CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 441|Reply: 0

Pelan Dah Siap, Elon Musk Nak Bina Lapangan Terbang Kegunaan Sendiri Pula

[Copy link]
Post time 3-8-2022 11:22 AM | Show all posts |Read mode
Manusia terkaya di dunia, Elon Musk  merancang untuk membina sebuah lapangan terbang untuk kegunaan sendiri serta eksekutif kanan syarikatnya di luar Austin, Texas, lapor portal berita MailOnline.


Difahamkan, pelan dan konsep lapangan terbang peribadi itu telah siap dengan pembinaannya dikatakan bertempat di timur Austin, dekat Bastrop.


Lokasi sebenar dan tempoh masa pembinaan struktur itu bagaimanapun tidak didedahkan.




Gambar hiasan




Selain menjadi kemudahan untuk menerbangkan jet peribadi Musk dan eksekutif kanan beliau, lapangan terbang itu juga boleh digunakan syarikat milik bilionair tersebut yang lain.


Tahun lalu, entiti yang dikaitkan dengan sebuah lagi syarikat Musk, Boring Company, telah menguasai tanah seluas 29.5 hektar di barat laut Bastrop.


Ibu pejabatnya juga dipindahkan ke Pflugerville, pinggir bandar Austin yang terletak di daerah Travis.


Musk sehingga kini kerap terbang menggunakan jet peribadi Gulfstream G650 buatan 2015, namun beliau dilaporkan telah memesan jet peribadi baharu yang dijangka diperoleh tahun depan.


Musk juga dikatakan cuba meningkatkan pengeluaran di kilangnya berikutan beberapa cabaran berkaitan rangkaian bekalan dan kesan inflasi terhadap bahan mentah yang digunakan dalam penghasilan kenderaan elektrik Tesla.


Justeru, beliau dilaporkan mungkin akan lebih kerap berulang alik ke Austin.




Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:11 AM GMT+8 , Processed in 0.036209 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list