CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1515|Reply: 7

Akaun Palsu Arwah Cik Non Masih Wujud, Suami Rayu Orang Ramai Bantu Report

[Copy link]
Post time 3-8-2022 03:47 PM | Show all posts |Read mode
Berita kematian pengasas produk Cik Non atau Nor Shahadah Aisyah pada 14 Jun lalu ternyata mengejutkan netizen.


Biarpun pernah dikecam dek video kontroversi, Cik Non menerima pujian ramai selepas dia tampil bertudung sebelum diumumkan meninggal dunia akibat jangkitan kuman pada otak.


Terbaharu, suami Cik Non yang dikenali sebagai Fizi tampil membuat penjelasan berhubung kewujudan akaun TikTok palsu yang menggunakan nama serta wajah Allahyarham.








"Okey guys Assalamualaikum. Yang dekat saya original (akaun) semua dah ditutup. Dan saya pun ada terdengar ada lagi, saya cari nama yang nama Nor Shahadah apa entah.


"Tapi pengikut dia tak ramai, cuma 850. Saya mohon jasa baik kamu semua boleh tak report akaun tu ramai-ramai, bantu saya dan arwah isteri saya," ujarnya.


Menurut pemuda itu, akaun Instagram dan Facebook milik Cik Non juga sudah ditutup, namun akaun TikTok palsu berkenaan masih wujud dan boleh diakses orang ramai.







"Sebab akaun tu kami tak buat. Akaun yang saya pakai ni pun akaun arwah, cuma saya dah private kan. Tinggal satu ni je akaun. Dua akaun Cik Non ada dekat telefon ni dan ia tidak dibuka.


"Akaun Facebook, Instagram semua dah tutup. Bantu saya report akaun tu, Nor Shahadah apa, saya ada baca komen seminggu lepas, tengok balik hairan juga, yang original semua dah tutup. Bila saya tengok pengikut dia, ni mungkin akaun palsu.


"Mungkin orang tu dah lupa password. Saya pun dah buat report tapi kena ramai-ramai buat report. Semoga semua yang tolong saya report akaun tu, saya doakan dia dimudahkan urusan dan dilimpahkan rezeki. Amin," ujarnya.





Video penjelasan suami Allahyarham yang dikongsi menerusi TikTok meraih hampir 200,000 tontonan.


Di ruangan komen, rata-rata netizen turut memuji tutur kata suami Allahyarham yang cukup tenang dan tidak melatah dengan kewujudan akaun palsu berkenaan.





"Lembut betul cara awak bercakap. Alhamdulillah. Di situ nampak kesabaran awak. Teruskan penghijrahan.


"Tertib awak jawab. Sabar itu indah. InsyaAllah moga perjalanan hidup awak dipermudahkan.


"Semoga dipermudahkan urusan awak dan arwah. InsyaAllah moga husnul khotimah buat arwah, Amin.


"Soft spoken sangat. Semoga dipermudahkan rezeki awak dan keluarga. Semoga arwah Cik Non dicucuri rahmat Allah," tulis beberapa netizen.






Untuk rekod, mStar pada 14 Jun lalu turut melaporkan berita kematian Cik Non selepas khabar duka itu disahkan oleh suaminya menerusi satu perkongsian video.


Cik Non pernah tular pada tahun 2020 kerana video memaparkan dia masuk ke sebuah pusat beli-belah tanpa memakai pelitup muka ketika pandemik Covid-19. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2022 05:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Siapa ciknon ni
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2022 05:59 PM | Show all posts
sapela yg buat naya ke arwah ciknon. bg yg xtau ciknon penah viral dulu2 marah pakguard tak bagi masuk ikea sebab tak pakai mask. ada juga kata ciknon macam muka shuk sahar pencurang tu. tak payah gugel la, sama2 kte jaga aib cik non.
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2022 06:08 PM | Show all posts
laki sheols ni sesuatu ek...suka buat video kekonon kelakar pakai wig, baju pompuan, mekap, filter mekap bulu mata tu...kuat main tiktok...buat dubbing suara tu... meols pun tak rajin yer...macam hadek2 pulak..
btw untuk tidak OT, harapnya perubahan heols ni ikhlas dan istiqomah lah ye..
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2022 07:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Lakinya gi umroh ke ?
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2022 09:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau semua acc dia dah tutup adakah bisnes dia pun sama2 tutup gak?
Selama ni kan dia bideo2 aneh tu utk marketing produk dia.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-8-2022 02:57 PM | Show all posts
Laki arwah dgn arwah pernah buat video ngesek kan dulu?
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2024 10:13 AM | Show all posts
Do you want me to?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 08:57 PM GMT+8 , Processed in 0.069182 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list