CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1221|Reply: 4

Tipu Bujang Padahal Suami Orang- Lelaki Psiko Serang Bekas Tunang, Propa Hidap Barah Otak Raih Simpati

[Copy link]
Post time 4-8-2022 11:54 AM | Show all posts |Read mode
Seorang wanita dikenali sebagai Sharina Marican di Facebook berkongsi tentang bekas tunangnya yang selama ini menipu, mendakwa dirinya bujang padahal suami orang!


Wanita berasal dari Sabah ini nekad untuk memutuskan pertunangannya bersama lelaki berkenaan kerana tak mahu mengambil suami orang lain.


Namun keselamatan dirinya terancam kerana lelaki itu jadi ‘psiko’ kerana tetap berkeras untuk bersamanya kembali.








"Apa yang kamu nampak di TikTok, itu hasil dia ugut saya, kejar saya dan ancam keselamatan saya.


"Kami minta dia bawa family dia supaya ada pendamaian untuk putus tunang. Dia tetap berkeras tak nak putus cara baik. Cakap elok-elok tak jalan, gertak tak jalan dan laporan polis pon tak makan saman. Mami dan abang saya adalah saksi bahawa kami betul-betul sudah putus tunang dan mereka dah bagi keputusan muktamad. Tapi bekas tunang masih nak melawan dan berkeras."


Disebabkan lelaki berkenaan tidak dapat menerima kenyataan, dia bertindak menyebarkan foto-foto serta mengejarnya di rumah, kereta dan tempat kerja.


Tonton video di bawah atau klik di sini:





"Banyak kali kena ketuk tingkap bilik tengah-tengah malam, dia sanggup intip saya di mana saya pergi dan akan tunggu saya selesai aktiviti saya. Dia pukul saya dalam kereta, dia letak pisau di leher, pukul kepala dan ambil gambar saya macam tak ada apa-apa berlaku.


Dia calar interior kereta saya sebab kereta baru. Jadi dia panas hati sebab dia ingat saya beli kereta baru sebab nak show off. Dia sanggup kejar dan sengaja nak langgar kereta charter saya. Terpaksa stop kat persimpangan dan bincang kejap. Dia siap bergaduh dengan driver kata charter tu boyfriend saya."


Bukan itu sahaja, ketika sambutan Aidiladha yang lepas, bekas tunangnya yang merupakan warga Filipina itu secara tiba-tiba muncul di dalam rumahnya dalam keadaan menangis dengan begitu sedih. Dalam pada itu, dia turut meminta maaf serta mengaku menghidap barah otak di hadapan ibu wanita berkenaan.


Namun ia hanya drama semata-mata kerana selepas daripada itu wanita terbabit dikejar, diugut serta dipukul oleh lelaki berkenaan.


Setelah banyak dikasari oleh bekas tunangnya, Sharina turut perasan beberapa helah licik yang dilakukan oleh lelaki itu seperti ‘menjual’ namanya di TikTok bagi melariskan lagi perniagaannya.


"Sekarang kat TikTok dia memang jual nama saya untuk perniagaan dia cepat naik. Dia sengaja jual nama saya kononnya saya ada ‘Salon Ms Nena’ dengan dia. Tak ada ya, jangan tertipu. Dia senjaga putar belit.


"Saya pasti banyak lagi mangsa maybe dia fikir saya tak akan post. Kenapa saya perlu lari dari kawasan saya? Dia yang patut lari dari kawasan di sini sedangkan dirinya yang buat silap." -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2022 01:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Dh repot pulis belom? Bgtau pulis dek. Bukan cita kt medsos.
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2022 01:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam sorang tu la satu malaysia dia canang dia bujang. Pastu siap kata doa2kan.


Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2022 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Thunderclouds: Dh repot pulis belom? Bgtau pu ...


Dia kata dah report. Tapi tak jalan gak.
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2022 03:16 PM | Show all posts
Keparatnya jantan ni..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:16 AM GMT+8 , Processed in 0.058839 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list