengemas senapang patah.


Rudolph memaklumkan tersilap apabila mengacu senjata di dalam bilik air ketika mangsa bergegas pulang ke rumah.


Milliron dilaporkan pernah menjadi pengurus pusat pergigian milik Rudolph di kawasan Pittsburgh.


Pendakwa raya berkata, Rudolph memutuskan untuk membunuh isterinya kerana mangsa mahu memainkan peranan yang lebih besar dalam hal kewangan dibuat dan mendesak supaya Milliron dipecat.


Lelaki itu bagaimanapun mendakwa tiada apa yang dapat diperoleh daripada membunuh isterinya.


Ia kerana mereka sepakat menjalin 'hubungan terbuka' sejak 2000.


Berikutan kesalahan itu, Rudolph akan berdepan hukuman maksimum penjara seumur hidup atau hukuman mati. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2022 11:25 AM | Show all posts
byk dah kes mcmni. so vinik2 di luar sana jgn la caya sgt laki korang tu
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2022 11:51 AM | Show all posts
classsic csi vegas sangat jalan cerita illogical but yet stil wujud
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2022 12:51 PM | Show all posts
Bukan kes pertama pun kes berulang je
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:27 AM GMT+8 , Processed in 0.059015 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list